Liana mengeluh berat kerana laut yang dilihat sebelum ini masih lagi belum menampakkan diri. Apa yang ada disekelilingnya hanyalah hutan tebal. Liana dan mejar hashim kemudian berhenti ditepi sebuah paya. Keadaan paya itu kelihatan begitu kotor dengan sampah sarap. Terdapat beberapa bangkai yang membusuk yang hampir tenggelam didalam paya itu. Liana menutup mulut dan hidungnya. Bau yang menerjah hidung tidak menyenangkan liana dan mejar hashim. Lalat-lalat berterbangan menghurung bangkai-bangkai itu. "Nampaknya kita dah salah jalan ni.." ujar mejar hashim sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Liana sekadar memandang kawasan sekitar.
Mereka berdua tidak sedar terdapat seekor ular sawa besar sedang meluncur perlahan diatas dahan pokok diatas kepala mereka. Ular sawa sepanjang 30 meter sebesar satu pemeluk itu menjelir-jelirkan lidahnya sambil turun perlahan-lahan keatas tanah. Perlahan-lahan ular sawa itu meluncur kearah belakang liana lalu berdiri sambil mengangakan mulutnya. Bunyi desiran dari ular sawa itu mencuit pendengaran mejar hashim.
Liana menoleh memandang mejar hashim apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh mejar hashim. Liana pelik melihat mejar hashim hanya berdiri kaku sambil memandang kearahnya. Dahi mejar hashim ketika itu sudah berpeluh lebat. Tangannya sudah menggigil. "Mejar..! Helo..kenapa ni?" Soal liana sambil melambai-lambaikan tangan didepan mata mejar hashim."li..liana..ja..jangan pan..dang belakang.!!" mejar hashim memberi amaran.suaranya terketar-ketar.
Liana mengerutkan dahi. "Kenapa?" Soalnya hairan lantas dia berpaling kebelakang.Matanya terbuntang luas. Dia tergamam. Spontan tubuhnya menggigil. Hampir-hampir saja dia jatuh terduduk. Liana menjerit lantang apabila melihat ular sawa yang sudah bersedia untuk menerkamnya itu menampakkan taring-taringnya. Ular sawa itu terus menerkam mulutnya kearah liana namun mujur mejar hashim sempat menarik liana. Ular sawa yang terpesong serangannya terus terjatuh kedalam air paya.
Mejar hashim mengambil peluang itu untuk melarikan diri kedalam hutan dibelakangnya. Liana yang ditarik oleh mejar hashim beberapa kali jatuh tersungkur diatas tanah. "Bangun cepat!!" Ujar mejar hashim cemas sambil membantu liana untuk berdiri. Namun malangnya,buku lali liana tercedera memaksa liana sukar untuk bangun berdiri. Airmatanya tumpah kelantai kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dideritainya itu. "Kaki..sakit!!" Jerit liana. Bibir bawah digigit apabila dia dipaksa oleh mejar hashim supaya berdiri. "Liana! Kuatkan diri..kita kena lari selamatkan diri..kalau tak kita akan mati!" Ujar mejar hashim. Bunyi desiran semakin kuat dibelakang mereka. Bunyi ranting-ranting patah jelas kedengaran. Liana cuba melangkah namun tidak berdaya. Buku lalinya sudah lebam."arrgghh!!" Liana mengerang sakit.
Ular sawa itu sudah hampir dibelakang. ular sawa yang kelaparan itu jelas terpancar diwajahnya. Sungguh menggerunkan sesiapa yang melihatnya. Mulutnya dinganga luas. Mejar hashim terpaku. Tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Dia memandang liana sayu. "Maafkan aku liana.." ujar mejar hashim perlahan. Liana tersentak lalu memandang mejar hashim. Dia tahu apa yang mejar hashim cuba lakukan. "Mejar..tolong,jangan!" Ujar liana sayu. Mejar hashim menggelengkan kepala lalu melepaskan pegangan tangannya dan mencapai sebatang kayu. "Ambil peluang ni larikan diri!" Laung mejar hashim.Tanpa berlengah mejar hashim menerpa kearah ular sawa yang kelaparan itu sambil menjerit. "Mejar.!!" Jerit liana. Pada ketika itu liana berasa belakang kepalanya diketuk oleh sesuatu. Pandangan matanya terus menjadi gelap.
![](https://img.wattpad.com/cover/156396562-288-k494485.jpg)
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...