Liana membuka matanya perlahan-lahan. Belakang kepalanya yang sakit terus digosok. Keadaan sekitarnya terus dipandang pelik. Apa yang dilihat amat berbeza dengan sebelum ini. "Lampu? Tempat apa ni? Kat mana aku sekarang?" Gumamnya didalam hati sambil memerhati sekeliling.matanya terpaku pada pintu bulat yang terdapat diatas kepalanya.Pintu itu pun cuba dibuka namun hampa kerana pintu itu dikunci dari luar. Liana mengeluh hampa. Tiba-tiba bunyi besi berlaga jelas kedengaran dari luar. Liana terkejut lalu menekup mulutnya. Pintu yang dicuba buka sebentar tadi terbuka. Liana cepat-cepat baring dan berpura-pura pengsan. Kemudian kelibat seorang lelaki tidak berbaju dan bertubuh sasa masuk dan turun menerusi tangga. Lelaki itu menjerling kearah liana.
"Aku tahu kau dah sedar..tak payahlah pura-pura pengsan.." ujar lelaki itu. Topeng kayu diwajahnya dibaiki kedudukannya. Liana masih lagi terbaring. Dahinya berkerut. Lakonannya tidak berjaya. Matanya dibuka lalu bangun dari baringan. "Siapa kau?kenapa aku boleh berada kat sini?" Soal liana bertubi-tubi. Matanya memandang kearah lelaki itu tanpa berkelip. Mulutnya ternganga sedikit terkejut melihat tubuh lelaki itu dipenuhi dengan parut gigitan."Kau tak perlu tahu nama aku..aku selamatkan kau dari dimakan hidup-hidup oleh anakonda.." ujar lelaki itu sambil berpeluk tubuh.
Lelaki itu kemudian duduk berhadapan liana. Liana segera mengensot kebelakang."apa kau nak buat?" Soal liana cemas. "Jangan risau..aku takkan apa-apakan kau..aku cuma..". Kata-kata lelaki itu terhenti tetapi tangan kanannya menyentuh pipi liana lalu mengusapnya lembut. Dari pipi,tangannya dialih kearah rambut liana lalu diselak keatas. "Parut...masih lagi ada.." ujarnya sambil tersenyum disebalik topeng.
Liana tersentak."mana..mana kau tahu aku ada parut kat dahi? Siapa kau?!" Soal liana dengan nada terkejut. Namun soalannya tidak dijawab. Lelaki itu kemudian berdiri lalu memanjat tangga untuk keluar dari situ. "Siapa aku..itu kau akan tahu nanti.." ujar lelaki itu ringkas lalu menghilangkan diri. Liana hairan dan pelik. Bermacam-macam persoalan bermain dimindanya ketika itu. Parut lama didahinya diraba lembut. Parut yang sentiasa disoroknya dari pengetahuan orang ramai.Hanya dia,keluarga dan imran sahaja yang tahu tentang parut itu.mata liana terbuntang luas."tak..takkan dia? Tak..tak mungkin! Imran dah mati!" Gumam liana. Matanya mula berkaca.
Liana tiba-tiba teringat akan sesuatu. "Ya Allah! Mejar hashim!". Liana segera bangkit dari duduk lalu keluar dari kereta kebal usang itu. Mujurlah pintu itu tidak ditutup oleh lelaki misteri itu. Liana tersentak apabila melihat berpuluh-puluh lagi kenderaan usang tersadai disekitar kereta kebal itu. Lori,jeep,kereta kereta kebal bergelimpangan diatas tanah. Ada yang sudah hancur,ada yang terbalik dan ada juga yang sudah hangus terbakar. Apa yang membuatkan liana terkesima adalah terdapat juga beberapa bangkai helikopter yang telah musnah yang sudah dilingkari dengan rumput dan lumut.
"Tempat apa ni??" Soalnya sendirian. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu."Bukk!" Setandan pisang dan beberapa biji buah hutan diletak dibelakang kaki liana. Liana terkejut lalu berpaling. "Makanlah..sudah seharian kau pengsan,aku tahu kau lapar.." ujar lelaki misteri yang muncul dengan tiba-tiba itu. "Siapa kau yang sebenarnya?cakap!" Mana mejar hashim,hah!?" Soal liana tanpa menghiraukan pelawaan lelaki itu. "Maksud kau lelaki tua itu? Dia dah mati..ular tu dah makan!" Jawab lelaki itu bersahaja. Liana tersentak. Airmatanya segera tumpah. Kakinya terasa lemah lalu terduduk diatas tanah.
"Dia mengorbankan dirinya untuk selamatkan nyawa kau..jadi makanlah dan jangan biarkan pengorbanannya sia-sia.." ujar lelaki itu. Liana membisu. Dibiarkan airmatanya meleleh jatuh. "Jadi..kaulah yang pengsankan aku dan balut kaki aku ni?" Soal liana. Lelaki itu mengangguk. "Tapi,aku rasa macam pernah dengar suara kau..siapa kau yang sebenarnya?. Liana bangkit dari duduk. Perasaan sedihnya hilang serta merta. Dia pun berjalan menghampiri lelaki itu. Lelaki itu tersentak lalu berundur beberapa langkah.
Lelaki itu mengeluh berat. Wajah liana dipandang sayu. "Hmm baiklah..kau memang kenal aku siapa lia sebab aku kawan kau..tapi aku harap kau tidak lari bila tengok wajah aku yang sebenarnya.." ujar lelaki itu perlahan. Liana mengangkat kening apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Lelaki misteri itu pun menundukkan kepalanya. Rambutnya yang serabai terus menutupi wajahnya. Topeng kayu dibuka perlahan lalu kepalanya diangkat. Mata liana terbuntang luas. Dia terpaku. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. "K..kau!!?"
"Ya lia..aku..!"
![](https://img.wattpad.com/cover/156396562-288-k494485.jpg)
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventuraSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...