Semak samun yang berada berhampiran dikocok kuat. "A..apa pulak kali ni.?" Gumam jijo. Airliur ditelan. Nadia,bob,faizol dan jijo masing-masing memandang semak samun itu dengan perasaan cuak. Baru sahaja mereka terlepas dari cengkaman maut kini mereka berdepan pula dengan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Semakin lama semakin kuat bunyi semak samun itu.
Tiba-tiba muncul dua orang lelaki disebaliknya.Salah seorang daripada mereka memakai pakaian seragam berwarna putih dan seorang lagi memakai seluar jeans dan ber t-shirt hijau gelap.
"adib..!" Laung nadia tersenyum gembira. Lantas tubuh kapten adib dipeluknya tanpa segan silu. "Saya ingat awak dah mati.." ujar nadia lembut lalu tertunduk kebawah. Airmatanya segera tumpah ke tanah. Dagunya diangkat lembut oleh kapten adib.
"saya dah janji dengan awak kan yang saya tak boleh mati..hanya Tuhan saja yang mampu memisahkan cinta kita..lagipun tak lama lagi kita akan berkahwin.." ujar kapten adib membuatkan tunangnya itu tersenyum.Hutan tebal yang masih lagi menjadi teman setia itu diredah mereka enam sekawan. Kemudian mereka tiba di kawasan yang agak lapang sedikit yang dipenuhi dengan rumput-rumput hijau yang paras kaki.
Mata faizol terlihat pada sebilah pisau terpacak diatas tanah. Pisau ramboo yang disalut lumpur dan kulat itu diambil dan dibersihkan dengan hujung bajunya. "Dari mana datangnya pisau ni?" Gumam faizol pelik. Sedang membelek pisau itu,dia berasa dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang lalu berpaling kearah rakan-rakannya yang lain yang sedang berehat berteduh dibawah pokok rendang. Namun apa yang dilihatnya adalah masing-masing sedang melakukan hal sendiri. "Bukan diorang..tapi siapa?" Gumamnya lagi. "Perasaan aku saja kot."
Faizol tersentak apabila mendapati warna rumput di sebelah tempat pisau yang terpacak tadi itu berwarna gelap dan bukannya berwarna hijau. Dahinya berkerut. "Kenapa jadi macamni?" Gumam faizol sambil mencangkung. Rumput berwarna gelap itu diusap. Faizol berasa tidak sedap hati lalu mendongak keatas. Mata faizol terbeliak. Mulutnya terngaga. "Arrrggghh!!" Faizol menjerit. Lututnya terasa lemah lalu jatuh terduduk. Rakan-rakannya yang sedang berehat tersentak mendengar jeritan faizol itu. "Kenapa?" Soal jijo. Wajah jijo dipandang faizol. Airmukanya berubah pucat. "I..itu.." ujar faizol sambil menunding jarinya kearah atas pokok diatas kepalanya.
"Ahhh!!" Nadia menjerit lalu menutup mulutnya.
Matanya,jijo,bob,kapten adib dan razif terbeliak memandang satu jasad yang tidak bernyawa tergantung diatas pokok. Mayat yang sudah tinggal tulang itu kelihatan terikat pada payung terjunnya. Namun apa yang membuatkan mereka terkejut adalah rangka itu hanya mempunyai bahagian kepala hingga ke pinggang sahaja. Manakala bahagian kakinya pula sudah tiada. Jijo menelan airliurnya apabila melihat rangka yang tergantung itu. Peristiwa ketika dia terkeluar dari pesawat dan tergantung diatas pokok terus bermain difikirannya. Jika tidak dahan yang menampung dirinya itu tidak patah mungkin nasibnya juga sama seperti rangka tulang itu. "Alhamdulillah..kau masih beri peluang kepadaku untuk hidup lagi..terima kasih ya Allah.." gumam jijo sendirian.
"Mungkin dia ni dari tentera udara..terkeluar dari pesawat dan jatuh kat pulau ni.payung terjunnya tersangkut pada pokok.dia cuba bukak tapi tak berjaya lalu dia ambil pisau dan cuba memotong tali namun malangnya pisau terlepas dari tangannya dan terjatuh. Warna rumput yang gelap tu merupakan darahnya sendiri sebab bahagian kakinya dimakan oleh dinosour.." ujar razif membuat spekulasi. Rakan-rakannya yang lain menganggukkan kepala.
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventuraSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
