Chapter 50

41 0 0
                                    

Seorang lelaki tidak berbaju kelihatan sedang menyorok didalam bilik simpanan makanan. Bekas-bekas dan tin-tin makanan kelihatan berselerak diatas lantai. Lelaki itu bersandar kekenyangan pada dinding dan akhirnya tertidur. Tangannya tidak lepas daripada memeluk beg hitam yang dipenuhi dengan barang-barang berharga. Dua orang askar yang ditugaskan untuk mengambil makanan terkejut melihat kazeem yang sedang tidur lalu askar-askar itu segera menarik dan membawanya mengadap koperal kora. "Siapa kau?!" Soal koperal kora tegas. "Aku..aku..."

"Kazeem!! Kat sini kau rupanya..". Ramli tiba-tiba mencelah lalu memeluk kazeem. Dia sempat berbisik kepada kazeem dengan suara yang perlahan. Mata kazeem sedikit terbuka. Terkejut dengan apa yang dibisikkan oleh ramli itu. Ramli meleraikan pelukan dan mengorakkan satu senyuman. "Encik kenal orang ni?" Soal koperal kora. "Ya tuan..saya kenal.dia yang banyak tolong kami dekat pulau tu..sebenarnya dia sudah lama tinggal dipulau itu.lebih kurang sudah 30 tahun,tuan.." ujar ramli panjang lebar. Koperal kora tersentak. "Jadi..kau ni kazeem gyle muller? Oh my god!! Tak sangka kau masih hidup." Ujar koperal kora terkejut dan teruja. "Tuan kenal dia?" Soal ramli. Koperal kora mengangguk. "Kami sangka kapten kazeem sudah mati dalam peperangan.pesawat yang dikendalikannya tidak dapat dikesan dan hilang dalam radar..kerajaan jerman telah lakukan acara mengebumian ngaib terhadap kapten kazeem.." ujar koperal kora lebih lanjut. Ramli mengangguk faham.

                                                  ****

Faizol yang seharian tidak sedarkan diri akhirnya bangun dari baringannya. Suasana sekitar dipandang pelik. Kepalanya yang berbalut diraba. rasa sakit masih lagi terasa. Faizol hairan dan tertanya-tanya kepada dirinya sendiri. "Kat mana aku?". Dengan kudrat yang ada dia segera turun dari katil lalu berjalan kearah tingkap. Dia terkejut melihat keadaan diluar yang penuh dengan air laut. "Aku..dekat laut? Atas kapal ke ni? Tapi..macammana aku masih lagi hidup? Seingat aku..". Peristiwa yang hampir-hampir meragut nyawanya itu pun bermain dimindanya.

"Mama..papa..ampunkan dosa ijoi..ijoi banyak buat dosa dengan mama dan papa.." laung faizol. Bara larva gunung berapi yang panas membara semakin dekat dengannya. Tiba-tiba seekor pterodactyl terbang kearahnya lalu menyambarnya. Cengkaman kuat haiwan itu membuatkan faizol meraung sakit. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Haiwan itu membawanya kearah sebuah airterjun dengan terhuyung-hayang. Faizol terlepas dari cengkaman haiwan itu lalu terjatuh kedalam sebuah ngarai yang beraliran lalu. Dia yang tidak pandai berenang terkapai-kapai timbul tenggelam didalam sungai itu dan akhirnya dibawa arus hingga ke muara sungai. Nasibnya baik apabila dia dijumpai oleh sepasukan anggota tentera yang kebetulan lalu disitu.

Faizol termenung memandang keluar. Beberapa ekor pterodactyl yang hilang tempat berteduh kelihatan terbang meninggalkan pulau itu. Mungkin ingin mencari tempat perlindungan dipulau-pulau berhampiran. Kalau bukan kerana haiwan itu dia mungkin sudah mati terbakar. "Terima kasih burung.." ucap faizol.

                                                  ****

Tiba-tiba badan kapal tentera itu bergegar dan terumbang ambing. Semakin lama semakin kuat. Sekumpulan ikan kelihatan berpusu-pusu melarikan diri dari sesuatu. Ikan lumba-lumba juga melompat-lompat keudara. Melarikan diri dari sesuatu yang dasyat ditengah laut itu. Tiba-tiba sebatang sesungut gergasi berwarna merah keluar dari air laut lalu jatuh diatas badan salah satu kapal tentera. Beberapa batang sesungut lagi kemudian muncul lalu menghentak badan kapal sehingga hancur. Penumpang-penumpang kapal menjerit ketakutan. Askar-askar terus melepaskan tembakan kearah sesungut itu namun langsung tiada kesan. Faizol yang terbaring diatas katil terpelanting melanggar dinding. Dia kemudian cuba bangun namun sesuatu yang besar dan berwarna merah kelihatan sedang terbayang didepan matanya. Dia tercampak. Kepalanya terhentak pada bucu katil.Pandangan matanya terus menjadi gelap gelita.

"Arrgghhh!!!" Faizol tersentak lalu terbangun. Suasana sekitar dipandang pelik. Mukanya berpeluh lebat. Faizol tercegang memandang kiri dan kanannya. Suasana sekitarnya kelihatan suram kerana lampu yang ada dimalapkan. Penumpang-penumpang flight AK7777 kelihatan sedang lena tidur. Faizol menelan air liur. Jam ditangan segera dilihat. "Pukul 10 malam..?" Gumamnya. Bob yang sedang lena disebelahnya dikejut."bob! bob! bangun bob!". Bob yang diganggu tidurnya mendengus."apa?!" Soalnya. "Hari apa hari ni? Berapa hari bulan?" Soal faizol cemas. "Kau ni dah nyayuk ke pejo? Hari ni hari rabu,5 april 2017..dah jangan kacau aku nak tidur!" Marah bob. Faizol terkesima.mulutnya terbuka lalu terduduk diatas kerusinya.

Flight yang dinaiki tiba-tiba bergegar kuat dan kemudian beransur-ansur hilang. Faizol bangun dari kerusi lalu melihat seorang pramugari sedang berbual dengan salah seorang penumpang. Dengan cukup jelas apa yang dikatakan oleh pramugari itu didengari oleh faizol. Tali pinggang keledar terus dipakai seketat-ketatnya. Bob memandang faizol dengan perasaan pelik.gegaran yang berlaku tadi membuatkan dia terjaga dari tidur.

Beberapa minit kemudian gegaran berlaku sekali lagi. Kali ini cukup kuat sehingga bagasi-bagasi yang berada didalam rak terjatuh kelantai. Kemudian terdengar pula suara juru terbang bercakap melalui radio. "Bob..kalau kau nak selamat pakai tali pinggang tu cepat!" Ujar faizol. Tubuhnya sudah berpeluh lebat. Wajahnya pucat lesi. "Kau kenapa pejo? Demam ke?" Soal bob hairan. "Ikut cakap aku kalau kau taknak mati!!" Faizol meninggikan suara. "Kita..kita akan terhempas!!". Suaranya bergetar.

Tamat.

************************************************************
So how? Ok tak cerita ni? Ke ko? Hahaha..cerita ni aku tulis ikut suka hati aku je..kalau korang rasa jalan cerita agak merapu,sori la ye..tapi,thanks sebab sudi baca dari awal hinggalah ke endingnya..

Aku ada plan nak buat sambungan tapi xdak idea lagi..idea kejap datang kejap pegi haha..

Anyway..thanks a lot. Jannaaa..!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now