Chapter 19

33 0 0
                                    

Unggun api yang dinyalakan mejar hashim memberi satu kelegaan dan kenikmatan kepada mereka bertiga. Suasana malam itu agak dingin sehingga liana menggigil kesejukkan. Seekor katak panggang yang dicucuk pada sebatang kayu diangkat fazli apabila menyedari ianya sudah masak. Tanpa berlengah daging katak itu digigit,dikunyah lalu ditelannya. Memek mukanya berubah daripada jijik bertukar senyuman.

"Hmm sedap jugak daging katak ni" ujar fazli sambil menghulurkan sisa daging itu kepada liana. Liana yang berada disisinya itu tidak tahan lalu termuntah. "Aku hidup balik pun jangan harap aku nak makan benda ni!" Ujar liana. Mejar hashim tersengih."Nak buat macammana,ni je yang aku mampu tangkap petang tadi.." balas fazli sambil menghabiskan makanannya itu.

Suasana kembali sunyi. Hanya bunyi api membakar kayu sahaja kedengaran."Mejar tau tak kat mana kita berada sekarang?" Soal liana memecah kesunyian. Mejar hashim mendongak memandang liana."Entahlah..aku pun tak tahu..tapi aku rasa kita sekarang terdampar disebuah pulau misteri.." ujar mejar hashim. "Pulau misteri?" Soal fazli dan liana serentak. Mejar hashim mengangguk."ya..pulau misteri..sebab pulau ni penuh dengan haiwan prasejarah..." sambung mejar hashim."em kalau pulau mesti ada pantai kan?" Soal liana sambil memandang fazli dan mejar hashim bersilih ganti. Fazli dan mejar hashim tersentak.

"A'ah la.. Kenapa aku tak fikir benda tu?" Ujar mejar hashim. "Kalau macam tu pagi esok kita cari jalan ke pantai..mana tahu ada kapal atau helikopter tengah cari kita sekarang.." usul fazli. Cadangannya dipersetujui oleh mejar hashim dan liana.
Fazli dan liana sudah lama dibuai mimpi. Mejar hashim menawarkan dirinya untuk berjaga dahulu. Shifnya akan diganti oleh fazli lebih kurang 2 jam dari sekarang. Unggun api semakin membesar selepas mejar hashim mencampakkan lebih banyak kayu kedalamnya. Api yang besar boleh menghalau haiwan-haiwan ganas. Gumam mejar hashim. Pistol yang tersisip pada pinggang diambilnya lalu menggosoknya dengan hujung baju. Peluru-peluru dikeluarkan."hmm tinggal 3 biji je lagi.." gumam mejar hashim.

Tingkah laku mejar hashim diperhati oleh seseorang tidak jauh darinya. Lelaki itu bangun dan terus berjalan kearahnya. Mejar hashim sedar akan kehadiran lelaki itu dan terus bersuara. "Tak boleh tidur?" Soal mejar hashim. Fazli mengangguk. Cermin matanya dicabut lalu dibersihkan dengan hujung bajunya. Kemudian cermin mata itu dipakai semula. "Mejar rasa..imran masih hidup ke?" Soal fazli membuatkan mejar hashim tersentak dengan soalannya itu. Lalu mejar hashim memandang fazli."kenapa kau tanya macam tu?" Soal mejar hashim. "Saya rasa imran masih lagi hiduplah,mejar.." ujar fazli sambil bermain ranting kayu. "Kenapa kau rasa dia masih hidup?" Soal mejar hashim untuk mendapatkan kepastian. Fazli mengangkat bahu. "Entah..firasat saya kata dia masih hidup..". Mejar hashim mengeluh berat. "Itu semua mainan minda saja..kau tak tengok ke dia kena makan buaya tu? Mustahil masih hidup..selama 20 tahun aku berkecimpung dalam dunia kepolisan,setahu aku buaya biasa kalau dah dapat pegang mangsanya mustahil dapat melepaskan diri..sekarang ni bukan buaya biasa tapi buaya dinosour.." ujar mejar hashim. Fazli mengeluh.

"Sudahlah..jangan kau fikir yang bukan-bukan..aku dah mengantuk ni,kau berjagalah pulak.." ujar mejar hashim sambil berlalu. "Yelah.." balas fazli. Fazli tidak sedar terdapat sepasang mata sedang memerhatinya dari sebalik pokok. 'Dia' kelihatan sedang menyeringai dan memandang fazli dengan perasaan penuh geram. Air liurnya meleleh-leleh jatuh ke tanah. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk bertindak.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now