"Eh tengok ni ada kesan seretanlah.." ujar faizol sambil menunding kearah tanah didepannya itu. "Kalau tengok kesan ni..sampai kat lubang sana! Tapi kesan apa sebenarnya ni?" Soal bob pula. Wajah faizol dipandang. Kemudian dikalih kearah razif. "Kalau nak tahu kenalah masuk kedalam lubang tu.." ujar razif bersahaja. Bob tersentak. "Kau biar betul zif..lubang apa pun kita tak tahu ni..dibuatnya sarang ular naya kita zif..aku tak sanggup!" Ujar bob sambil mengangkat kedua belah tangannya separa bahu. Razif tersengih.
"Kau macam mana faizol? Nak masuk tak?" Soal razif. Faizol hanya tersengih kelat. "Err..aku ikut kau je zif.." ujar faizol. "Kau pulak macammana jo?" Soal razif. Jijo yang dari tadi sibuk mengambil video keadaan sekitar dengan kameranya berpaling kearah razif. "Apa?" Soalnya. "Kau nak masuk tak dalam lubang tu?" Soal razif yang sekelian kalinya. "Entah..aku ikut kau je.." ujar jijo. "Ok..undian bermajoriti menyuruh kita masuk kedalam lubang tu..jadi apa tunggu lagi,jom masuk!" Ujar razif sambil berjalan kearah lubang yang pernah dimasukki oleh kapten adib sebelum ini. Bob mengeluh berat. Nak tak nak terpaksa jugalah dia masuk kedalam lubang itu. Mana tahu boleh berjumpa dengan kapten adib disitu. Gumam bob.
"Gelapnya.." ujar faizol. Langkah diatur cukup perlahan dan berhati-hati. Seekor lipan merayap diatas dinding batu pun mereka tidak nampak. "Janganlah main kepala aku,faizol!" Marah bob apabila sesungut lipan terkena pada kepalanya. "Kau jangan macam-macam bob,aku kat depan kau ni macammana plak aku boleh main kepala kau?" Soal faizol. "Habis..tadi tu..?". "Syhhh!! Boleh diam tak korang berdua?!" Marah razif. Suasana kembali menjadi sunyi. Hanya bunyi derapan kaki melangkah mereka sahaja kedengaran. "Eh tu..cahaya apa tu?" Soal bob. "Itu jalan keluar! Jom cepat!" Arah faizol lalu berjalan sedikit laju.
Mata mereka terpejam rapat saat cahaya memaancar kedalam kornea mata. Selepas berasa selesa barulah mata dibuka seluas-luasnya. "Wow! Tempat apa ni?" Soal jijo dan faizol serentak. Bunga-bunga berwarna warni menghiasi segenap ruang. Seolah-olah mereka kini berada ditaman bunga. Razif mendongak keatas. Dia tersentak. "Korang! Cuba pandang atas." Ujar razif mematikan perasaan teruja rakan-rakannya. Tanpa bersoal jawab,mereka terus memandang keatas seperti diarahkan oleh razif. Mulut mereka terlopong. "Tak ada langit dan awan! Dekat mana kita sekarang ni?" Soal bob. Jantungnya sudah berdegup kencang.
"Aku rasa kita sedang berada dibawah tanah!" Ujar razif sambil melihat keadaan sekitar. Jijo yang berada dibelakang sekali tersentak apabila terdengar sesuatu yang sedang berjalan. Dia terus berpaling mengadap lubang gua yang mereka keluar tadi itu. Seekor lipan gergasi tiba-tiba keluar dan merayap pada dinding batu. Matanya terbuntang luas. Mulutnya ternganga."k..ko..korang!" Panggil jijo. Suaranya terketar-ketar. Razif,bob dan faizol segera berpaling ke arah jijo.
"What the..!" Kata-kata bob terhenti apabila melihat lipan gergasi itu. Kemudian beberapa ekor serangga lagi keluar dari sarang mereka. Apa yang membuatkan mereka berempat tergamam adalah saiz serangga-seangga itu lebih besar dari saiz yang sering mereka jumpa. Sekawan lebah bersaiz bola sepak kelihatan sedang terbang bebas diatas kepala mereka. Mereka berempat menelan liur. Dunia apa yang mereka masuk sekarang ni? Kenapa semua serangga besar-besar belaka? Persoalan itu berlegar-legar bermain difikiran mereka saat itu. "Jom..kita kena tinggalkan tempat ni dengan segera..aku rasa tak sedap hati.." ujar razif. Jijo,bob dan faizol memganggukkan kepala tanda setuju.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...