"Razif!! Kat mana kau!!?" Jerit kapten adib. Disusuli pula dengan laungan dari jijo dan faizol. Namun panggilan mereka hanya disambut dengan bunyi hutan. Langkah mereka terhenti apabila sampai disatu kawasan lapang. Mereka tergamam. Kawasan yang sepatutnya penuh dengan pokok-pokok hutan kini sudah menjadi padang jarak padang terkukur. Pokok-pokok semuanya sudah tumbang dan patah. Terdapat kesan seretan diatas tanah.
"Takkan disebabkan ribut,kawasan ni jadi macam ni?" Gumam bob. Masing-masing tergamam. "Tak!bukan sebab ribut tapi sebab pertarungan diantara dinosour.." ujar faizol. Kening jijo terangkat. Airliur ditelan. Dengan rasa berdebar Jijo segera merakam segenap kawasan itu dengan kameranya."Hei.guys! Tengok ni.." panggil nadia tiba-tiba. "Korang tengok ni..tapak kaki apa ni? Bulat macam ni?" Soal nadia sambil menunding kearah kesan tapak kaki besar diatas tanah berlumpur itu.
Masing-masing terkejut. "Tu pun ada." Ujar faizol sambil Menunding kearah beberapa lagi kesan tapak kaki. Tetapi ianya berbeza dengan kesan tapak kaki yang ditunjuk oleh nadia."A'ah la..tapi yang ni ada tiga jari.Memang betul kata kau,faizol..pernah berlaku pergaduhan kat sini sebelum kita sampai..." ujar kapten adib. Mereka juga perasan terdapat cecair merah terdapat diatas tanah. "Bukan ke itu darah?" Soal faizol sambil menunding kearah lopak-lopak darah yang sudah bercampur dengan air hujan diatas tanah. Segera jijo mengalihkan lensa kameranya kearah itu. "Ye darah..tapi darah apa?" Soal nadia pula. Faizol mengangkat bahu.
"Itu darah biawak raksaksa!" Ujar satu suara. Seorang lelaki kemudian berjalan terhencot-hencot mendekati faizol dan rakan-rakannya."razif!" Jerit mereka serentak."mana kau pergi?sibuk kitorang cari kau tadi.." ujar kapten adib. Razif tidak bersuara. Langkah yang diatur semakin perlahan kemudian dia jatuh meniarap diatas tanah dan tidak sedarkan diri.darah pekat kelihatan meleleh jatuh dari bucu mulutnya. Tubuh razif segera ditampung oleh kapten adib. "Cepat! Kita kena rawat dia sekarang!" Ujar kapten adib cemas apabila melihat luka-luka pada tubuh razif yang kelihatan begitu serius.
Bob menggunakan kepakarannya dalam penggunaan herba untuk mengubat luka pada tubuh razif. Teknik dan cara yang dilakukan oleh bob menarik minat jijo,faizol dan kapten adib. Masing-masing melihat dengan perasaan teruja. Nadia tersenyum melihat gelagat mereka itu. Dia teringat yang dia juga berasa teruja apabila melihat bob mengubat faizol sebelum ini. Daun-daun yang digunakan bob langsung tidak terlintas difikiran mereka untuk dijadikan sebagai ubat. "Dah siap.." ujar bob. Jijo,faizol dan kapten adib tersentak. Ibu jari diangkat jijo dengan perasaan kagum. Bob tersengih."tapi..kenapa dia boleh cedera parah sampai macam ni? Siapa yang buat?" Soal faizol sambil memandang wajah razif. Jijo,bob,kapten adib dan nadia masing-masing turut memandang wajah lelaki bertubuh sasa itu.
****
Razif meninggalkan rakan-rakannya untuk menyelamatkan diri daripada hujan ribut itu. Namun tempat berteduh yang sesuai langsung tidak ditemuinya. Akhirnya dia tiba disuatu kawasan lapang yang penuh dengan pokok-pokok tumbang. Razif berhenti ditengah-tengah kawasan lapang itu. Bunyi erangan yang kuat tiba-tiba kedengaran disebelah kanannya. Dia lantas berpaling.
Seekor biawak raksaksa dengan mucungnya yang panjang sedang mengaum menampakkan barisan giginya yang tajam. Haiwan itu pun terus berlari kearahnya. Razif terkejut lalu terjatuh diatas tanah dan cuba untuk melarikan diri. Tiba-tiba dia ditepis oleh sesuatu sehingga terpelanting kearah semak. Tubuh razif berguling lalu terlanggar pada sebongkah batu. Razif sempat melihat biawak gergasi itu sedang dibunuh oleh seekor makhluk berbulu sebelum dia tidak sedarkan diri.
15 april 2017
8.00 pagiSinar pagi mula muncul diufuk timur. Jalur-jalur cahaya mula melepaskan diri dari celahan-celahan pokok-pokok hutan. Bunyi monyet dan kicauan burung bersahut-sahutan antara satu sama lain. Unggun api yang sudah terpadam mengeluarkan asap putih lalu berkepul-kepul terbang diudara. Sarah melihatnya dengan pandangan kosong. Kemudian dia menoleh kearah dina dan emma yang masih lena dibuai mimpi. "Hmm tidur atas tanah macam ni pun kau masih boleh berdengkur,dina?" Gumam sarah sambil tersenyum. Pandangannya dialih kearah tempat tidur zulaikha dan ramli. " eh mana encik ramli?" Soalnya sendirian sambil melihat sekeliling. Sarah kemudian bangkit dari duduknya lalu keluar menuju kearah pintu gua.
Suasana tasik luas terbentang dihadapannya dipandang tenang oleh sarah. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Gumamnya didalam hati. Warna hijau menjamu matanya ketika itu. Jika tidak berlakunya ribut semalam dia mungkin tidak akan berjumpa dengan tasik itu. Dan mujurlah ramli perasan terdapat sebuah gua pada dinding bongkah batu kapur sebesar bangunan dihadapan tasik berwarna hijau itu. Boleh juga dia dan rakan-rakannya yang lain berlindung dari basah hujan. Terima kasih encik ramli. Gumam sarah.Bercakap fasal ramli,di mana ramli?? Soal sarah sendirian.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
PertualanganSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...