5 april 2017 10.00 pm
Suasana didalam pesawat AK 7777 aisasia kelihatan sunyi sepi.hampir kesemua penumpangnya sudah nyenyak tidur. Faizol terjaga daripada tidur.pandangannya kemudian dilemparkan keluar tingkap pesawat.gelap pekat.kadang-kadang cahaya kilat kelihatan.itu yang dilihatnya.henfon di dalam jaket kulitnya diambil namun ianya terlepas dari genggamannya. Faizol meraba-raba dibawah seatnya. Dia tersentak apabila pesawat itu bergegar kuat.jari telunjuknya tercucuk pada sesuatu yang tajam yang terdapat dibawah seatnya itu.tindakan riflek kesakitan dari jarinya yang dibawa keotak,faizol tersentak dan kepalanya pula terhantuk kuat pada belakang seat didepannya."aduh.." adu faizol sambil menggosok belakang kepalanya.jari telunjuknya segera dihisap.
Darah pada jarinya tidak berhenti daripada mengalir keluar.entah apa yang mencucuk jarinya itu sehingga mengeluarkan darah sebanyak itu pun dia tidak tahu.Dia pun bangkit dari seatnya dan cuba keluar dari situ. Namun bob yang berada disebelahnya membantutkan cubaannya."adoi..si gemuk ni.." gumam faizol. Bahu Lelaki berbadan besar itu kemudian ditepuk-tepuk.namun langsung tiada tindak balas. Faizol mencebik. Perut boroi bob ditampar kuat. Bob yang sedang bermimpi indah tersentak."tepi sikit! Aku nak ke toilet ni..". Dengan bermalas-malasan bob menyenggeng ke kiri untuk memberi ruang kepada faizol. Faizol hanya menggelengkan kepalanya.
"Maaf ya..tadi pesawat ni terlanggar kepulan awan,sebab tu ada sedikit gegaran..tetapi keadaan sekarang semuanya terkawal.." ujar nadia,salah seorang pramugari pesawat AK 7777 itu kepada salah seorang penumpang. Percakapan nadia didengari faizol sebaik sahaja dia keluar dari toilet lantas pramugari itu dipanggilnya. "Ya encik,boleh saya bantu?" Soal nadia tersenyum.faizol terkesima melihat senyuman menawan dari nadia.
"Err..jari saya berdarah tadi sebab terkena benda tajam kat bawah seat..ada ubat dan plaster tak?" Ujar faizol tersengih.tangannya diusap-usap pada belakang kepalanya. "Oh yeke?mari ikut saya.." arah nadia.kotak first aid diambil lalu dibuka.minyak gamat diambil dan disapu pada luka dan dibalut dengan plaster. Faizol hanya melihat nadia melakukan kerjanya tanpa berkelip. Paha nadia yang putih yang terdedah didalam pakaian seragam merah itu dipandang faizol.airliurnya ditelan.Nadia menjerling kearah faizol.segera faizol memalingkan mukanya."err..terima kasih.." ucap faizol sambil bangun dari kerusi.nadia hanya tersenyum.
Tiba-tiba badan pesawat AK 7777 bergegar dan bergoncang kuat. Nadia hilang keseimbangan badan lalu terjatuh.faizol juga hampir-hampir terjatuh namun sempat juga dia berpaut pada sebatang besi untuk mengukuhkan kedudukan. Faizol cuba menolong nadia untuk bangun namun gegaran semakin kuat membuatkan mereka berdua jatuh terduduk."kenapa ni cik nadia?" Soal faizol sempat juga dia melihat nametag pada dada nadia."sa..saya tak tahu..awak pergi ke tempat duduk dan pakai seat belt,cepat!" Faizol mengganguk.
Suasana menjadi kecoh.bunyi bising alarm ditambah dengan pekikkan dari penumpang-penumpang menambahkan lagi rencah kebisingan. Topeng oksigen yang tergantung dicapai faizol dan dilekapkan pada mukanya.
Razif yang sememangnya tidak punyai perasaan itu hanya duduk bersaja.raup wajahnya langsung tidak menampakkan resah gelisah. Dia pernah mengalami situasi seperti ini dahulu ketika dia masih berusia 12 tahun.kedua ibu bapa dan adik perempuannya terkorban dalam nahas kapal terbang itu. Dia hanya cedera ringan ketika itu.Berbulan lamanya dia cuba melupakan tragedi berdarah itu.mujur ada ibu dan bapa saudaranya yang banyak memberi semangat dan dorongan untuk terus hidup didunia ini. Dia pernah cuba untuk membunuh dirinya dengan terjun kedalam laut.kedua kakinya diikat dengan sebiji batu besar namun sempat dihalang oleh pak adi,bapa saudarnya. Teringat lagi kata-kata pak adi,"orang yang bunuh diri rohnya tidak diterima langit dan bumi,Allah laknat mereka!neraka tempatnya!". Lamunannya terhenti.topeng oksigen segera ditekupkan pada wajahnya.Faizol kelihatan cemas selepas melihat kepulan asap keluar dari sayap enjin yang berada disebelah luar tingkap."dumm!!" Satu letupan kuat berlaku pada sayap enjin berkenaan.api berkobar-kobar menjulang. "Tidak..!!" Satu pekikkan kedengaran.lantas faizol berpaling kearah suara itu. Dina menjerit kuat."enjin..enjin meletup!! Kapal..kapal terbang ni nak terhempas..!! Aku tak nak mati!!" Laungnya kuat. Suasana bertambah kecoh dan cemas.
"Mintak semua bertenang! Duduk ditempat duduk anda masing-masing dan sila pakai tali pnggang keledar!" Ujar kapten adib safwan cemas dari corong radio. Pesawat AK 7777 airasia itu kemudian menjunam condong kebawah. Dari ketinggian 10000 meter dari aras laut,pesawat yang sudah kehilangan kedua-dua enjinnya terus menjunam laju menuju kearah sebuah hutan tebal.. Kesan daripada itu pintu kecemasan pesawat tiba-tiba tercabut dan angin kuat terus meluru masuk kedalam pesawat itu.bagasi-bagasi yang terdapat didalamnya tercampak kemerata tempat. Sebuah bagasi besar menghempap muka salah seorang penumpang,kepalanya tercabut dari tubuhnya.darah memercik kemerata tempat. Jijo yang duduk berhampiran dengan pintu terus ditarik keluar pesawat. Faizol tergamam melihat keadaan itu. Beberapa saat kemudian keadaan menjadi gelap.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...