"Kita kena tinggalkan kapal ni dengan segera!!" Ujar ramli. "Tapi kenapa?" Soal zulaikha. "Tempat ni tak selamat! Ini sarang burung pemakan daging!" Jawab ramli serius. Wajahnya berubah merah. Peluh bagaikan air sungai mengalir diwajahnya. Rasa takut yang amat jelas terpancar diwajahnya itu. "Sudah! Jangan banyak tanya,cepat!". Tangan zulaikha ditarik. Dina,sarah dan emma hanya mengikut mereka berdua dari belakang. Tangga yang dilalui sebelum ini terus didaki. Pintu dikuak perlahan. Ramli tersentak lalu pintu ditutup kembali. "Kenapa?" Soal zulaikha. Ramli membisu. Dia hanya menelan airliur sahaja. "Kenapa ni cik Ramli? Apa yang ada dekat luar sana?" Soal dina. Namun sekali lagi ramli membisu. Tubuhnya sedikit menggigil. Tanpa disuruh,dina terus membuka pintu dan melihat keadaan diluar. Mata dina terbuntang luas. Pintu segera ditutup. Jantungnya segera berdegup laju.
"Ma..macammana kita nak keluar dari sini?" Soal dina selepas zulaikha,emma dan sarah mengambil giliran untuk melihat keadaan diluar itu. "Tak ada jalan lain! Semua pintu dah dikawal mereka.." ujar ramli. "Macammana cik ramli tahu?" Soal emma setelah sekian lama berdiam diri. "Aku dah tengok! Seluruh tempat ni penuh dengan burung-burung tu..tadi pun aku dah tembak sekor dengan senapang!" Ujar ramli. "Senapang?" Soal sarah. Ramli mengangguk. "Habis mana senapang tu?" Soal zulaikha pula setelah melihat senapang yang dimaksudkan oleh ramli itu tiada ditangannya. "Senapang tu dah tercicir sebelum aku melarikan diri..selepas aku bunuh yang tu,datang pulak berpuluh-puluh ekor kejar aku.tapi nasib baik aku sempat selamatkan diri..." cerita ramli. Empat gadis itu sekadar mengangguk.
"Eh! Cuba cik ramli tengok mata burung tu semua..kenapa jadi warna putih?" Soal sarah. "A'ah la..kenapa aku tak perasan tadi..kalau macam tu..". Ramli tidak menghabiskan kata-katanya malah matanya melilau mencari sesuatu diatas lantai. Gelagat ramli membuatkan empat gadis itu tertanya-tanya."awak nak buat apa dengan batu tu?" Soal zulaikha. Ramli sekadar tersenyum.jari telunjuknya diletakkan pada bibirnya. Sebiji batu sebesar ibu jari yang dikutip diatas lantai tadi terus dilempar kearah burung-burung itu. "Kting! Kting!" Batu yang dilempar terkena pada dinding kapal dan menghasilkan bunyi. Lantas menarik perhatian burung-burung itu lalu berlari kearah bunyi itu. "Aku dah agak!" Ujar ramli sambil tersenyum sinis. "Burung-burung tu buta..diorang hanya menggunakan deria pendengaran sebagai 'mata'.." ujar ramli.apa yang dikatakan oleh ramli itu memang tepat kerana burung-burung itu hanya menggeleng-gelengkan kepala ditempat bunyi batu itu tadi.
Pintu dibuka perlahan-lahan. Mereka berlima berjalan seolah-olah berpijak diatas kapas. Langsung tiada bunyi. Sebagai ketua,ramli berjalan dihadapan diikuti pula dengan zulaikha,dina,sarah dan emma. Masing-masing memegang belakang baju orang dihadapan. Suasana ketika itu begitu sunyi sekali hanya bunyi ombak memukul pantai didengari. Bunyi nafas mereka kadang-kadang diselang-selikan. Jantung mereka bergedup laju. Beberapa ekor burung hitam itu berjaya dilepasi. Namun salah seekor berpaling dan berjalan kearah mereka. Empat gadis itu sudah cemas. Lengan ramli digoncang zulaikha.
Ramli memberi isyarat supaya bertenang. Sebatang besi yang bergeletak diatas lantai tidak jauh dari kakinya segera dicapai. "Lepas besi ni jatuh,kita lari kearah sana dan turun dengan tali sauh tu.." bisik ramli. Empat gadis itu mengangguk laju. Airmata mereka sudah bercucuran dari kelopak mata apabila menyedari burung itu semakin dekat. Tingkah laku burung itu disedari beberapa ekor lagi burung lalu mengikutnya dari sisi. Ramli menelan liurnya. Besi ditangan terus dilempar jauh kedepan.
"Kting! Kting!" Bunyi kuat itu segera menarik perhatian kesemua burung-burung itu lalu berlari laju kearah itu. Dengan segera ramli,zulaikha,dina,sarah dan emma berlari sekuat hati lalu berpaut pada tali sauh seperti yang dirancang. Namun entah bagaimana sebelum mereka semua turun,kaki emma tersepak pada tong minyak yang terdapat disitu lalu mengeluarkan bunyi nyaring. "Alamak!" Gumam emma. Burung-burung itu pun segera berpatah balik lalu berlari kearah emma sambil menjerit lantang.
"Cepat emma,turun sekarang!!" Jerit ramli yang berada dibawah. Dia dan tiga orang gadis lagi sudah berjaya menjejakkan kaki diatas pasir pantai. Emma yang ketakutan terus terjun tanpa berpaut pada tali sauh. Mujurlah dia sempat disambut oleh ramli dan zulaikha. "Cepat! Lari kedalam hutan sana!" Arah ramli. Burung-burung yang kelaparan itu segera terbang lalu mengejar mereka dari belakang. Entah kenapa tiba-tiba hutan yang dimasukki mereka dipenuhi dengan asap putih. "Asap apa ni?" Soal sarah. Larian mereka terhenti. Begitu juga dengan burung-burung hitam itu. Asap putih itu seolah-olah menyekat mereka dari mara kehadapan. "Kuakk! Kuakk! Kuakk!" Jeritan mereka jelas kedengaran. Begitu marah dengan asap putih itu lalu terbang meninggalkan hutan itu dengan segera.
"Jangan bimbang..devil birds itu dah pergi..!" Laung seseorang disebalik asap putih itu. Ramli,dina,zulaikha,emma dan sarah tersentak. Kemudian kelibat seorang lelaki bertopeng berjalan kearah mereka berlima. "Siapa kau?" Soal ramli. "Nama aku kazeem..kalau korang nak selamat,ikut aku!" Ujar kazeem lalu berpaling meninggalkan mereka. Ramli dan empat gadis itu memandang satu sama lain. Emma terus mengekori kazeem membuatkan ramli tercengang. Sarah mengangkat bahu lalu mengikut emma dari belakang. Bahu ramli ditepuk zulaikha. Ramli mengeluh. Nak tak nak dia terpaksa mengikut lelaki bernama kazeem itu demi keselamatan mereka. Namun jauh dilubuk hatinya satu perasaan tidak senang muncul selepas kemunculan lelaki itu. Ramli menggelengkan kepala untuk membuang perasaannya itu lalu mengikut zulaikha,dina,sarah dan emma.
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
