5 april 2017..2.00 pagi
Bob tersedar dari pengsannya. Tetapi dia berasa pelik kerana dia langsung tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya calar-calar sahaja pada tangan kirinya. Dia terus bangun berdiri untuk melihat tempat nahas itu. Bob tersentak apabila melihat mayat-mayat yang bergelimpangan diatas tanah. Barang-barang seperti bagasi,kerusi dan serpihan-serpihan pesawat berselerak di merata tempat. Bau hanyir mula menyerbu masuk kedalam hidungnya. Langkahnya diatur cermat takut terpijak mayat-mayat itu. Suasana malam yang hanya diterangi oleh api kebakaran itu menyukarkan dia untuk berjalan.
Kelibat faizol,rakan baiknya dicari namun hampa. Dia cuba untuk menjerit memanggil rakan-rakannya yang lain namun tiada sahutan diterimanya. Bunyi dengusan kuat kedengaran disebalik pokok. Bob menoleh dan melangkah kearah bunyi itu. "Faizol..?" Panggil bob perlahan. Dia menjangkakan rakannya sedang bersembunyi disebalik pokok itu. Namun langkah bob terhenti. Kakinya terasa lemah untuk berdiri apabila melihat tiga ekor haiwan prasejarah iaitu velociraptor sedang sibuk meratah mayat-mayat yang sudah hancur. Bob kenal akan bentuk tubuh haiwan itu memandangkan dia mengambil jurusan arkeologi di universiti malaya.Bob hampir-hampir menjerit ketakutan namun sempat dikawal. Dia yang sudah jatuh terduduk cuba untuk bangun dan melarikan diri.
Kaki bob terlanggar sekujur tubuh lalu tersandung ke tanah. Wajahnya sudah berubah pucat. Peluh tidak henti-henti membasahi dahinya. "To..tolong...!" Ucap lelaki yang dilanggar bob. Dibantu oleh cahaya dari api kebakaran,bob tergamam melihat lelaki itu. Senyuman terus terukir pada wajahnya. "Fa..faizol!!". Tubuh faizol dipeluk."aku ingat kau dah mati..!". Air mata gembira terus menitik jatuh dipipinya. "Jom! Kita pergi dari sini sekarang!! Tempat ni dah tak selamat..!".
Bob cuba membantu faizol bangun namun faizol tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri. Bob panik melihat banyak darah membasahi kaki dan perut faizol. Bob tergamam apabila melihat sebatang besi terpacak pada perut faizol. Besi itu terus dicabut. Mujurlah besi itu tidak terlalu dalam tetapi darah pekat masih lagi terus mengalir. Luka pada perut faizol terus dibalut menggunakan baju yang diambil daripada salah satu mayat yang berada berhampirannya.
Tanpa berlengah tubuh faizol diletakkan pada bahunya dan terus meninggalkan tempat itu. Namun langkah bob terhenti apabila dia melihat sekawan pemangsa kecil cuba mengerumuni seorang wanita yang masih terikat pada kerusi pesawat yang telah terpisah dari pesawat itu. Bob perasan yang wanita itu bergerak dan masih hidup. Dia pun meletakkan faizol ke tanah kemudian sebatang kayu dicapai. Dengan tenaga yang ada bob berlari sambil melibas kayunya kepada haiwan-haiwan pemangsa yang menyerupai velociraptor itu. Cuma saiznya sahaja berbeza.
Hutan tebal dimasuki bob sambil menggalas kedua-dua mangsa nahas itu di atas kedua-dua bahunya. Dia yang bertubuh besar bukan menjadi masalah kepadanya untuk membawa dua orang sekaligus. Nasibnya baik apabila terjumpa sebuah gua kecil,muat untuknya,faizol dan nadia berteduh. Luka pada kaki dan perut faizol dicuci menggunakan air mata air yang terdapat didalam gua itu.
Cuaca pada malam itu sangat dingin sekali. Dengan pengalaman yang ada,bob berjaya menghidupkan unggun api. Dia bersorak gembira. Suaranya bergema didalam gua itu. Mujurlah tiada haiwan pemangsa yang berada berdekatan jika tidak maut menanti mereka.Bob yang keletihan terus tertidur disebelah faizol bertemankan bunyi api membakar kayu.
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
