Chapter 8

49 0 0
                                    

6 april 2017,11.00 pagi

Liana kelihatan sedang bergayut pada sebatang rotan yang menjalar turun kebawah yang berbelit pada dahan pokok. Rasa takut jelas terbayang pada wajahnya. Dia yang dari tadi menangis hampir-hampir meraung namun sempat juga dikawalnya selepas dia diberi amaran oleh seorang lelaki yang sudak berjejak diatas tanah.

Imran sibuk memberi arahan kepada liana supaya lekas turun manakala fazli dan mejar hashim pula sedang sibuk mengawal keadaan. Pistol ditangan mejar hashim diacukan ke sekelilingnya.Mana tahu haiwan pemangsa pagi tadi datang kembali. Mereka nyaris-nyaris menjadi santapan pagi oleh seekor harimau kumbang. Bahagian belakang pesawat itu sebenarnya telah mendarat diatas pokok bersebelahan dengan sarang harimau kumbang itu.

6 april 2017,8.30 pagi

Mejar hashim tersedar dari pengsan dan mendapati seekor harimau kumbang bersaiz besar cuba mendekati liana yang terbaring tidak jauh darinya. Air liur kelihatan sedang meleleh jatuh daripada taring-taringnya. Mejar hashim tergamam melihat dan tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Harimau yang berwarna hitam legam itu kemudian menghidu dan  menjilat-jilat kaki liana. Takut liana menjadi makanan kepada harimau kumbang itu,mejar hashim mencapai satu kepingan dinding pesawat yang berada disebelahnya dan terus dicampakkan ke arah harimau itu. Oleh sebab kepingan itu terlebih besar maka balingannya tidak sampai dan hanya terjatuh beberapa meter didepan harimau itu dan telah menghasilkan bunyi. Bunyi itu menarik perhatian harimau kumbang berkenaan. Bunyi lagaan gigi menahan marah jelas kedengaran pada wajah harimau itu.

"Oh damn!" Gumam mejar hashim. Peluh jantan mula menitik pada dahinya. Jantungnya ibarat gendang dipalu. Tindakannya itu telah mengundang kemarahan harimau hitam legam itu. Kakinya kaku untuk melarikan diri.Harimau itu pun meninggalkan liana yang masih tidak sedarkan diri. Mejar hashim sebenarnya tidak tahu yang liana itu masih hidup atau tidak tetapi sekurang-kurangnya tubuh liana tidak dijadikan santapan pagi oleh harimau itu. Tetapi nasibnya baik selepas satu tembakkan dilepaskan oleh seorang lelaki tidak jauh darinya. Tembakkan itu tidak mengena tetapi telah berjaya menakutkan haiwan pemangsa itu.

Fazli yang masih lagi terbaring tetapi tangannya menggigil sebaik sahaja tembakkan yang dilepaskannya sebentar tadi. Dia sebenarnya sudah tersedar selepas terdengar bunyi bising dari kepingan dinding pesawat yang dilemparkan oleh mejar hashim itu. Apabila dia membuka matanya,fazli tergamam melihat seekor harimau kumbang besar cuba mendekati mejar hashim. Mujurlah disebelahnya terdapat sepucuk pistol yang masih bersarung. senjata api itu terus diambilnya. Berkali-kali juga dia cuba melepaskan tembakkan namun tidak berjaya kerana picunya tersekat.

Selepas bertenang beberapa saat,tembakkan berjaya dilakukannya namun ianya tersasar ke atas. Tetapi ianya berjaya menakutkan harimau kumbang itu lalu ai melarikan diri dengan terjun ke atas dahan pokok. Harimau kumbang itu sempat menjerling dan merauang sebelum menghilangkam diri disebalik pokok. Mehar hashim dan fazli masing-masing mengeluh lega. Beberapa minit kemudian mejar hashim bangkit dari baringannya namun dia hampir-hampir rebah. Rasa pening masih lagi belum hilang. Dia pun berjalan terhuyung-hayang mendekati fazli.

Timbunan barang-barang yang menghempap kaki fazli diangkat dan dialihkan oleh mejar hashim. Nasib fazli baik kerana kakinya tidak patah dan masih lagi boleh bergerak. "Alhamdulillah.." gumamnya ke hadrat Ilahi. Kemudian mereka berdua pun membangunkan liana dan mencari mangsa-mangsa nahas yang masih hidup. Namun sayang,semua penumpang yang berada didalam separuh pesawat itu semuanya sudah mati. Yang didapati masih hidup hanyalah imran yang cedera pada kaki kanannya sahaja.

"Cepatlah turun,lia..! Apa yang terhegeh-hegeh lagi tu?" Pekik imran. Sudah hampir setengah jam liana bergayut pada rotan sebesar lengan orang dewasa itu.Selepas bertungkus lumus akhirnya liana berjaya mendarat diatas tanah. Suasana sekitarnya kelihatan redup sahaja kerana cahaya matahari ditutupi oleh daun-daun pokok-pokok yang besar dan tinggi belaka itu. "Pokok jenis apa ni besar sangat?" Soal fazli. Namun tiada siapa yang menjawab pertanyaannya sebaliknya mejar hashim,imran dan liana masing-masing terpukau dengan pokok-pokok hutan itu.

"Cepat,bawa beg-beg tu semua..kita kena tinggalkan tempat ini dengan segera." Arah mejar hashim.sebiji beg galas terus diambil dan digalasnya. Fazli,imran dan liana masing-masing menggalas beg seperti yang diarahkan.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now