Chapter 36

19 0 0
                                    

18 april 2017

"Betul ke laluan ni,jo?" Soal faizol sambil matanya melilau memandang kiri dan kanan. "Aku rasa betul sebab kau tengok tu.." ujar jijo sambil menunding jarinya kearah kesan tapak kaki beruk gergasi diatas tanah. Kesan tapak kaki itu masih lagi baru ditinggalkan jadi ini menandakan beruk gergasi itu berada berdekatan dengan mereka. Namun yang menjadi masalah kepada mereka adalah kesan tapak kaki itu berakhir di bawah kaki bukit berbatu yang sangat besar. Tiada jalan lain untuk dilalui kerana kiri dan kanan mereka hanya terdapat bongkah-bongkah batu dan cerun yang dalam saja.

"Nak tak nak kita kena panjat jugak.." kata razif. Bob menelan airliur. Mukanya berubah pucat. "Kenapa bob?" Soal razif. Jijo dan faizol memandang bob serentak."aku..aku gayat dengan tempat tinggi.." jawab bob. "Jangan pandang bawah,bob!" Kata razif apabila menyedari bob berhenti dari mendaki. Mata bob dipejam rapat. Tubuhnya sudah berpeluh lebat. Gigilan pada tubuhnya semakin menjadi-jadi. "Kau kena kuatkan semangat kau..kau boleh buat,bob!" Laung jijo dari atas."ya bob! Kau boleh buat,percayalah! Jangan pandang bawah!" Laung faizol pula sambil mendongak keatas memandang bob. Bob mengetap gigi. Nafas panjang diambil lalu dihembus perlahan. "Baiklah.." ujarnya perlahan lalu meneruskan perjalanan. Razif tersenyum."bagus bob! Sikit je lagi nak sampai puncak!" Laung razif.

Beberapa minit kemudian mereka pun sampai diatas puncak bukit berbatu itu. Bob terus terbaring diatas tanah. Nafasnya tercungap-cungap. Jijo dan faizol turut sama duduk bersebelahan bob. Paha bob ditepuk-tepuk faizol."kau berjaya bob,haha.." ujar faizol sambil ketawa.Namun kelibat razif pula sudah hilang dari pandangan. Ini membuatkan jijo tertanya-tanya sambil memandang sekeliling."eh Razif mana?" Soal jijo. Faizol dan bob memandang sekeliling. "Razif! Kau kat mana?!" Laung jijo.

"Korang,aku kat sini!!" Sahut razif. Mereka bertiga segera bangkit lalu berlari kearah suara razif. Razif kelihatan sedang duduk melutut sebelah kaki. Ditangannya terdapat sesuatu yang berwarna putih. Pandangannya pula diarah kedepan. "Apa tu,zif?" Soal bob. Razif terus bangun berdiri lalu diserahkan benda putih itu kepada bob."baju?" Soal faizol aneh. "Baju kapten adib!" Ujar razif serius. Jijo,bob dan faizol tersentak. "Sesuatu telah terjadi pada kapten adib.." ujar razif. Baju kapten adib yang dipenuhi darah merah dipandang mereka berempat membuatkan jantung mereka berdegup kencang. Apa yang telah terjadi kepada kapten adib? Soal jijo,bob dan faizol didalam hati.

                                              *********

Nadia tersedar daripada pengsannya. Cahaya yang samar-samar menjamu matanya. Matanya dibuka luas lalu tubuhnya diraba-raba. "Aku..aku masih hidup!?" Gumamnya terkejut. Dia merangkak perlahan lalu bangun dan berlari kearah cahaya dihadapannya. Larian nadia terhenti apabila melihat permandangan dihadapannya itu. Nadia terkesima. Mulutnya ternganga luas. "Kat mana aku sekarang?!" Gumamnya sendirian. Pemandangan hutan,sungai dan laut jelas terpampang didepan matanya.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now