17 april 2017
Seekor mahkluk berbulu besar sedang memandangnya tajam. Mahkluk itu kemudian meraung kuat sehingga menampakkan barisan gigi taringnya. Makhluk itu berdiri lalu menumbuk-numbuk dadanya beberapa kali. Seekor biawak gergasi dibawah kakinya dipijak-pijak kuat sehingga lunyai. Razif memandang mahkluk itu tidak berkelip. Mulutnya terlopong. Makhluk itu menangkap ekor biawak gergasi itu lalu mengheretnya. Razif hanya memandang dan berdiri kaku. Tiba-tiba seekor lagi biawak gergasi yang masih hidup bangun dan terus menerkam razif. Razif berpaling. Mulut bergigi taring sudah hampir didepan matanya. Razif menjerit lantang sehinggalah pandangan matanya menjadi gelap gelita. "Argghhh..!!" Razif menjerit. Lantas dia terbangkit dari baringannya. Kawasan sekitar ditoleh. Mukanya yang berpeluh diraup kasar.
"Astarhgfirullah.." ucap razif. "Razif!! Kau dah bangun..?" Ujar bob sambil berlari anak kearahnya. "Aku kat mana ni?" Soal razif. "Jangan risau..kau selamat..kau bersama dengan kitorang sekarang.." ujar bob.razif menghela nafas pendek. "Tadi..aku mimpi pasal..". Belum sempat razif menghabiskan kata-kata,bob mencelah. "Pasal beruk kan?" Soal bob tersenyum. Razif tersentak."macam mana kau tahu?" Soal razif hairan."dah lima kali kau sebut pasal tu masa kau pengsan." Ujar bob. Razif diam. "Beruk besar tu ke yang bunuh biawak gergasi tu?" Soal bob. Razif tersentak dengan pertanyaan bob.wajah bob dipandang lalu mengangguk perlahan.bob mengeluh perlahan."jom ikut aku.." arah bob.
Razif keluar dari tempat berteduh itu dengan dipapah oleh bob. Bau asap mula menusuk hidungnya. Kelihatan jijo dan faizol sedang duduk mengadap unggun api itu. Waktu sudah menjelang senja. Suhu ketika itu sudah mencecah 18 darjah celcius. Razif menggigil kesejukkan. Dia kemudian duduk disisi jijo sambil mengangkat kedua belah tangannya ke arah api. Sejuk yang mencengkam tulang beransur-ansur hilang dek bahang kepanasan api itu.bob mengambil tempat disisinya. Razif hairan apabila melihat rakan-rakannya itu diam seribu bahasa. Fokus mereka hanyalah pada unggun api itu. Wajah jijo kelihatan muram. Razif berpaling memandang faizol pula. Faizol mengeluh berat."kenapa dengan korang ni?" Soal razif hairan. "Mana kapten adib dan nadia? Soalnya lagi.
"Diorang dah takde.." jawab faizol dingin."takde?apa maksud kau?diorang pergi mana?" Soal razif.pandangan dialih kepada bob. Bob mengeluh."kapten adib pergi mengejar beruk besar tu untuk selamatkan nadia.." jawab bob. "Hah!! Apa maksud kau,bob?". Razif tidak faham dengan maksud bob itu. Faizol bangun dari duduknya lalu menghampiri razif. Kolar baju razif dicekak kuat."kenapa kau tak bagitahu kami yang kau pernah jumpa dengan beruk gergasi tu,hah?!" Marah faizol. Bob segera menenangkan faizol."sabar faizol..bukan salah dia semua ni berlaku..kau pun tahu kan kita jumpa razif pengsan time tu.." ujar bob.
Faizol melepaskan cengkamannya lalu beredar dari situ dengan perasaan marah. "Kenapa dengan si faizol tu?" Soal razif tenang."entah..sejak nadia hilang,dia jadi tak tentu arah.." ujar bob."dia dah jatuh cinta dekat nadia.."ujar jijo mencelah. Bob dan razif memandang jijo dengan pandangan tidak percaya. "Tapi..apa maksud kau beruk gergasi tu yang larikan nadia?" Soal razif tidak mengerti. "Semalam nadia dengan kapten adib keluar mencari makanan.lepas beberapa jam kami terdengar bunyi bising kat dalam hutan sana..jadi kami pergi tengok apa yang terjadi.apabila sampai kami tengok kapten adib sedang berdepan dengan seekor makhluk berbulu besar,tingginya setinggi bangunan tiga tingkat sedang menggenggam nadia dengan tangan kanannya. Kapten adib ketika itu sudah terbaring diatas tanah.beruk besar tu tengok kitorang dengan pandangan tajam sekali.kemudian dia melompat keatas bukit batu dan terus hilang.." ujar bob. " selepas kapten adib sedar dia terus pergi masuk kedalam hutan untuk menyelamatkan nadia.."sambung jijo pula.razif mengangguk."tapi kenapa korang biarkan dia pergi sorang diri?kenapa korang tak ikut sekali?"soal razif. Pertanyaan razif itu membuatkan dia teringat akan kata-kata kapten adib sebelum dia meninggalkan tempat itu.
"Aku nak pergi selamatkan nadia..jom ikut aku cepat! Bob! Faizol! Jijo! Lekas!!" Jerit kapten adib memulakan langkah. Namun langkahnya terhenti apabila menyedari jijo,bob dan faizol tidak berganjak dari tempat mereka berdiri."kenapa dengan korang ni?!" Soal kapten adib. Kening kapten adib terangkat."oh..korang takut ya?ich..kalau macam tu biar aku sorang yang pergi..selamat tinggal!" Ujar kapten adib meninggalkan jijo,bob dan faizol dengan perasaan marah.
"Memang betul kami takut..lawan yang kitorang akan berdepan bukan lawan sebarangan.lagipun kalau kami pergi siapa yang akan jaga kau?" Ujar bob. Jijo menganggukkan kepala tanda setuju. Razif diam tidak bersuara.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...