"Jangan sentuh apa-apa!" Ujar kazeem. Emma yang baru saja mahu menyentuh peralatan yang terdapat diatas meja menarik kembali tangannya selepas mendengar amaran dari kazeem. "Mana kau dapat semua benda ni? Dan bagaimana tempat ni boleh jadi seluas ni?" Soal ramli kehairanan. "A'ah..boleh kami tahu siapa kau yang sebenarnya?" Soal zulaikha pula. Persoalan mereka disambut dengan hilai tawa kazeem.
Dia kemudian mengambil tempat duduk diatas kerusi. Kakinya disilang. Kazeem berhenti ketawa. "Baiklah..aku ceritakan semuanya sekarang..nama aku kazeem,nama penuh kazeem gyle muller..aku seorang bekas tentera udara jerman..". Topeng kayu ditanggalkan dan dicampak kepada ramli. Ramli segera menyambut. Kelima-lima sahabat itu tersentak apabila melihat wajah sebenar kazeem. "Kau..dah.."."tua?hahaha.." sampuk kazeem memotong pertanyaan ramli. Wajahnya seperti seorang lelaki yang berumur 60 an tetapi tubuhnya masih lagi tegap mengalahkan orang yang lebih muda.
"Ye..aku terperangkap kat sini sudah lama..seingat aku sejak tahun 1980.." ujar kazeem membuatkan ramli dan zulaikha tersentak. "Jadi sudah 38 tahun kau terdampar dekat sini??" Soal zulaikha sambil berpaling kearah ramli. Ramli membalas pandangan. Air muka kazeem tiba-tiba berubah. "Apa maksud kau 38 tahun??" Soal kazeem seraya bangun dari duduk."sekarang tahun 2017..err encik kazeem.." balas dina. Kazeem tersentak. Kakinya terasa lemah longlai. "38 tahun..?tak..tak mungkin..natasha!". Mata kazeem terbuntang luas. Sekeping gambar yang meletak pada dinding terus diambil dan diusap perlahan. Airmatanya segera tumpah. "Siapa natasha?" Soal sarah. Kazeem diam. Suasana menjadi sunyi seketika."anak aku..natasha..aku tinggalkan dia ketika dia masih berumur 10 tahun.." jawab kazeem."kalau betul dah 38 tahun,jadi sekarang natasha sudah berumur 48 tahun..maafkan ayah sayang.." ujar kazeem lagi perlahan.
******
"Jet pejuang yang aku pandu hilang kawalan selepas salah satu enjin terbakar.jadi untuk selamatkan diri aku loncat keluar dari pesawat.payung terjun yang aku kawal berlubang menyebabkan aku hilang kawalan dan terdampar disebuah tasik hijau..masa tu aku tak tahu kat mana aku berada jadi aku pusing satu pulau ni untuk cari bantuan. Tapi hampa.Aku tahu pulau ni bukan pulau biasa selepas aku terjumpa beberapa kesan tapak kaki besar..aku terkejut selepas aku terjumpa pula dengan seekor haiwan berleher panjang sedang makan pucuk pokok..disebabkan terlalu takut aku lari masuk kedalam hutan dan akhirnya aku jumpa tempat ni. Aku pun hairan macam mana tempat ni penuh dengan kenderaan-kenderaan ni semua.mungkin sebelum aku datang ke sini,sudah ada orang lain yang pernah datang untuk melakukan penyelidikan.." ujar kazeem panjang lebar.
Dia kemudian bangun dari duduk lalu berjalan kearah sebuah almari. Satu fail tebal diambil lalu diberikan kepada ramli.
Fail tebal diselak sehelai demi sehelai. Ramli berhenti. Dahinya berkerut. "Ini..bukan burung yang kejar kita haritu ke?" Soal ramli. Zulaikha yang duduk disisi ramli mensuakan kepalanya melihat gambar itu. "A'ah betullah..evil birds!" Nama yang tercatat diatas gambar itu dibaca zulaikha. "Kalau kau nak tahu semua jenis haiwan yang ada diatas pulau ni semuanya tertulis didalam fail tu.." ujar kazeem. Ramli mengangguk faham."Tapi..kat pulau ni ada sejenis makhluk yang lebih ganas dari t-rex,malah lebih hebat dari spinosaurus!" Ujar kazeem. Wajah kazeem dipandang tepat oleh mereka berlima itu. "Siapa? Soal emma tiba-tiba. "Kong! Sejenis mawas gergasi!". Mereka berlima tersentak. Fail ditangan terus diselak laju mencari gambar makhluk yang bernama kong itu.
"Sejenis mawas berbulu hitam..hidup sebatang kara diatas puncak gunung berbatu di gunung hitam..kekuatan boleh mengalahkan 3 ekor t-rex dengan sekaligus..". Penerangan yang dicatat dibaca ramli perlahan. "Korang perlu berhati-hati dengan mahkluk tu.mahkluk tu ganas..sebelum ni pun ada seorang perempuan telah ditangkapnya dan dibawa kesarangnya..entahlah apa nasib perempuan itu sekarang.." ujar kazeem. "Siapa perempuan malang tu?salah seorang ahli penyelidikan tu ke?" Soal ramli. Kazeem menggelengkan kepala. "Bukan..dia salah seorang daripada kamu semua..". Lima sekawan tersentak mendengarnya.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...