Chapter 12

30 0 0
                                    

Liana terhencot-hencot berjalan selepas kakinya terseliuh selepas terjatuh kedalam sebuah lubang. Dia yang dipapah oleh imran berkerut-kerut dahi menahan sakit. "Aku..aku nak rehat." Ujar liana termengah-mengah lalu berhenti. Sebatang balak lama yang sudah tumbang diduduki liana. Imran yang dari tadi mendiamkan diri terus meluru ke arah fazli lalu menumbuknya.

Tumbukan yang dilepaskan oleh imran secara mengejut itu membuatkan fazli tersungkur ke tanah. Darah mula menitik pada bucu mulutnya. Cermin matanya sudah bercerai dari kedua-dua biji matanya. "Ni semua salah kau! Kalau kau tak kacau sarang binatang tu,kita tak kan kena kejar! Tengok sekarang kita dah sesat!.liana pun tak cedera macam ni!" Marah imran. Kolar baju fazli dicengkam oleh imran lalu mengangkatnya keudara. Otot pada lengan imran jelas menonjol keluar.

Sebelum perkara itu menjadi lebih teruk,mejar hashim pun segera meluru kearah mereka lalu meleraikan pertelingkahan itu. "Sudah! Cukup!". Arah mejar hashim tegas. Cengkaman pada kolar baju fazli dilepaskan oleh imran lalu berlalu mendapatkan liana. "Kau tak apa-apa?". Fazli mengangguk. Darah pada bucu mulutnya disapu dengan menggunakan lengan bajunya. "Saya..saya mintak maaf mejar hashim..betul kata imran,kalau saya tak kacau telur-telur binatang tu,ni semua takkan terjadi.." ujar fazli.matanya mula bertakung. "Sudah..benda dah terjadi..yang penting sekarang kita kena cari jalan untuk ke tempat bahagian pesawat yang lain itu mendarat.." ujar mejar hashim sambil menoleh kearah liana dan imran. Imran sekadar mendengus geram.

Fazli menanggalkan cermin matanya lalu mengelapnya menggunakan hujung bajunya. Mejar hashim,liana dan imran masing-masing sedang membasuhkan muka mereka dengan air sungai yang mengalir didepan mereka. "Macam mana nak ke seberang ni?" Soal liana. "Kita berenang!" Jawab imran. Liana membulatkan matanya sambil memandang imran."kenapa?" Soal imran selepas dia menyedari liana sedang memandangnya. "Kaki aku kan sakit..lagipun aku.."

"Jangan kata kau tak pandai berenang,liana?". Liana tunduk dan menganggukkan kepala. Imran mengeluh. "Takpe..biar aku berenang keseberang dulu.fazli,bagi aku tali." Ujar mejar hashim menenangkan keadaan. Fazli mengambil tali yang disimpan didalam beg galasnya lalu diberi kepada mejar hashim. Tali digulung lalu diselit diketiak mejar hashim. Liana dan imran memerhati dengan penuh minat. "Ok,sekarang ambil hujung tali ni dan ikat dekat pokok sana!" Arah mejar hashim sambil menunjuk kearah sebatang pokok yang dimaksudkannya yang terdapat dibelakang mereka bertiga itu. Imran terus mengikat tali pada pokok berkenaan."ikat ketat-ketat,imran!."Bagus! Aku pergi dulu.". Dengan ucapan bismillah,mejar hashim terus terjun kedalam sungai dan terus berenang ke seberang sungai. Beberapa minit bergelut dengan air sungai yang deras lagi sejuk itu,akhirnya mejar hashim sampai di seberang lalu mengikat hujung tali pada sebatang pokok besar.

"Ok! Korang boleh datang sekarang!" Laung mejar hashim dari seberang sungai. Liana menjadi orang pertama menyeberangi sungai. Namun dengan kakinya yang sakit,dia mengambil masa yang agak lama untuk keseberang. Selepas liana berjaya ke seberang sungai,kini tiba pula giliran imran. Selepas beberapa langkah,tiba-tiba kaki imran ditarik sesuatu lalu tenggelam kedalam sungai."imran!!?" Panggil fazli cemas. Liana dan mejar hashim juga melaung memanggil imran.namun imran langsung tidak timbul dipermukaan. Mereka bertiga mula panik. "To..tolong!!" Jerit imran tiba-tiba. Dia muncul kemudian kembali tenggelam.

Fazli,mejar hashim dan liana tergamam apabila melihat imran sedang bergelut dengan seekor haiwan persis buaya tetapi lebih besar daripada itu. "Bu..buaya!!" Jerit liana. Mejar hashim terkaku melihat haiwan besar itu. "Itu bukan buaya! Itu Dainosuchus! Sejenis haiwan prasejarah yang hidup 110 juta tahun dahulu..!". Liana dan mejar hashim terkesima dengan penerangan fazli. Selepas beberapa minit kelibat imran dan haiwan prasejarah itu sudah tidak kelihatan. Fazli membuat keputusan untuk terjun kedalam sungai lalu mencapai tali dan terus berenang secepat yang mungkin untuk bersama-sama dengan liana dan mejar hasim.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now