Chapter 1

67 1 0
                                    

KLIA 2, 5 April 2017

Seramai 10 orang penuntut universiti malaya kelihatan sedang berkumpul di bahagian menunggu untuk menaiki pesawat yang bakal berlepas sekejap lagi. Faizol,salah seorang daripada mereka kelihatan sedang berdiri merenung keluar.pandangannya tidak lepas dari tadi dari memandang pesawat-pesawat airasia yang sibuk keluar masuk diatas landasan. Jantungnya berdebar-debar.maklumlah ini merupakan penerbangannya yang kali pertama seumur hidupnya. Rakan baiknya,bob hanya membuta diatas kerusi. Debaran didada sedikit berkurang apabila melihat gaya tidur bob seperti bayi.ibu jarinya dihisap rakus.faizol tersenyum.

Jauh disudut kanan kelihatan seorang gadis duduk bersendirian sambil mendengar lagu menggunakan headphone yang dilekapkan pada telinganya.tubuhnya bergoyang menari mengikut rentak lagu yang dimainkannya.keadaan sekelilingnya langsung tidak dipedulikannya.

Lagak gadis itu diperhati dengan penuh minat oleh seorang lelaki yang duduk diatas kerusi tidak jauh darinya."cantiknya kau emma.." gumam fazli sambil membetulkan kaca matanya. Emma merupakan gadis yang bertahta dihatinya namun bagi emma pula dia langsung tidak memandang lelaki itu.lelaki seperti fazli bukanlah tastenya.Buku ditangan fazli digenggam erat. Buku-buku itu boleh dianggap sebagai nyawanya. Langsung tidak boleh berenggang.'si ulat buku' itulah panggilan yang diberikan oleh rakan-rakannya.

Imran dan liana yang duduk berdua-duaan kelihatan sangat mesra sekali. Pandangan orang ramai terhadap mereka langsung tidak diendahkan. Lagak mereka seperti pasangan sudah berkahwin membuatkan rakan-rakan mereka yang lain meluat melihatnya. Diri mereka kemudian didatangi oleh seorang lelaki bertopi,berkumis dan berjanggut sejemput.ditangan lelaki itu digenggam sebuah kamera canon. "Apa kau nak,jijo?" Soal imran dingin. Liana menjerling sinis.Privasinya diganggu jijo. "Rilek r..sebelum kita berangkat,aku nak rakam la suasana kat sini.jadi..kau bagilah sepatah dua kata." Ujar jijo bersahaja."kau nak aku cakap apa?" Soal imran. Kamera sudah pun dihalakan kepadanya.

"Meluat aku tengok si imran dengan liana tu.berkepit tak susah-sudah..menyampah!" Rungut sipemakai tudung ungu,berseluar jeans dan berbaju blows ungu lembut."alah apa kau nak herankan,sarah..imran tu kan playboy,semua orang tahu kan..?" Balas rakannya disebelah,dina. Pringles ditangannya disuapkan ke mulutnya."apa-apa jela..hah,kau ni dari tadi lagi aku tengok..makan makan makan..tu je yang kau tahu.." marah sarah."aku lapoo..huhu" kepingan pringles dimasukkan kedalam mulutnya.bunyi kunyahan kedengaran membuatkan sarah menggelengkan kepala.kedua mereka pun ketawa.

"Childish!" Gumam seorang lelaki bertubuh sasa yang bersandar didinding.dia yang sedang berpeluk tubuh hanya memandang kearah sarah dan dina.pandangannya dikalih pula kearah jijo atau nama penuhnya azizul mohamad yang sedang mendekati emma namun dia dihalau emma. Razif mencebik. Bunyi ketawa dari imran dan liana menarik perhatiannya. "Hmm..apalah nasib aku dapat bersama dengan manusia-manusia pelik ni semua.." gumam razif sendirian sambil menggelengkan kepala.
Lamunan razif terhenti seketika apabila terdengar bunyi tepukkan dari seorang wanita. "Dengar sini semua! Angkat beg-beg kamu dan ikut saya..!"arah wanita itu tegas.wajahnya cantik berlesung pipit dan masih lagi muda umurnya.cik zalika,salah seorang pensyarah di universiti malaya.dia bersama tiga orang lagi pensyarah,puan zaiton,encik ramli dan encik zamani ditugaskan untuk membawa dan menjaga anak-anak muridnya itu.

"Perjalanan ke perancis mengambil masa selama 8 jam..jadi saya harap kamu semua bersabar ya..buatlah apa saja yang kamu suka tapi jangan ganggu penumpang lain..faham?!" Ujar encik zamani bersahaja namun terdapat nada tegas didalam suaranya. "Baik encik zamani..!" Laung mereka serentak.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now