12 April 2017
"Kita kena hantar sarah balik ke dunia dia secepat mungkin,mak..kalau tidak nyawa kita semua dalam bahaya..!" Ujar yusuf sambil memandang ibunya,mariam. "Sarah..abang mintak maaf sebab dunia kita berbeza..kita tak boleh hidup bersama.." sambung yusuf.
Sarah menundukkan kepala. "Tapi kenapa abang yusuf? Salahkah kalau sarah cintakan abang yusuf?" Ujar sarah lalu menangis. Yusuf terkesima mendengar pengakuan jujur dari gadis itu. Tubuh sarah didekati yusuf. "Sarah..dunia kita berbeza..mustahil manusia boleh berkahwin dengan orang bunian macam abang..itu dah melanggar hukum.." ujar yusuf. Yusuf mengeluh. Jendela didekatinya. "Kalau sarah nak tahu..abang tidak pernah pun cintakan sarah tapi.." yusuf diam sejenak. Dia tidak mampu untuk menghabiskan bicaranya itu.
"Tapi apa?" Soal sarah. Persoalan itu tidak dijawab oleh yusuf.
Sarah begitu kecewa lalu dia mengambil keputusan berlari keluar dari rumah itu dengan segera. "Sarah! Nak ke mana tu?!" Soal mariam panik. Namun soalannya tidak dijawab oleh sarah. "Yusuf! Cepat pergi halang sarah! Kalau jebat nampak dia,habislah!" Arah mariam cemas. Yusuf yang terlupa akan hal itu cepat-cepat mengejar sarah. Namun kelibat sarah sudah tidak kelihatan. Puas yusuf mencari diseluruh kawasan namun semuanya hampa. Tiba-tiba yusuf terpandang pada sesuatu yang dipacak pada sebatang pokok yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Pokok itu didekatinya lalu mencabut sebilah pisau bersama dengan sehelai kertas. 'JUMPA AKU DI MEDAN TEMPUR JIKA MAHU PEREMPUAN INI SELAMAT! YANG BENAR, JEBAT'. Yusuf mengetap gigi menahan marah. Kertas itu digumpal lalu dibuang ketanah. Yusuf segera pulang kerumah lalu menukar pakaiannya. Mariam pelik melihat perlakuan anaknya itu. Ditanya tak dijawab. Air muka yusuf ketika itu sungguh bengis membuatkan mariam takut untuk melihat.
Yusuf keluar dari biliknya dengan memakai pakaian pendekar. Sebilah keris diselit pada perutnya. "Yu..yusuf! Kenapa kau pakai pakaian arwah ayah kau? Kau nak ke mana ni?" Soal mariam. "Jebat dah tangkap sarah..saya nak jumpa jebat! Mak duduk kat rumah,jangan pergi mana-mana!" Ujar yusuf tegas. Mariam tersentak melihat ketegasan yusuf. Tingkah lakunya tidak ubah seperti arwah bapanya,ibrahim.
Suasana dimedan tempur begitu riuh dengan sorakkan dari pengikut-pengikut jebat. Medan tempur yang dikelilingi oleh pokok-pokok hutan itu kelihatan sungguh luas. Jebat kelihatan sedang berdiri megah sambil memeluk tubuh ditengah-tengah gelanggang medan tempur itu. Sarah pula diikat tangannya dan dipegang oleh dua orang lelaki. Airmatanya tidak henti-henti dari mengalir.
Sorakkan dari pengikut-pengikut jebat semakin kuat apabila yusuf muncul dan berjalan memasuki gelanggang medan tempur itu. Dia pun berdiri dibelakang jebat yang membelakanginya itu. Jebat pun memusingkan badannya dan bersemuka dengan yusuf. "Lepaskan sarah!" Arah yusuf. Jebat tersenyum sinis. "Langkah mayat aku dulu jika kau nak aku lepaskan dia!" Ujar jebat angkuh. "Aku tak sangka seorang lelaki alim macam kau sanggup berbohong demi seorang wanita..orang alim apa kau ni? Phuii!!" Sambung jebat sambil meludah.
"Aku menipu ada sebab,jebat! Kalau aku berkata benar ketika itu, aku tahu apa yang akan kau lakukan kepada sarah. Aku kenal kau,jebat! Seorang perogol!!" Ujar yusuf. Jebat mengetap gigi menahan marah. Maruahnya sudah dipijak oleh lelaki bernama yusuf itu. "Sudah! Ayuh kita bertarung! Salah seorang daripada kita akan mati!!" Laung jebat lalu meluru kearah yusuf. Yusuf yang sudah sedia dengan kekudanya berjaya menepis golok yang dihayungkan oleh jebat. Setiap serangan yang dilakukan oleh jebat dielak yusuf dengan mudah. Jebat melaung melepaskan geram sehingga serangan yang dilakukannya sedikit sumbang.
"Yusuf!! Berhenti!!" Tiba-tiba satu suara kedengaran dibelakangnya. Yusuf segera berpaling kearah suara ibunya,mariam. Melihat perhatian yusuf terganggu,jebat pun menikam goloknya pada perut yusuf yang tidak sempat mempertahankan diri itu. Darah merah terus mengalir dari lukanya itu. "Yusuf!!" Jerit mariam. Namun mariam dihalang oleh pengikut-pengikut jebat. "Abang yusuf..! Bertahan.!" Jerit sarah pula. " hehehe..sekarang tibalah masanya untuk kau bertemu dengan ayah kau di neraka.kalau kau nak tahu akulah orang yang buat ayah kau mati dulu..hehehe." bisik jebat pada telinga yusuf. Mata yusuf terbeliak. Mukanya tiba-tiba menjadi merah.urat-urat pada dahinya jelas menonjol keluar. Tubuh jebat lantas ditolak yusuf sehingga jebat jatuh tergolek diatas tanah.
"Pembunuh!!" Gumam yusuf. Keris ditangannya dipegang kejap. Rasa sakit pada perutnya sama sekali sudah hilang. Rasa sakit itu sudah diganti pula dengan satu perasaan marah yang meluap-luap. Tubuh jebat didekati tanpa rasa takut. Air muka jebat terus berubah apabila melihat wajah yusuf yang sangat bengis itu. Kakinya terasa lemah untuk berdiri. Golok ditangannya terlepas lalu jatuh ketanah. "Yu..yusuf..aku..aku mintak ma..maaf.." ujar jebat tergagap-gagap. Yusuf meletakkan mata kerisnya pada tengkuk jebat. "Berhenti! Kalau tidak ibu kau akan ku bunuh!" Laung satu suara.
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventuraSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
