Chapter 17

28 0 0
                                    

11 April 2017

Sudah 3 hari sarah menghilangkan diri. Razif dan kapten adib masih lagi tidak putus asa mencarinya didalam hutan itu. Segala jejak dan maklumat yang mereka perolehi menunjukkan sarah bukan dimakan oleh haiwan. "Aku rasa sarah disorok oleh jembalang hutan" ujar razif. Kapten adib tidak terkejut dengan pendapat razif itu kerana baginya didalam hutan rimba begini perkara seperti itu tidak mustahil berlaku. "Aku pun rasa macam tu jugak" balas kapten adib. "Tapi macam mana kita nak dapatkannya semula?" Sambungnya lagi. "Entahlah..kita pohon saja pada yang Esa.." balas razif.

                                                   ****

"Mana sarah?" Soal mariam sambil memandang yusuf. Dahinya berkerut seribu. "Mak janganlah risau..dia ada dalam bilik tu" ujar yusuf memuncungkan mulutnya kearah bilik yang dimasuki oleh sarah sekejap tadi. Sarah yang mendengar perbualan yusuf dan mariam itu segera keluar dari bilik berkenaan. Mariam terlopong melihat sarah. Yusuf tersengih melihat reaksi ibunya itu. "Mak tahu kamu mempunyai ilmu persilatan tetapi ilmu apa yang kamu pakai untuk sorokkan si sarah dari jebat itu?" Soal mariam. "Hehe..sebenarnya tadi masa saya balik dari masjid,saya dah terserempak dengan abang jebat dan pengikut-pengikutnya itu..saya pun terfikir mungkin ada sebab kenapa mereka berarak seperti itu lebih-lebih lagi arah tuju mereka kearah rumah kita.jadi saya pun berlarilah ke rumah.

Saya panggil sarah dari tepi tingkap dan suruh dia turun dengan tangga yang saya sediakan.lepas tu saya sorokkan sarah didalam tempayang bawah rumah tu..bila diorang balik..". "Bila diorang balik saya naik guna tangga tu dan masuk kedalam bilik semula.." celah sarah sambil tersenyum. Yusuf turut tersenyum. Mariam menggelengkan kepala. "Tapi mak tak mahu kamu bergaduh dengan jebat itu..kamu pun tahu jebat itu macam mana.." ujar mariam. "Mak janganlah bimbang..". Kedua tangan ibunya dipegang erat lalu dibawa kebibirnya.

                                                    ****

Mayat-mayat yang terdapat didalam pondok itu semakin berkurangan. Satu persatu diambil oleh puak karnibal itu untuk dijadikan santapan mereka. Emma,Dina,zalikha,ramli dan zamani,pensyarah-pensyarahnya itu kelihatan berpelukkan dipenjuru pondok. Dina dan emma berasa amat bersyukur kerana bukan mereka saja yang ditangkap tetapi pensyarah-pensyarah mereka juga turut ditangkap sehari selepas mereka berdua ditangkap. Sekurang-kurangnya ada juga tempat mereka mengadu. Perasaan takut sedikit sebanyak berkurang dengan adanya mereka bertiga itu walaupun nasib mereka tetap sama. Iaitu bakal menjadi santapan manusia pemakan daging itu. Akan tetapi dina tidak faham mengapa dia,emma dan pensyarah-pensyarahnya tidak diambil sebaliknya hanya mayat-mayat itu sahaja yang diambil mereka.

Malam itu suasana sungguh cerah. Cahaya rembulan penuh terus memancarkan cahayanya kearah perkampungan orang asli karnibal itu. Pintu pondok menempatkan emma,dina,zalikha,ramli dan zamani itu dibuka dari luar. Seorang lelaki berbadan tegap dan bertatu pada tubuhnya terus masuk kedalam. Mereka berlima itu pun ditarik keluar lalu dibawa ke atas pentas yang dipenuhi oleh tiga orang pembesar puak itu. Pemakaian pembesar-pembesar itu langsung tidak sama dengan rakyat jelata. Salah seorang pembesar itu memakai topeng tengkorak lembu yang dihias dengan bulu-bulu burung merak. Seorang perempuan pula memakai jubah yang diperbuat daripada kulit buaya. Tengkorak buaya pula disarungkan pada kepalanya. Hidung dan telinganya pula ditindik dengan subang sebesar jari. Seorang lagi pembesar adalah seorang perempuan tua. Mukanya diconteng dengan warna putih. Cuping telinganya panjang. Rambutnya pula sudah beruban dan memakai jubah hitam. Didepannya terdapat beberapa mangkuk,buah-buahan dan beberapa kepala manusia yang masih lagi berdarah.Meremang bulu tengkuk dina dan emma melihatnya. Sungguh mengerikan.

Lelaki yang memakai tengkorak lembu segera mengangkat tangannya keudara lalu melaung-laung dengan bahasa yang tidak difahami. Disusuli pula dengan tempikkan dari rakyat jelata. Lelaki itu menunding jari kearah bulan mengambang dan mereka berlima berselang seli. "Apa yang dia cakap?" Bisik dina. "Dia nak sembahkan kepala kita kepada tuhan mereka.tuhan mereka nak kepala segar.." ujar ramli. "Macam mana kau tahu,ramli?" Soal zulaikha pelik. "Aku tak tahu tapi dengan tengok pada keadaan aku dah boleh agak..kalau tak kenapa kita tak dibunuh mereka sebelum ni dan dibawa kesini sekarang?" Ujar ramli. Zulaikha dan yang lainnya terdiam.betul juga apa yang dikatakan oleh pensyarahnya itu.gumam dina.

Tiba-tiba lelaki bertopeng tengkorak lembu itu berjalan mendekati mereka berlima. Setelah melakukan perkiraan,lengan zamani ditarik lalu dibaringkan diatas sebuah bongkah kayu. "Jangan!! Jangan bunuh aku!!" Pekik zamani. Tetapi rayuannya langsung tidak diendahkan. Kapak yang diacungkan oleh lelaki bertopeng itu pun dihayungkan lalu bercerailah kepala zamani dari tubuhnya. Darah memercik keluar dari badan zamani. Kepala yang terpisah dari badan itu bergolek jatuh dan masuk kedalam sebuah bakul.Dina,zalikha,emma dan ramli menangis teresak-esak. Mereka tidak putus-putus berdoa ke hadrat Ilahi meminta pertolongan.

Permintaan mereka ditunai Tuhan semesta alam. Seekor Spinosaurus tiba-tiba muncul disebalik hutan lalu menyerbu masuk kedalam perkampungan itu. Rakyat jelata bertempiaran melarikan diri. Rumah-rumah habis musnah dilanggar oleh haiwan pemangsa yang lebih besar daripada t-rex itu. Rakyat yang tidak sempat melarikan diri maut dibahamnya. Pembesar-pembesar puak karnibal itu panik lalu cuba melarikan diri namun sempat ditangkap dan dipijak oleh haiwan gergasi itu. Dina,ramli,zalikha dan emma segera menyorok disebalik timbunan rumah yang musnah itu. Mayat pembesar-pembesar itu dimakan oleh spinosaurus lalu mengaum lantang. Bunyi ngauman dari haiwan itu bergema kuat diudara.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now