"Kau tak apa-apa ke sarah?" Soal dina sahabat baiknya itu. Seekor ikan bakar yang ditangkap oleh ramli sebentar tadi dihulurkan kepada sarah. Ikan bakar itu bertukar tangan "thanks.." ucap sarah sambil tersenyum kelat. Namun ikan bakar itu diletak kembali diatas sebuah batu disebelahnya. Dina mengeluh. "Kenapa ni? Tak suka ikan bakar ke?" Soal dina lagi. Sarah menggelengkan kepala. "Bukan..aku tak lapar.." tipu sarah. "Hmm kalau kau taknak..aku ambil ye?" Ujar dina tersengih.sarah sekadar mengangguk.
Ikan bakar itu segera diambil dan dimakan oleh dina bersungguh-sungguh. Sarah tersenyum melihat gelagat dina yang kuat makan itu. Sudah dekat seminggu dina tersadai dipulau misteri itu tubuh badannya pun sudah susut. Sehinggakan sarah tidak mengecam dina ketika dia tersedar daripada pengsan semalam.
"Sarah!! Akhirnya kau dah sedar!!" Jerit dina lalu memeluk sahabat baiknya itu "Kau siapa?" Soal sarah sambil menolak lembut tubuh dina. "Hei ni akulah..dina!" Ujar dina teruja. "Kau tak kenal aku lagi ke?" Soalnya lagi. Riak wajahnya bertukar kecewa. "Dina? Tapi badan kau.." sarah tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila ramli tiba-tiba mencelah. "Gemuk?!" Ujar ramli tenang. Dina menjerling kearah pensyarahnya sambil mencebik. Zulaikha dan emma menekup mulutnya menahan ketawa. Sarah tersenyum. "Dina..maafkan aku..aku tak cam kau tadi.." ujar sarah."takpe..aku faham" balas dina tersenyum manis.
Lamunan sarah terhenti apabila bahunya dicuit seseorang. "Eh puan..jemput duduk." Ujar sarah. Zulaikha mengambil tempat duduk disisi sarah."boleh saya tahu siapa yusuf?" Soal zulaikha sambil tersenyum.sarah tersentak mendengar soalan dari pensyarahnya itu sambil berpaling memandang zulaikha."awak tahu..masa kami jumpa awak kat tepi sungai tu kami jumpa ni kat tangan awak..dan masa awak pengsan awak tak henti-henti sebut nama tu..boleh saya tahu siapa dia?" sambung zulaikha sambil menghulurkan seutas tasbih kepada sarah lalu tersenyum. Sarah tersentak dengan pertanyaan pensyarahnya itu.Matanya tiba-tiba bertakung. Namun berjaya dihalang jatuh. Sarah menarik nafas lalu bersuara." Kalau saya cerita tentu puan tak kan percaya.." ujar sarah tertunduk.
"Tak..saya percayakan awak.." balas zulaikha lembut. Kisah sarah masuk kedalam dunia bunian pun diceritakannya satu persatu. Tentang yusuf dan mariam. Tentang pertarungan yusuf dan jebat. Tentang dia terjun kedalam air terjun untuk menyelamatkan diri dari pengikut-pengikut jebat. Sehinggalah dia tersedar dari pengsan dan ditemui secara tidak sengaja oleh pensyarah dan rakan-rakannya itu.
Namun dia tidak tahu bagaimana tasbih itu berada didalam genggamannya ketika dia tidak sedarkan diri. Zulaikha menganggukkan kepala. Tanpa disedari ramli,emma dan dina juga turut serta mendengar cerita yang disampaikan oleh sarah itu. Dina mengesat airmatanya yang meleleh jatuh dipipinya. Sarah dan zulaikha tersenyum sambil menggelengkan kepala. "Tak mengapa sarah..mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa awak tu.." celah emma.Sarah mengangguk.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventuraSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...