Selepas berjaya menyelamatkan diri,kapten adib telah sampai disebuah gua dengan secara kebetulan. Seorang wanita kelihatan sedang berdiri dihadapan cerun didepan gua itu. Wanita itu menjerit-jerit memanggil seseorang. Nama yang dipanggil wanita itu agak janggal bagi kapten adib.orang yang berada dibawah cerun itu tidak menghiraukan panggilannya malah terus sibuk melakukan sesuatu. Tanpa berlengah kapten adib terus berlari kearah wanita itu lalu memegang tangannya. Wanita itu terperanjat lalu berpaling. "Nadia! Cepat ikut aku!" Arah kapten adib. Nadia tergamam memandang kapten adib. "Adib? Apa awak buat kat sini?" Soal nadia. Wajahnya berkerut seribu. "Saya datang selamatkan awaklah..jom kita pergi dari sini cepat!".
Tangan nadia ditarik namun pegangan tangannya direntap kuat oleh nadia untuk melepaskannya. Kapten adib tersentak. "Kenapa ni?" Soal kapten adib. "Tak! Saya tak boleh pergi..saya perlu selamatkan dia dulu.." ujar nadia sambil menunding jari kearah cerun itu. Kapten adib terdiam lalu melihat kearah cerun berbatu itu. Kelihatan seekor mawas gergasi sedang terperangkap dicelah-celah cerun berbatu itu. Batu-batu yang menghimpit tubuhnya dipukul sekuat hati untuk menghancurkannya untuk melepaskan diri namun usahanya gagal. Mawas yang bernama kong itu kelihatan sudah berputus asa. Darah merah mula meleleh dari kepala dan tubuhnya. Kong mendongak memandang sayu kearah nadia. Mulut hitamnya terbuka mengeluarkan bunyi sayu. Airmatanya meleleh dipipi. Nadia menangis teresak-esak. Dia yang berdiri terus jatuh terduduk sambil memandang kong.
Gegaran gempa bumi semakin kuat. Kapten adib terus menyentap lengan nadia supaya bangun. "Kita tak mampu nak selamatkan dia,nadia! Kita kena tinggalkan tempat ni sekarang jugak kalau tidak nasib kita akan jadi macam dia!" Jerit kapten adib. Nadia membisu. "Bangun cepat!" Sambung kapten adib lagi. Dengan rasa berat hati nadia terpaksa melupakan kong dan terus berlari mengikut kapten adib kearah hutan. Sebaik sahaja kelibat mereka berdua hilang,sebiji batu bersaiz bas express telah merekah dan terjatuh kearah kong dan tepat mengenai ubun-ubun kepalanya. Darah pekat terus terpancut keluar. Tubuh lemah kong terus menerus dihempap beberapa biji batu lagi sehingga kong terkulai tidak bernyawa.
****
Sementara itu,bob,jijo,faizol dan razif berpatah balik keluar menerusi lubang gelap yang mereka susuri sebentar tadi. Niat untuk mencari kapten adib terpaksa dilupakan demi keselamatan nyawa mereka. Nyawa sendiri lebih penting daripada nyawa orang lain jika berdepan situasi seperti itu. Itulah apa yang dikatakan oleh razif semasa dia dan rakan-rakannya berada dibawah tanah sebentar tadi. Perang mulut antara dia dan faizol tercetus apabila razif menyuarakan pendapat itu. Namun faizol terpaksa akur selepas jijo dan bob sependapat dengan razif. Sebaik sahaja mereka berempat keluar dari lubang itu mereka terkejut apabila melihat gunung berapi telah pun memuntahkam larvanya. Berpuluh-puluh batu berapi melayang-layang diudara dan jatuh terhempas ketanah mengakibatkan beberapa ekor haiwan prasejarah terbunuh dihempap batu-batu itu.
"Cepat! Kita lari kearah pantai!" Usul razif. Jijo,bob dan faizol mengangguk spontan. Pokok-pokok hutan lantas dirempuh mereka. Larva-larva panas mula meleleh kearah mereka berempat. Pokok-pokok dibelakang mereka habis musnah terbakar. Selepas difikirkan balik barulah mereka sedar lubang yang mereka masuk sebentar tadi itu merupakan laluan menuju kearah gunung berapi berkenaan. Dengan segala kudrat yang ada mereka terus berlari sekuat hati menuju kearah pantai. Namun usaha mereka terbantut dan terpaksa berhenti berlari kerana laluan yang diambil mereka bukanlah menuju kearah pantai tetapi kearah sebuah gaung. Gaung yang memisahkan pulau itu dengan laut.
"A.apa kita nak buat sekarang ni?" Soal faizol panik. Rakan-rakannya yang lain sekadar menelan airliur. Terkesima.tidak tahu apa yang harus diucapkan. Kawasan sekeliling dipandang mereka namun kelibat pantai langsung tidak kelihatan. Yang ada cumalah gaung tinggi setinggi 50 meter sepanjang beberapa kilometer itu dan laut biru terbentang luas didepan mereka. Bunyi ombak ganas yang menghentam tembok gaung itu membuatkan bulu roma mereka berdiri tegak.
"Fikir! Razif fikir!! Apa yang kau perlu buat sekarang ni!!" Jerit razif. Bob,jijo dan faizol mulai panik selepas melihat aliran larva merah sudah semakin dekat. Wap dan haba panas mula terasa bahangnya. Razif melihat kebawah gaung. Dahinya terangkat. "Guys!!" Panggil razif. Jijo,bob dan faizol lantas berpaling kearah razif. "Kita..terjun!!"
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...