"Eh apa tu?" Soal ramli sendirian. Sesuatu yang bersinar dengan cahaya keemasan menarik perhatiannya. Tempat yang dimasukinya kini adalah bahagian enjin yang sudah dipenuhi dengan air laut paras pahanya. Namun cahaya keemasan masih lagi dapat dilihat biarpun cahaya itu datangnya dari dalam air itu. Tanpa membuang masa ramli segera berlari meredah air itu lalu terjun dan menyelam. Mata ramli terbuntang luas apabila melihat syiling-syiling emas,rantai,berlian berselerak didasar air laut paras paha itu.
"Hahaha aku kaya!!" Jerit ramli sambil menggenggam barang-barang berharga ditangan kiri dan kanannya. Tapi macammana benda ini boleh berada didalam kapal minyak ini?. Gumam ramli hairan. "Hmm macammana aku nak bawak benda ni semua?" Soalnya sendirian. Ramli tersentak apabila dia terdengar bunyi sesuatu. Bunyi itu kedengaran tidak jauh dari tempatnya lalu dia meninggalkan tempat itu dan menyorok disebalik enjin-enjin kapal.
Seorang lelaki kemudian masuk dan berjalan kearah barang-barang kemas itu lalu diambilnya dan dimasukkan kedalam sebuah beg yang disandangnya. "Ooo patutlah sebelum datang kesini dia sibuk cari begnya rupanya inilah tujuannya.cilake kau kazeem!." gumam ramli. Ingatan ramli berbalik pada ketika dia dan rakan-rakannya keluar dari 'Dunia bawah tanah' itu. Ramli melihat kazeem sibuk mencari sesuatu. Benda yang dicari tidak dijumpai lalu kazeem mengamuk marah. Benda yang dicari kazeem akhirnya dijumpai lalu segera berlari meninggalkan tempat itu dengan segera.
"Buat apa kau bawak beg kosong ni?" Soal ramli pelik. "Oh ini beg bertuah aku.." jawab kazeem. "Beg bertuah konon..rupanya ini muslihat kau.." bisik ramli.Setelah selesai mengisi begnya dengan barang-barang kemas itu,kazeem segera meninggalkan tempat itu dengan segera. Melihat kelibat kazeem hilang dari pandangan,ramli pun segera keluar dari tempat persembunyiannya. "Cis! Sampai licin kau kebas?! Tak guna!" Marah ramli.
Ramli kemudian muncul dan kembali bersama dengan zulaikha,dina,sarah,emma dan juga liana. Namun kelibat kazeem langsung tidak kelihatan. "Eh ramli? Mana awak pergi? mana kazeem?" Soal zulaikha. Ramli mengangkat bahu. "Aku cari toilet hehe..bukan dia ada dengan korang ke tadi?". Ramli cuba menipu. "Tadi dia pergi cari awak.." ujar zulaikha. Sementara itu,kazeem kelihatan sedang berlari meninggalkan kapal minyak itu dan berlari menyusuri pantai. Satu senyuman jelas kelihatan pada raut wajahnya ketika itu.
****
"Apa yang perlu kita buat sekarang,jijo?razif?" Soal bob. Jijo sekadar membisu. Razif hanya terbaring memandang langit. Soalan bob hilang dibawa angin. Tiada sesiapa pun yang mampu menjawab dalam situasi sekarang. Matahari semakin condong kebarat menandakan sudah masuk waktu petang. "Aku..aku lapar.." ujar jijo. "Aku pun.." balas bob. "Weh korang..buah kelapa muda tu pun sedap jugak kalau dapat makan,kan?" Razif mencelah. Bob dan jijo segera memandang keatas melihat buah kelapa itu. "Tapi..macammana nak ambik? Tinggi tu.." soal bob. Masing-masing terdiam dan mengeluh. "Em mati kebulurlah jawabnya.." ujar jijo.
"Korang rasa helikopter tu datang dari mana?" Soal bob memecahkan suasana. "Entah..dari pangkalan dia la kot.." jawab jijo. "Pangkalan?" Gumam razif. Mata razif terbuntang luas lalu bangkit dari baringannya. Tindakan razif itu dipandang pelik oleh bob dan jijo. " pangkalan! Kau tengok helikopter tu datang dari arah mana bob?" Soal razif. Bob sekadar menunding jari kearah kanan. "Bagus! Jom!" Ujar razif. "Jom? Kemana?" Soal bob hairan. "Helikopter tadi tu mesti datang dari pangkalannya..kalau kita jumpa pangkalan tu kita akan selamat..!" Ujar razif. Bob dan jijo berpandangan satu sama lain. "Dah,jom!" Ajak razif.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...