Chapter 14

29 0 0
                                    

8 April 2017

Laluan yang diambil jijo menuju kearah sebuah gua kecil. Gua yang boleh memuatkan beberapa orang itu diamatinya dari jauh. Sebatang kayu sebesar lengannya dicapai lalu menuju kearah gua itu dengan berhati-hati. Dia sememangnya memerlukan tempat berteduh itu sudah berbulat nekad untuk menjadikan gua itu sebagai tempat tinggalnya untuk sementara waktu. Bunyi api membakar kayu tiba-tiba kedengaran. Cahaya merah yang samar-samar mula kelihatan. Jijo berhenti. airliur pahitnya ditelan.

Namun belum sempat jijo melangkah kelibat seorang wanita berpakaian merah muncul di pintu gua. Lantas jijo menyorokkan diri. Wanita itu mengendong seikat kayu api dipinggangnya lalu masuk kedalam gua itu. Jijo terus keluar dari semak apabila menyedari wanita itu sudah tidak kelihatan. Pintu gua didekatinya. Kelibat seorang lelaki gemuk sedang memunggah kayu api tidak jauh darinya diamati dengan penuh minat.

"B..bob!?" Gumam jijo. Kayu ditangannya terlepas lalu terjatuh diatas lantai gua. Bunyi yang dihasilkan oleh jijo itu bergema didalam gua lalu menarik perhatian bob dan nadia.
Satu perasaan gembira jelas kelihatan pada raut wajah jijo."bob! Akhirnya aku bukan lagi keseorangan..!".air matanya mula tumpah kelantai gua. "Jijo!!" Panggil bob. bob berlari kearah jijo lalu memeluknya. "Aku ingat kau dah mati haha..". Pelukkan bob dibalas jijo dengan penuh erat."berpantang maut sebelum ajal,bro haha" jawab jijo sambil ketawa kegembiraan.

"azizul mohammad! Aku kau taknak peluk jugak ke?" Soal satu suara. "Faizol azmi!! Haha..tak sangka aku boleh jumpa korang kat sini!". Tubuh faizol dipeluk jijo dengan penuh erat. "Korang sihat?" Soal jijo selepas meleraikan pelukkan itu."alhamdulillah..aku sihat." Balas bob."aku sihat cuma cedera sikit.." kata faizol pula. "Kau macam mana,sihat? Macam mana kau boleh selamat? Kan kau terkeluar dari pesawat hari tu?" Soal bob sambil duduk dihadapan unggun api. "Oh ya..aku kenalkan,nadia..salah seorang pramugari pesawat tu.." ujar bob sambil menunding kearah nadia yang baru saja melabuhkan punggungnya di atas sebuah batu. "Hai.." lambai jijo.lambaiannya dibalas nadia. "Ok dah..ce story skit". Celah bob. Faizol sekadar memandang nadia dan jijo bersilih ganti.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now