"Faizol,kenapa ni?" Soal encik zamani,pensyarah universiti malaya.keempat-empat pensyarahnya sudah mengkerumuninya dengan tanda tanya.soalan daripada encik zamani tidak dijawab membuatkan mereka tertanya-tanya."tak habis-habis menyusahkn orang!".marah sarah.emma hanya melihatnya dari jauh.jijo segera merakam peristiwa itu dengan kamera canonnya.peluang keemasan seperti ini harus digunakan sebaik mungkin.gumam jijo.satu senyuman terukir dibibirnya.
Razif dan fazli langsung tidak berminat untuk menyertai rakan-rakannya yang lain.buku ditangan fazli diselak sehelai demi sehelai.membaca buku adalah satu keseronokkan daripada melakukan sesuatu perkara yang membosankan.gumam fazli.
Razif sekadar meletakkan hoop baju pada kepalanya sahaja lalu menyambung tidurnya.emma menguatkan volume walkmannya.apa yang terjadi disekitarnya itu telah menggangunya.emma mendengus."maaf..saya kena bawa dia kedalam sekejap sebab saya ada sesuatu nak bertanya.." tiba-tiba kata satu suara. Mejar hashim segera menarik faizol dan menuju kearah pantri.sesampainya di pantri,belum sempat mejar hashim bersuara,satu gegaran dan goncangan kuat terjadi.lengan nadia terus dicapai oleh faizol sambil satu lagi tangannya berpaut pada satu batang besi.mejar hashim yang tidak sempat berpaut pada sesuatu terus jatuh tergolek.
Gegaran demi gegaran berlaku.barang-barang yang terdapat didalam pantri itu satu persatu jatuh menyembah lantai.bunyi pekikkan dan lolongan para penumpang jelas kedengaran."Mintak semua bertenang! Duduk ditempat duduk anda masing-masing dan sila pakai tali pnggang keledar!" Tiba-tiba faizol bersuara. Beberapa saat kemudian mata nadia terbuntang luas apabila mendengar suara kapten adib safwan berkumandang diudara sebijik dengan apa yang diperkatakan oleh faizol sebentar tadi. "Ma..macammana a..awak..?".faizol tidak bersuara.tubuh nadia ditarik dan didudukkan diatas kerusi.tali pinggang kaledar segera dipakaikan pada nadia.nadia sekadar memerhati tindakan faizol itu.
Mejar hashim cuba bangun namun gegaran yang kuat menyukarkan dia untuk berdiri.kepalanya juga sedikit pening selepas terhantuk pada dinding sebentar tadi.faizol segera mendapatkan mejar hashim dan dibawa ke tempat duduk penumpang. Faizol tergamam melihat suasana ketika itu. Apa yang dia mimpikan telah benar-benar berlaku. Enjin-enjin semuanya sudah musnah terbakar. Pintu pesawat terbuka dan angin kuat menyerbu masuk dan menarik orang-orang didalamnya. Dia sempat melihat jijo ditarik keluar bersama-sama dengan kerusinya. Beg ditangannya dipeluk erat.suara laungan jijo terngiang-ngiang dibenaknya ketika itu.bob disebelahnya sudah menangis teresak-esak."aku taknak mati lagi..banyak lagi makanan yang sedap-sedap aku belum makan lagi..ya Allah..selamatkanlah hambamu ini!!!". Pekik bob.
Lantai hutan tebal yang sunyi pada malam itu bergegar apabila pesawat airasia bernombor siri AK 7777 terhempas diatasnya.pokok-pokok hutan habis patah dan jatuh ketanah.tubuh pesawat itu terputus dua.bahagian ekor tersangkut diatas pokok hutan,manakala bahagian kepala sudah tersembam pada bumi hutan tebal berkenaan dan jatuh terjunam kedalam gaung dan diseret sejauh beberapa kilometer.bunyi letupan kedengaran disana sini.asap tebal mula menguasai persekitaran.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
مغامرةSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...