Chapter 11

34 0 0
                                    

"Razif! Cepat kita kena selamatkan dina! Dia dilarikan orang! Orang itu..dia pakai cawat!" Ujar sarah cemas. Mukanya sudah dibasahi dengan air mata. Lengan razif ditarik. "Sarah..bertenang! Apa yang kau cakap ni? Siapa yang larikan dina?" Soal razif. Kapten adib sekadar melihat sarah dari tempat duduknya. " diorang..macam orang asli..!" Sambung sarah. Razif memandang kapten adib. Kapten adib menjungkit bahu. "Baiklah..kau bertenang dulu..nanti kita cari dan selamatkan dina,ok?!". Sarah menganggukkan kepala.

"Apa pendapat kau,kapten?" Soal razif. Pandangannya dialih memandang sarah yang sudah tertidur beralaskan sebuah beg.kapten adib mengeluh berat."entahlah..kalau benar dina dilarikan orang yang pakai cawat,siapa mereka tu?" Soal kapten adib."orang asli..orang-orang yang menghuni pulau ini.." ujar razif yakin. Kapten adib membulatkan matanya. "Tapi..macam mana kau tahu kita tersadai dekat pulau?" Dahi kapten adib berkerut. "Aku hanya teka.."

Tiba-tiba lantai hutan dimana bangkai pesawat itu terhempas tiba-tiba bergegar. Razif dan kapten adib terkejut lalu bangkit berdiri. Sarah yang sedang lena diulit mimpi segera bangun dari tidurnya itu."kenapa ni?" Soal sarah panik. Razif tidak menjawab sebaliknya hanya meletakkan jari telunjuknya pada mulut menandakan isyarat diam. Razif cuba mengintai pada lubang yang terdapat pada cermin hadapan yang sudah dilekatkan plastik sampah yang diambil didalam kabin pesawat. Namun hanya gelap gelita yang menjamu mata razif. Gegaran tadi tiba-tiba sahaja berhenti.

"Auuummmm..!!!" Satu ngauman kuat kedengaran disebalik bangkai pesawat itu. Razif,kapten adib dan sarah masing-masing terkejut. "Diam! Jangan bising!" Ujar kapten adib selepas melihat sarah sudah teresak-esak menangis. "Trynasourus rex!" Ujar razif pula. "Cepat baring dan jangan bergerak!" Sambungnya lagi. Masing-masing mengangguk dan menurut apa yang dikatakan oleh razif itu. Tiba-tiba cermin hadapan pesawat yang ditutup dengan plastik sampah hitam itu terkoyak apabila haiwan pemangsa yang paling ganas itu mensuakan muncungnya.

Lubang hidungnya kembang kempis menghidu. Kemudian t-rex itu mengintai dengan sebelah matanya pula.Diselang seli dengan ngauman kecil. Bergetar leher haiwan itu. Nasib mereka bertiga baik kerana t-rex itu meninggalkan mereka dan berlalu pergi. Razif,kapten adib dan sarah menghembus nafas lega. "Aku rasa tempat ni dah tak selamat." Ujar kapten adib.razif menganggukkan kepala tanda setuju."kita kena tinggalkan tempat ni sekarang jugak..cari barang-barang berguna dalam beg-beg yang ada ni lepas tu kita blah dari sini." Sarah dan kapten adib mengangguk.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now