Chapter 48

18 0 0
                                    

20 april 2017

Matahari mula menampakkan diri. Pemandangan mentari terbit diufuk timur begitu sukar untuk digambarkan kecantikkannya. Mengagumkan mata-mata yang melihatnya ketika itu. Razif,jijo dan bob meneruskan perjalanan mereka untuk mencari pangkalan tentera yang dipercayai mereka berada dipulau itu. Langkah mereka terhenti apabila mendengar bunyi helikopter. Semakin lama semakin dekat bunyinya. "Woi!, kat sini!!" Jerit jijo diselang seli dengan pekikkan dari bob. Mereka melambai-lambai memberi isyarat. Helikopter itu kemudian terbang rendah dan mendarat dipantai. Angin yang dihasilkan oleh kipas helikopter itu menaikkan pasir-pasir yang memutih keudara. "Haha!! Kita selamat!!" Ujar bob sambil memeluk razif dan jijo.

"Alhamdulillah..syukur.." ucap jijo.Mereka kemudian dibawa terbang ke pengkalan tentera yang telah siap sedia di tepi pantai tidak jauh dari tempat mereka diselamatkan. Masing-masing terlantar dan termenung merenung keluar. Perasaan gembira jelas kelihatan diraup wajah mereka. Sesampai dipengkalan,mereka dibawa pula ke khemah medic untuk diberi rawatan dan makanan. Namun mereka tersentak apabila melihat sekujur tubuh berbalut pada lengan,tubuh dan kepala yang terlantar tidak sedarkan diri diatas katil. Airmata bob segera tumpah kelantai kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Faizol..." gumam bob perlahan.

                                                  ****

Sementara itu,ramli dan kelima-lima orang gadis sudah tidak larat untuk meneruskan perjalanan. Masing-masing sudah berputus asa dan terbaring keletihan ditepi pantai. Matahari sudah berada tepat diatas kepala. Panas terik mentari membuatkan tubuh mereka dehidrasi. Namun nasib mereka berenam sungguh baik kerana helikopter penyelamat ternampak akan kelibat mereka. "Kat...si..ni.." jerit ramli lemah. anggota-anggota penyelamat berlari kearahnya dilihat semakin lama semakin pudar. Ramli tersenyum sebelum tidak sedarkan diri.

                                                  ****

Ramli tersedar dari pengsan dan mendapati dirinya kini terlantar diatas katil. Lengannya terasa perit sebelum tersedar akan jarum yang dicucuk untuk dimasukkan ubat. Ramli teringat akan sesuatu lalu diraba pada kedua-dua poket seluarnya. Dia tersenyum lalu mengeluh lega. "Dah sedar?" Soal zulaikha yang tiba-tiba berada disisinya. Ramli tsrsentak lalu tersenyum. "Awak okey?" Soal ramli. Zulaikha menganggukkan kepala. "Budak-budak macammana?" Soal ramli. "Mereka okey..jangan risau..em terima kasih sebab awak banyak berkorban untuk kami semua.untung budak-budak tu dapat pensyarah macam awak.." ujar zulaihka. Pipinya tiba-tiba memerah. Ramli sekadar tersenyum. "Awak..saya ada something untuk awak.bila sampai malaysia saya akan bagi.." ujar ramli. "Oh apadia?" Soal zulaikha. Ramli tidak menjawab sebaliknya mengeyikkan matanya sahaja. Tindakannya itu mengudang geram lalu perutnya dicubit zulaikha.

"Macammana dengan pencarian kita.ada apa-apa keputusan?" Soal koperal kora. "Maaf koperal..kita sudah menjejaki seluruh pulau namun kelibat mereka berdua langsung tidak kelihatan." Ujar seorang anggota askar. Koperal kora mengangguk faham. "Macam mana tuan? Jumpa tak?" Soal razif ditemani bob dan jijo. Koperal kora mengeluh perlahan. "Maafkan saya..saya sudah cuba buat yang sehabis baik..maaf jika saya kata,kawan-kawan awak itu mungkin sudah mati.." ujar koperal kora sambil berlalu. Penjelasan dari koperal kora memberi satu tamparan hebat kepada razif. Airmatanya segera tumpah. Dia kemudian ditenangkan oleh bob dan jijo. " kemas barang-barang semua! Kita beredar sekarang!" Laung koperal kora lantang.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now