Seorang lelaki tidak berbaju dan bertopeng tiba-tiba muncul dari sebalik pokok. Kehadirannya mengejutkan fazli dan mejar hashim. Pistol segera dikeluarkan lalu disuakan kepada lelaki misteri itu. "Siapa kau?!" Soal mejar hashim.
"Woo..woo..rilek,jangan tembak! Hehe.." ujar lelaki misteri itu. Kedua-dua tangannya dihala kedepan. "Jawab! Siapa kau! Apa kau nak?!" Soal mejar hashim lagi. Fazli yang ketakutan segera mengambil sebatang kayu untuk membela dirinya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. "Hehe..nama aku kazeem..aku seorang sahabat..aku cuma nak bagi benda ni kat perempuan tu.." ujar kazeem sambil menunding jari kearah liana yang sedang tidur yang diikat pada sebatang pokok itu.
" benda apa?!" Soal mejar hashim. Pistolnya masih lagi tidak diturunkan dan masih lagi dihalakan kearah lelaki bernama kazeem itu. Tanpa menjawab kazeem mengeluarkan botol mineral yang dipenuhi dengan cecair pekat berwarna kuning. "Apa tu?!" Soal mejar hashim. "Hehe..jangan bimbang ini adalah ubat untuk perempuan itu..bagi dia minum.dalam masa satu jam nanti dia akan pulih.." ujar kazeem sambil tersengih disebalik topeng. Botol itu diletak diatas tanah lalu berpaling untuk meninggalkan tempat itu dengan segera. "Tunggu! Mana kau tahu dia sedang sakit?" Soal fazli hairan. Namun kazeem hanya membisu. Tidak menjawab pertanyaan fazli itu.sebelum lelaki bertopeng itu pergi,sempat juga dia memberi amaran kepada fazli dan mejar hashim."hati-hati dengan pulau ni!" Ujar lelaki itu lalu meninggalkan mereka berdua terkebil-kebil.
"apa maksud dia,mejar?" Soal fazli hairan. Mejar hashim megangkat bahu.Botol yang berisi cecair kuning pekat itu diambil fazli lalu dibuka penutupnya. Hujung botol itu diletakkan pada hidungnya."Madu?" Gumam fazli. Dia sedikit tersentak. Botol itu lalu diberikan kepada mejar hashim. Tanpa berlengah mejar hashim pun segera mendekati liana.pipi liana,mejar hashim cekak dan mendongakkan sedikit keatas dengan tangan kirinya. Mulut liana terlopong. "Nanti!" Ujar fazli sambil mengangkat tangan kanannya menghentikan tindakan mejar hashim. Lantas mejar hashim berpaling kearah fazli."kenapa?" Soal mejar hashim. "Boleh percaya ke ni?" Soal fazli was-was. "Takpe..madu je pun.bukannya racun." Ujar mejar hashim. Fazli diam. Hujung botol disuakan pada mulut liana. Tak sampai beberapa minit botol madu sudah tinggal separuh. Lebihan madu meleleh jatuh dari mulut liana. Liana masih lagi tidak sedarkan diri.
Satu jam kemudian,liana tersedar dari pengsannya.belakang kepala dipegang. Terasa amat sakit sekali. Dahi liana berkerut menahan sakit. Dia melihat kiri dan kanan."kat mana aku sekarang?ke.kenapa aku diikat??" Gumam liana cemas. "To..tolong!!" Laung liana sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri. Jeritan liana menyedarkan fazli. Dia yang sedang memungut kayu api segera berlari kearah suara itu. "Lia..kau dah sedar?!" Soal fazli. "Memanglah aku dah sedar..kenapa kau ikat aku?!" Marah liana. Fazli sekadar tersengih. Tangannya diletakkan pada belakang kepala. "Yang kau sengih-sengih macam kerang busuk tu kenapa?bukak ikatan aku ni cepat!" Arah liana. "Yelah.." akur fazli.
*******
Disuatu tempat.Kazeem melangkah masuk kearah sebuah bangkai kereta kebal yang tersadai ditengah-tengah hutan. Bangkai kereta kebal yang sudah usang itu sudah dipenuhi dengan lumut-lumut hijau. Dianggarkan sudah berpuluh tahun bangkai kereta kebal itu terdampar didalam hutan tebal itu. Pintu ditarik keatas. Kazeem melihat sekeliling sebelum dia masuk kedalam perut kereta kebal itu. Pintu segera ditutup. Suasana cerah yang dihasilkan oleh lampu berkuasa solar menjamu matanya. "Awal kau balik?" Soal satu suara.
kazeem berpaling kearah suara itu."ya.." jawab kazeem pendek.topeng pada wajahnya dibuka lalu meletakkan topeng kayu itu diatas meja usang."macam mana dengan permintaan aku tu?kau dah tunaikan?"soal suara lelaki itu lagi."sudah..gadis yang kau sayang tu dah sedar..dan sudah pulih sepenuhnya." Jawab kazeem."baguslah..dan terima kasih sebab kau banyak tolong aku,sekarang kau dah tolong kawan-kawan aku pulak.." ujar lelaki itu. Kazeem diam lalu berpaling menuju kearah tempat tidurnya."aku nak tidur..jangan ganggu aku..kalau kau nak keluar,jangan lupa kunci pintu!" Ujar kazeem dingin sebelum menutup matanya. Lelaki itu mengangguk. Rambut serabainya diselak lalu diikat ekor kuda.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...