Chapter 18

30 0 0
                                    

"Bunyi apa tu?" Soal jijo sambil memandang faizol ditepinya. Faizol sekadar mengangkat bahu. "Macam bunyi ngauman dinosour.." balas bob. "Dah berapa batang anak panah dah siap?" Soal bob mengubah topik perbualan sambil meletakkan setangkai rambutan. "Baru enam batang.." balas jijo. Sebiji rambutan dipetik oleh faizol lalu dikoyak dan dimakan isinya. "Mana kau dapat rambutan ni,bob?" Soal faizol. Bob memandang kosong kearah faizol. "Aku beli kat depan tu..apalah kau ni,dalam hutan tu la,nak ambik kat mana lagi? Apa punya soalanlah kau ni.." marah bob. Faizol tersengih. Jijo ketawa mendengar jawapan dari bob itu. "Pagi esok kita makan daging pulak..jemu dah aku hari-hari makan buah..tengok badan kau bob,dah kurus.." ujar jijo sambil mencuba anak panahnya. "Iyelah.." balas bob.

Bob,faizol,jijo dan nadia masing-masing sedang menyorok disebalik semak. Seekor rusa jantan dibidik jijo dengan anak panahnya. "Zuss!" Anak panah meluncur laju kearah rusa jantan berkenaan dan tepat mengenainya lalu rebah ketanah. "Yahoo..! Kena!" Pekik nadia. Mereka berempat pun segera berlari mendapatkan bangkai rusa berkenaan. Selepas selesai sembelih dan melapah daging,mereka pun bersiap untuk pulang ke gua namun jejak ke gua sudah hilang. Masing-masing cuba mencari jalan pulang namun gagal. "Macam mana ni?" Soal nadia panik. "Rilek..jangan panik.." pujuk bob. "Kita ikut utara.." sambungnya lagi. "Mana kau tahu utara?" Soal jijo. Bob menjungkit bahu.
Hampir sejam mereka meredah hutan itu namun kelibat gua yang mereka huni selama beberapa hari itu langsung tidak ditemui. Pokok-pokok hutan disekeliling mereka kelihatan semakin lama semakin pelik. Daun-daun pokok kelihatan besar dan lebar belaka. Suasana semakin redup apabila pokok-pokok hutan menghalang cahaya matahari daripada menyinari lantai hutan.

Bob meletakkan daging rusa dibahunya ketanah. Begitu juga dengan jijo dan faizol. Daging yang masih berdarah itu sepatutnya dibasuh dan dibungkus terlebih dahulu supaya baunya tidak dapat dijejaki oleh haiwan pemangsa. Namun sudah terlambat kerana beberapa pasang mata sedang mengintai mereka dari semak-semak hutan itu. Kehadiran pemangsa cerdik velocyraptor langsung tidak disedari empat sekawan itu.
"Grrrrr..!!" Seekor velocyraptor keluar dari tempat persembunyiannya. Lehernya kelihatan bergetar menahan marah. Jijo,faizol,bob dan nadia terkejut dengan kehadiran tetamu tak diundang itu. Sekelip mata sahaja mereka dikepung oleh empat ekor velocyraptor yang sangat ganas itu. Salah seekor daripada mereka cuba menghidu daging mentah yang tergeletak diatas tanah. Selepas itu mereka mengaum bersahut sahutan antara satu dengan yang lain. Jijo,bob,nadia dan faizol sudah takut setengah mati. Tubuh mereka menggigil ketakutan. Apa yang mereka mampu buat adalah duduk dan berdiam diri sambil berdoa supaya haiwan-haiwan itu meninggalkan tempat itu dengan segera.

Nadia yang menangis tersedu-sedu membuka matanya perlahan-lahan. Kelibat keempat-empat ekor velocyraptor itu sudah tidak kelihatan. Begitu juga dengan daging-daging rusa itu.semuanya turut sama menghilang.Nadia menarik nafas lega lalu jatuh terduduk diatas tanah. Kakinya lemah untuk berdiri. Ketakutan yang amat sangat itu masih lagi menguasai diri. Terketar-ketar mereka ketika itu. Namun belum sempat mereka berasa lega,semak samun yang berada berhampiran mereka kelihatan sedang bergerak dan berbunyi. "A..apa pulak kali ni..?" Gumam jijo. Airliur ditelan.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now