Chapter 5

47 1 0
                                    

6 april 2017
Jijo membuka matanya perlahan-lahan.cahaya matahari pagi bersinar terang mengganggu penglihatannya.terasa sakit terus hinggap pada seluruh tubuhnya selepas dia cuba untuk bergerak.terasa seperti berpuluh-puluh bilah pisau sedang menghiris tubuhnya ketika itu. Jijo perasan yang dia masih lagi terikat pada kerusi.berpantang maut sebelum ajal,itulah pepatah yang boleh dikatakan kepadanya.tali pinggang kaledar yang masih ketat mengikat tubuhnya telah menyelamatkan nyawanya itu.

Jijo menjerit apabila menyedari dirinya tergantung diatas pokok dalam ketinggian 20 meter dari tanah. Dia panik lalu meronta-ronta untuk melepaskn diri. "Beg? Mana beg aku?!". Soal jijo panik."Kraakk!" Bunyi dahan retak kedengaran. Jijo tersentak lalu berpaling kesekelilingnya. Dia mendongak keatas.jijo tergamam apabila melihat dahan yang menampungnya itu sudah condong. Tiba-tiba dahan yang menampungnya pun patah. Dari ketinggian 20 meter,jijo terjatuh ke atas tanah.mujur seat dibelakangnya itu melindungi belakangnya jika tidak tulang belakangnya pasti patah dan mungkin lumpuh seumur hidup.

                                            ********

Bunyi api merecik dari litar pesawat terhempas itu masih lagi berbunyi.asap-asap dari kebakaran masih lagi kelihatan. Bunyi seperti orang sedang menjamu selera kedengaran.lagaknya kelihatan seperti sudah berbulan tidak makan.sangat rakus sekali. Bunyi itu mengejutkan razif dari tidurnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan mengecilkan sedikit matanya untuk menahan cahaya matahari yang terpancar kearahnya.
Razif segera menoleh kearah kanannya. Mata razif terbuntang apabila melihat mayat salah seorang penumpang pesawat itu sedang diratah oleh seekor haiwan. Haiwan yang setinggi dirinya itu hanya membelakanginya. Razif cuba meneka jenis haiwan itu kerana dia belum pernah melihat haiwan yang mempunyai ekor panjang seperti itu. Haiwan itu kemudian berpaling ke kiri apabila terdengar sesuatu disebalik semak. Razif tergamam melihat rupa sisi haiwan itu. "I..itu..vel..velociraptor! Tak..tak mungkin!". Gumam razif.

Dengan perlahan-lahan razif cuba bangun. Buruk padahnya jika tindakannya itu disedari oleh haiwan pemangsa yang mempunyai iq seorang kanak-kanak 12 tahun itu. Lebih-lebih lagi kakinya sudah tercedera. Razif terus berlari terhencot-hencot kearah bangkai pesawat yang berada tidak jauh dari tempatnya terbaring itu. Mujur Lariannya itu tidak disedari oleh velociraptor itu. Bau-bau hanyir darah terus hinggap pada rongga pernafasannya. Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan didalam bangkai separuh pesawat itu. Darah dan anggota badan penumpang-penumpang pesawat itu berselerak menyebabkan razif tidak dapat bertahan. Perutnya terus mengeluarkan isi-isinya.

Pintu ruang pemandu pesawat itu dibuka razif apabila dia menyedari pintu itu tidak berkunci. Dia terus masuk dan menguncinya dari dalam. Cermin hadapan pesawat itu kelihatan sudah pecah dan kaca-kaca bertaburan diatas lantai. Mayat pembantu pesawat itu yang terikat pada kerusinya diangkat razif dan membaringkannya diatas lantai. Dia kemudian menoleh kearah tubuh kapten Adib Safwan yang tiba-tiba bergerak. Lantas razif mendapatkannya. "Argghh..!!" Jerit kapten adib sambil memegang kepalanya. "Bertenang kapten..jangan bergerak..kepala kau berdarah ni!" Ujar razif."tunggu aku pergi ambil first aid.." sambungnya lagi. Kapten adib sekadar mengangguk lembut.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now