Chapter 15

27 0 0
                                    

Liana kelihatan sugul dan termenung jauh. Pandangannya dilontar kearah padang rumput yang luas terbentang didepannya itu. Namun fikirannya masih lagi teringat pada teman lelakinya,imran yang mati dibaham Deinosuchus sejenis buaya yang sangat besar itu. Airmatanya tiba-tiba jatuh meleleh pada pipinya. Mejar hashim dan fazli hanya membisu melihat liana. Pandangan mereka dialih kepada haiwan berleher panjang tidak jauh dari mereka. "Brachiosaurus,haiwan terbesar diatas muka bumi..subhanallah!" Ucap fazli penuh kagum. Matanya tidak berkelip memandang haiwan itu.

Jeep yang dinaiki mereka segera dimatikan oleh mejar hashim. Bunyi enjin jeep agak bergegar namun keadaannya masih lagi elok dan masih lagi boleh bergerak. Mereka bertiga pun tidak tahu bagaimana kenderaan itu boleh berada didalam hutan itu. Nasib mereka amat baik sebaik sahaja bertemu dengan sebuah jeep yang tersadai didalam semak itu kelmarin. Apabila diperiksa,enjin jeep itu berjaya dihidupkan oleh mejar hashim. Dengan menaiki jeep hijau gelap itulah mereka berjaya sampai di padang rumput itu.

Tiba-tiba suasana yang tenang dan aman itu diganggu dengan satu bunyi ngauman yang agak garau dan kuat. Suara itu datangnya dari sebalik hutan disebelah kiri mereka. Haiwan-haiwan pemakan tumbuhan yang terdapat diatas padang rumput itu bertempiaran menyelamatkan diri. Beberapa saat kemudian seekor t-rex keluar dari hutan lalu mengejar haiwan-haiwan herbivor itu. Haiwan kecil yang tidak dapat menyelamatkan diri dibaham hidup-hidup oleh t-rex berkenaan.

Menyedari akan situasi itu,mejar hashim segera menghidupkan dan memandu jeep itu untuk melarikan diri. Jeep yang dipandu membuta tuli itu hampir-hampir terbalik selepas dilanggar oleh seekor Tricratops,haiwan yang mempunyai tiga tanduk pada mukanya. Nasib baik jeep itu berjaya dikawal. Namun baru sahaja mereka bertiga menarik nafas lega,t-rex yang menyedari akan kehadiran mereka itu terus mengejar dari belakang. T-rex itu mengangakan mulutnya untuk membaham belakang jeep berkenaan. Taring-taring besar yang tersusun rapi jelas kelihatan.

"Laju lagi mejar!! Laju lagi!!" Laung fazli. Mukanya sudah pucat lesi. Liana dari tadi menjerit-jerit. Pedal minyak ditekan serapat-rapatnya oleh mejar hashim. Hutan tebal diredah mereka tanpa mempedulikan bentuk muka bumi. Melambung-lambung penumpang-penumpang yang ada. Akhirnya mereka berjaya melarikan diri daripada maut itu. Kelibat t-rex yang ganas itu sudah tidak kelihatan. Tiba-tiba jeep yang dipandu oleh mejar hashim tersenguk-senguk lalu mati. Mejar hashim cuba menghidupkannya semula tetapi gagal. Asap berkepul-kepul keluar dari bonet hadapan.

Selepas memastikan keadaan selamat,fazli,mejar hashim dan liana segera keluar dari jeep itu. Bonet hadapan lalu dibuka oleh mejar hashim. Asap putih terus menerpa keluar membuatkan mejar hashim terbatuk-batuk. Fazli dan liana sekadar melihat sekeliling bagi memastikan keadaan selamat dan bebas dari bahaya. Tiba-tiba kaki fazli terpijak sesuatu. Benda yang berwarna putih itu diambil lalu disapu membuang lumpur-lumpur yang melekat padanya. "Apa tu?" Soal liana. Fazli tidak menjawab sebaliknya membelek-belek benda putih itu.

"Aku..macam pernah tengok benda ni.." ujar fazli. Matanya membulat sebaik sahaja teringat akan pemilik benda itu. "Ini headphone emma! Aku kenal headphone ni!".headphone kepunyaan emma bertukar tangan kepada liana. Fazli melilau mencari kelibat emma."emma..!! Emma..!!" Laung fazli. Namun bunyi cengkerik sahaja yang membalas panggilannya itu.

Disuatu tempat,emma tersedar dari pengsannya. Suasana yang samar-samar cahayanya menjamu pandangannya ketika itu. Emma tersentak apabila menyedari dirinya dikurung didalam sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu,rotan dan daun-daun hutan.Dia cuba mengensot kebelakang tetapi tubuhnya terlanggar pula pada sesuatu. Emma terkejut apabila mendapati berpuluh-puluh lagi tubuh manusia disekelilingnya. Wajah emma berubah pucat apabila melihat beberapa mayat tanpa anggota badan. Ada juga yang masih sempurna dan lengkap berpakaian. Kesemuanya berselerak diatas lantai pondok itu. Emma nyaris-nyaris menjerit apabila menyedari salah satu mayat itu. "Puan zaiton..huhu".

"Di..dimana aku sekarang?" Tiba-tiba satu suara kedengaran. Emma berpaling melihat seorang perempuan berbadan besar cuba bangun dari baringannya. Lantas perempuan itu didekati emma. "Dina..!" Panggil emma lalu memeluk dina. Airmatanya tidak henti-henti mengalir. Emma dan Dina masih belum sedar yang mereka kini berada didalam sebuah stor penyimpan daging yang terletak disebuah kampung. Penduduk kampung itu kesemuanya memakai cawat yang diperbuat daripada sumber alam. Pakaian mereka hanya menutupi bahagian sulit sahaja. Disatu kawasan penduduk-penduduk kampung kelihatan sedang menari dengan memegang sebatang lembing dan mengelilingi unggun api yang besar.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now