Chapter 16

30 1 0
                                    

Bahu sarah tiba-tiba disentuh oleh seseorang. Lantas dia berpaling dan memusingkan badannya kebelakang. Seorang wanita separuh umur sedang tersenyum padanya. "Boleh makcik bantu anak?" Soal wanita itu. "Err saya..kat mana saya sekarang?" Soal sarah kekok. "Nampaknya anak ni sesat ya..?".sarah menganggukkan kepala. Wanita itu tersenyum. "Tak mengapa,anak ikut makcik balik kerumah dulu..mari" ajak wanita separuh umur itu. "Nama makcik mariam..siapa nama anak?" Soal mariam sambil berjalan. "Sarah..sarah nama saya makcik.." balas sarah tergagap-gagap. Pandangannya tidak lepas daripada memandang sekeliling. Reaksinya itu disedari oleh mariam. Mariam tersenyum menampakkan lesung pipit dipipinya. "Kenapa?" Soalnya. "Tak ada apa-apa.." bohong sarah. Padahal hatinya dari tadi tidak senang. Jantungnya masih lagi berdegup laju.

"Kita dah sampai..inilah rumah makcik..mari naik!" Ajak mariam. Seorang lelaki tampan tiba-tiba muncul didepan pintu rumah lalu bersalam dengan mariam. "Ini anak makcik,yusuf.." ujar mariam. Sarah terkesima memandang yusuf yang memakai jubah putih dan berkopiah putih itu. Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia melihat seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang sungguh kacak seperti yusuf itu. Hatinya tiba-tiba berdebar. Matanya tidak lepas dari memandang yusuf sehinggakan yusuf terpaksa melarikan pandangannya kesisi. "Hai..saya sarah.." ujar sarah sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun tangannya tidak disambut oleh yusuf. "Saya yusuf.." ujarnya sambil tersenyum. "Mak ,yusuf nak ke masjid dulu..assalamualaikum!" Sambung yusuf. "Waalaikumussalam.." jawab sarah dan mariam serentak. "Hensemnya.." gumam sarah didalam hati. Hatinya tiba-tiba berbunga.

"Sarah ni dari mana?" Soal mariam. "Sebenarnya saya sesat..saya berpisah dengan kawan-kawan saya..sehinggalah saya tiba dekat pasar tu" ujar sarah. "Oo begitu..sarah sekarang berada di kampung dwialam,kampung bunian.". Sarah tersentak mendengarnya dan terus berdiri. Jendela rumah terus didekati. "Ma..macammana saya boleh masuk ke alam bunian?" Soal sarah cemas. "Patutlah semua orang pakai pakaian putih dan ada pasar ditengah-tengah hutan!" Sambungnya lagi. Mariam diam membisu.

'Tok! Tok! Tok!' Tiba-tiba daun pintu rumah diketuk kuat dari luar. Bunyi bising diluar rumah mula kedengaran. Mariam tersentak lalu membuat isyarat pada mulutnya sambil menunjuk kearah bilik dibelakang sarah. Sarah mengerti isyarat itu lalu masuk kedalam bilik yang ditunjuk oleh mariam itu. Selepas memastikan keadaan tenang barulah mariam membuka pintunya. Maka tercegatlah seorang lelaki bertubuh sasa sambil memegang sebilah golok ditangan kanannya. "Mana dia?" Soal lelaki berambut paras bahu itu. Lagaknya tidak ubah seperti seorang pendekar. "Mana apa?" Soal mariam pula." Makcik jangan buat-buat tidak tahu! Mana perempuan luar itu?" Soal lelaki itu. Suaranya ditinggikan. "Bawak bertenang jebat! Perempuan apa yang kamu maksudkan itu?".mariam cuba berbohong. "Makcik jangan pura-pura tidak tahu! Orang-orang aku nampak dengan mata kepala mereka sendiri yang makcik bawak balik seorang perempuan dari luar tadi! Makcik jangan tipu nanti buruk padahnya!" Marah jebat. Kata-katanya disambut pekikan dari pengikut-pengikutnya. Jebat cuba meluru masuk kedalam rumah. Namun tiba-tiba satu suara berkumandang diluar rumah.

"Assalamualaikum..!" Yusuf tiba-tiba muncul lalu memberi salam. Salamnya disambut oleh pengikut-pengikut jebat dengan nada perlahan. Terkejut barangkali dengan salam yang diberikan oleh yusuf secara tiba-tiba itu. Yusuf berjalan menaiki tangga rumah lalu bersemuka dengan jebat. "Kenapa ni abang jebat? Datang ramai-ramai dekat rumah saya ni?" Soal yusuf lembut. "Mak kau cuba sembunyikan perempuan luar! Kau pun tahu peraturan kampung kita ini kan yusuf?! Dilarang sama sekali manusia dari dunia luar masuk kedalam dunia kita ini!" Marah jebat. Yusuf menganggukkan kepala. "Aku tahu itu,abang jebat..tapi bagimana pula dengan abang jebat masuk kedalam rumah tanpa izin oleh tuan rumah? Lebih-lebih lagi rumah seorang perempuan?". Jebat terdiam.

"Baiklah..saya bagi izin kepada abang jebat untuk memeriksa rumah ini..silakan!" Ujar yusuf. Mariam tersentak lalu memandang yusuf dengan pandangan tidak percaya. Yusuf hanya tersenyum memandang ibunya itu. Selepas puas mencari namun kelibat sarah langsung tidak kelihatan. Jebat mendengus. "Macam mana abang jebat? Jumpa apa yang dicari?" Soal yusuf. Jebat tidak mempedulikan pertanyaan yusuf lalu turun meninggalkan perkarangan rumah dengan pengikut-pengikutnya. Jebat berhenti melangkah kalu berpaling kearah yusuf dan mariam. "Ingat! Jika aku terjumpa dengan perempuan itu,maut bakal menanti..! Kau yusuf! Siapkan perahu sebelum bah,sediakan payung sebelum hujan!" Ujar jebat. "Payung sudahku sediakan perahu juga sudahku siapkan,hanya menunggu hujan dilangit.." balas yusuf sambil tersenyum. Jebat mengentap gigi lalu meninggalkan tempat itu dengan segera.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now