13 april 2017
Sudah seharian fazli,mejar hashim dan liana berjalan akhirnya mereka sampai disebuah tebing tinggi. Dari atas tebing tinggi itu mereka boleh melihat laut biru terbentang luas dihadapan mereka. Luas saujana mata memandang. "Wah! Cantiknya.." puji liana. Kagum dengan ciptaan Tuhan itu. Disebelah kanan dan kirinya terdapat bukit bukau dan hutan tebal yang masih belum diterokai. Beberapa buah pulau berhampiran juga jelas kelihatan. Mata fazli terpaku memandang sebuah gunung berapi yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Gunung berapi itu entah hidup atau mati dia sendiri pun tidak pasti namun jika gunung berapi itu meletus nescaya seluruh pulau itu pasti akan binasa. Fazli menelan airliur memikirkan kemungkinan yang bermain difikirannya itu.
Dagunya diusap-usap. Terasa amat sakit sekali. "Masih jauh lagi perjalanan kita ni..jom cepat!" Ujar mejar hashim memulakan perjalanan. Diikuti dengan liana dibelakangnya. Fazli masih lagi terkebil-kebil sambil mengusap dagunya itu.Perjalanan mereka menjadi sedikit sukar apabila terpaksa meredah pokok-pokok renek yang mempunyai daun-daun yang besar dan lebar yang menghalang penglihatan mereka. Bunga-bunga orkid yang tumbuh mekar disekeliling mereka juga kelihatan agak menakutkan selepas bunga-bunga itu kembang dengan secara tiba-tiba.
Sekuntum bunga orkid yang berwarna ungu itu tiba-tiba menembak sebatang duri tajam kearah liana dari belakang. Duri tajam itu tepat mengenai belakang tengkuknya. Penglihatan liana menjadi kabur dan terus jatuh pengsan. Fazli yang berada dibelakangnya terus mendapatkan liana yang terbaring diatas tanah itu. "Liana?! Liana?! Kenapa ni?" Panggil fazli sambil menampar lembut pipi liana berulang kali. "Kenapa ni?"soal mejar hashim. "Entahlah..tiba-tiba saja liana pengsan". Fazli dan mejar hashim tidak tahu yang liana sebenarnya ditembak oleh sekuntum bunga orkid kerana ketika kejadian itu mereka berdua sedang sibuk menebas pokok-pokok renek yang menganggu perjalanan mereka itu.
Beberapa minit kemudian liana sedar dari pengsannya. "Kau ok liana?" Soal fazli. Mata liana saat itu langsung tidak berkelip melihat wajah fazli. "Hensemnya.." gumam liana. Tubuh fazli terus dirangkul dan memeluknya dengan erat. "Awak..tolong jangan tinggalkan saya.." ujar liana manja. Mukanya merona merah.Fazli berasa amat kekok terus meleraikan pelukan dan menolok perlahan tubuh liana kedepan. "Kau ni dah kenapa?" Soal fazli. Liana tidak menjawab sebaliknya hanya memandang fazli sambil mengorak satu senyuman sinis.
"Fuh! Nasib baik mejar cepat kalau tidak putus lengan saya ni." ujar fazli sambil menggosok lengannya. Bekas gigitan dan kesan darah jelas kelihatan pada lengannya itu. "Kenapa dia boleh jadi macam ni mejar?" Soal fazli sambil memandang mejar hashim. Mejar hashim pula hanya memandang liana yang sedang diikat pada sebatang pokok. Liana menjerit-jerit dan cuba untuk melepaskan diri. Airliurnya meleleh-leleh jatuh ketanah. Kedua-dua belah matanya merah saga. Cukup bengis jika dilihat. Wajah ayu gadis kampung nur liana binti kamaruzaman sudah lenyap sama sekali. Fazli menelan liurnya.
Situasi ketika dia diserang liana secara tiba-tiba itu terus bermain difikirannya. Mujurlah mejar hashim ada bersama jika tidak tak tahulah apa nasibnya ketika itu. Lamunan fazli terhenti apabila Mejar hashim bersuara. "Dia diracun!" Ujar mejar hashim sambil melihat duri tajam ditangannya yang dicabut dari belakang tengkuk liana."diracun? Siapa yang tembak duri ni?" Soal fazli dengan wajah berkerut. "Musuh dalam selimut!" Ujar mejar hashim sambil melihat sekelilingnya.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...