"Dekat mana kita sekarang?" Soal kapten adib sambil membalut kaki kanan razif dengan bandage yang diambil dari kotak first aid. "Entah..aku pun tak tahu.." balas razif."tapi..kau takkan percaya dengan apa yang aku nak cakap ni." Sambung razif serius. Kapten adib mendongak memandang razif."apa?" Soalnya berkerut."kita sekarang terdampar ditempat yang didiami oleh haiwan prasejarah!". Kapten adib tersentak."maksud kau?" Soal kapten adib.dia masih belum menangkap maksud razif itu."hutan ni penuh dengan haiwan-haiwan dinosour! Haiwan yang telah lama pupus berjuta tahun dulu!". Kapten adib tergamam. "Macammana kau tahu?". Razif membisu. Airliur ditelan menyusuri rongga tekak. Terasa pahit sekali.
"Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri sebelum aku datang selamatkan kau!". Ujar razif.matanya memandang tepat kearah kapten adib.kepten adib terdiam dan terus bersandar pada dinding. Razif dan kapten adib tersentak apabila mendengar satu jeritan yang datang dari luar. Jeritan dari seorang wanita."itu..suara sarah!".razif terus berdiri dan melangkah kearah pintu."tunggu! Apa kau nak buat ni? Soal kapten adib.tangannya memegang bahu razif."aku nak selamatkan sarah!".ujar razif tanpa melihat kapten adib."sekejap!".razif menoleh kearah kapten adib yang sedang menyelongkar tempat duduknya.kemudian sepucuk pistol yang bersarung pun dikeluarkannya. Tergamam razif melihat pistol ditangan kapten adib. "Jom!". Arah kapten adib. Razif mengangguk faham.
"Tolongg!!" Jerit sarah menangis teresak-esak. Bajunya sudak koyak rabak.tudungnya pula sudah tertanggal menampakkan rambut hitam yang diikat ekor kuda. Wajahnya sudah dipenuhi dengan darah. Dua ekor velociraptor sedang mengelilinginya sambil mengeluarkan bunyi. "Bamm!!" Tembakkan dilepaskan oleh kapten adib menyebabkan salah seekor haiwan itu terpelanting ketanah dan tidak sedarkan diri. Rakan-rakan haiwan yang sudah mati itu meraung. Namun mereka tidak berani untuk menyerang razif dan kapten adib yang sedang mendekati mereka. Dua ekor pemangsa itu pun melarikan diri kedalam hutan.
********
Didalam hutan tebal itu kelihatan seorang lelaki berbadan besar sedang mengendong setandang pisang. Gua yang terdapat didepannya dimasuki tanpa ada perasaan curiga. Pisang itu diletakkan di atas tanah. Bunyi erangan seorang wanita mengejutkannya. Lantas wanita itu didekatinya. "Cik nadia tak apa-apa?" Soal bob sambil membantu nadia untuk bersandar. "Terima kasih.." ucap nadia. "Kat mana saya sekarang? Siapa awak?" Soal nadia terkesima. Ungun api didepannya dipandang pelik. "Saya bob.." jawab bob."awak jangan bimbang kita selamat..kita ada dalam gua sekarang." Sambung bob tenang.
Sekujur tubuh yang sedang terbaring diatas lantai gua tidak jauh darinya dipandang nadia. Dia kenal akan lelaki itu. "Bukan ke Itu..." nadia menunding jari kearah tubuh itu sambil menoleh kearah bob. "Faizol..kawan saya..dia yang buat kacau dalam pesawat tadi.." ujar bob muram. Nadia terdiam sejenak.
"Ma..macam mana kita boleh berada dalam gua? Seingat saya..kita dalam pesawat tu..aduh..!".kepalanya dipegang. Nadia tersentak. Bob hanya tersenyum. Dia tidak menjawab soalan nadia itu malah dia menghulurkan sebiji pisang kepada nadia."Kepala cik nadia cedera.saya yang balut luka cik nadia tu tadi..cik nadia jangan banyak sangat bergerak ok? Pasal macammana kita berada dalam gua ni nanti saya cerita.buat masa sekarang cik nadia rehat dulu..". Ujar bob sambil mengambil sebatang kayu lalu dilempar kearah ungun api. "Em baiklah..tapi jangan panggil saya cik nadia,panggil nadia cukup.." ujar nadia sambil menyuapkan sebiji pisang kedalam mulutnya..Bob tersenyum. Dia kemudian melemparkan perhatiannya kearah unggun api.bunyi api marak membakar kayu mengigatkan dia tentang peristiwa yang hampir meragut nyawanya itu.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...