16 april 2017 (sehari sebelumnya..)
Kapten adib dan nadia kelihatan sedang terhendap-hendap disebalik semak. Selonggok buah-buahan segar diatas tanah menarik perhatian mereka berdua. Buah-buahan yang masak ranum itu membuatkan kapten adib dan nadia menelan liur. Sudah dua hari mereka tidak makan,perut sudah lama berdendang lagu-lagu sayu meminta diisi. "Awak tunggu kat sini,nadia..biar saya yang pergi ambik." Ujar kapten adib. Nadia mengangguk." Hati-hati.." balasnya. Kapten adib melangkah perlahan sambil Melihat kiri dan kanan. Melihat keadaan clear,kapten adib terus berlari kearah longgokkan buah-buahan itu. Namun belum sempat dia mengambil,satu libasan kuat terus mengenai tubuhnya lalu kapten adib melambung keudara dan jatuh ketanah.
Satu makhluk berbulu besar pun melompat kearahnya. Makhluk berbulu itu pun berdiri lalu menumbuk dadanya berulang kali sambil meraung kuat. Nadia yang menyaksikan kejadian itu menekup mulutnya. Matanya terbuka luas. "Adib.." gumamnya perlahan. Air matanya segera tumpah. Kapten adib cuba untuk bangun namun kakinya tiba-tiba terasa lemah untuk berdiri. Tubuhnya menggigil apabila melihat makhluk itu mengangakan mulutnya. Taring-taring sebesar lengan jelas kelihatan."be..beruk?!" Bisik kapten adib. Dia tergamam.
Beruk gergasi itu menghayungkan tangannya sekali lagi kearah kapten adib.kapten adib tidak sempat mengelak lalu melambung melanggar sebatang pokok. Darah mula bercucuran pada bucu mulutnya. Nadia menjerit melihat keadaan tunangnya itu. Dia harus melakukan sesuatu jika tidak kapten adib pasti akan mati dikerjakan oleh beruk gergasi itu. Tanpa berfikir panjang,nadia terus berlari kearah kapten adib dan berdiri mengadap beruk itu sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya. Tumbukkan beruk gergasi itu yang dituju kepada kapten adib terhenti diatas kepala nadia. Angin yang kuat terus menyerbu kearah tubuh nadia menyebabkan rambut yang diikat terlucut dan terurai. Mata nadia terpejam rapat. "Nadia.." panggil kapten adib lemah sebelum tidak sedarkan diri.
Nadia membuka matanya lalu memandang tunangnya dengan pandangan sayu. Airmatanya terus jatuh menimpa bumi. Dia terasa dirinya dipegang lalu diangkat keudara. Pandangannya tidak lepas dari memandang kapten adib."selamat tinggal sayang.." gumam nadia. Dia rela berkorban nyawa demi menyelamatkan nyawa kekasihnya itu. Jika dia tidak berbuat demikian kapten adib pasti akan mati. "Nadia!!!" Jerit satu suara. Nadia berpaling lalu tersenyum. Beberapa saat kemudian kelibat nadia dan beruk gergasi itu sudah tidak kelihatan lagi. Jijo, faizol dan bob sekadar berdiri kaku melihatnya. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
*******
Kazeem yang sedang berdiri diatas sebuah bukit sekadar melihat kejadian itu dengan pandangan kosong. Selepas melihat beruk gergasi itu meninggalkan tempat itu,dia juga turut meninggalkan kawasan itu. "Hmmm" keluh kazeem.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...