"Kau dah gila ke razif? Kalau terjun,mampus kita nanti!" Marah faizol. "Habis,kita nak buat apa lagi? Kalau kita tak terjun pun kita tetap mati terbakar! Lagi dasyat kena bakar dengan larva panas tu..kalau kita terjun pun belum tentu kita mati dalam air laut tu." Ujar razif. Faizol terdiam. "Sudah! Kalau kau takut kau tunggu kat sini..aku nak terjun!". Tanpa berlengah razif terus mengundur kebelakang beberapa meter lalu berlari sekuat hatinya. Sesampai di birai tebing razif terus melompat dengan satu pekikkan kuat. Sekelip mata saja kelibat razif hilang daripada pandangan.
Bob,jijo dan faizol tergamam melihat tindakan razif itu. "Razif.." gumam bob. Jijo menelan liur sambil melihat kelibat razif pada permukaan laut yang sedang bergelora itu. Tiba-tiba bob mengorak senyuman pada bibirnya. "Razif!! Haha kau masih hidup!" Pekik bob. Suara razif sayup-sayup kedengaran dari bawah juram itu. "Fuh! Aku nak terjun!" Ujar bob. Diikuti jijo,bob terus berlari dan melompat terjun dan terus terjatuh kedalam laut biru itu. Hanya beberapa saat saja mereka berdua pun tenggelam. Dengan sekuat tenaga mereka berdua cuba berenang naik ke permukaan.
Razif terus berenang kearah bob dan jijo sebaik sahaja kelibat mereka berdua tiba dipermukaan."mana faizol?" Soal razif. Bob dan jijo menoleh kesekeliling. Sementara itu faizol kelihatan sedang duduk berlutut membelakangi gaung. Airmatanya bercucuran jatuh kebumi. "Apa..apa yang perlu..aku buat sekarang..? Huhuhu..aku..aku bukannya takut..tapi..aku tak pandai berenang!!.". Tangisnya teresak-esak. Larva yang mengalir sudah semakin dekat. "Mama..papa..ampunkan dosa ijoi..ijoi banyak buat dosa dengan mama dan papa.." luah faizol.
Razif,bob dan jijo tersentak apabila terdengar satu suara meraung yang sangat kuat datang dari atas kepala mereka. Sejurus selepas itu limpahan larva mula kelihatan di birai gaung lalu terjatuh kearah laut. "Oh my god! Cepat berenang!!" Jerit razif. Mereka bertiga terus menyelam dan berenang menjauhkan diri. Tiba-tiba satu jasad besar jatuh dan tenggelam hanya beberapa meter saja dari mereka. Mata bob terbeliak apabila memandang jasad seekor t-rex yang hangus terbakar dengan matanya terbuka luas didepannya itu. Kemudian beberapa ekor lagi dinosour terjatuh disusuli dengan beberapa batang pokok balak yang hangus terbakar.
Ada yang sudah mati dan ada juga yang masih hidup. Dinosour yang masih lagi hidup itu terkapai-kapai berenang mencari oksigen. Tangan bob disentak kuat oleh razif. Razif memberi isyarat supaya berenang meninggalkan tempat itu dengan segera. Bob faham lalu menganggukkan kepala.
****
Kazeem dan pengikut-pengikutnya kelihatan sedang berlari meninggalkan tempat persembunyian mereka dan menuju kearah kapal minyak yang tersadai di tepi pantai. Kapal minyak yang sebelum ini dikawal oleh sekumpulan evil birds kelihatan begitu lengang. Kelibat mereka sudah tidak kelihatan. Mungkin disebabkan berlakunya gempa bumi dan letusan gunung berapi itu telah menakutkan mereka. Peluang itu diambil oleh mereka berenam untuk menyelinap masuk kedalamnya. "Okey.kita tinggal kat sini dulu buat sementara waktu.." ujar kazeem. Peluang itu diambil oleh ramli untuk menyelinap lebih dalam lagi didalam perut kapal minyak itu dengan perlahan-lahan meninggalkan kumpulannya itu. Melihat rakan-rakannya leka dia berpusing lalu masuk kedalam sebuah bilik.
Tangga yang menghubungkan tingkat 1 ke tingkat 2 diambil ramli. Sebilah kapak yang masih elok terdapat didalam kaca pada dinding diambilnya untuk dijadikan senjata. Suasana yang agak gelap menyukarkannya untuk berjalan. Ketiadaan ramli disedari oleh dina. "Eh mana encik ramli?" Soalnya. Masing-masing berpaling mencari kelibat ramli. Kazeem hanya membisu. Raut mukanya sedikit berubah. "Hmm..takpe,korang duduk kat sini jangan pergi mana-mana..biar Aku yang pergi cari dia..". Tanpa berlengah kazeem terus meninggalkan gadis-gadis itu. "Aku takkan biarkan dia jumpa benda tu!" Gumam kazeem.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventuraSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...