Ramli berlari sepantas yang boleh. Tunggul-tunggul kayu yang menghalang laluannya dilangkahi dengan laju. Dadanya berombak ganas. Dia perlu segera pulang ke gua dimana tempat sarah,emma,dina dan zulaikha berada. Akhirnya ramli sampai di laluan berumput setinggi perutnya. Tasik hijau yang dipenuhi dengan lumut dan bukit pada permukaannya kelihatan sedang bergoyang. Langkah kaki ramli terhenti untuk melihat keadaan itu. Matanya tercacak pada bukit pada permukaan tasik berkenaan.
Mata ramli terbeliak. Kekudanya lemah lalu terduduk diatas tanah akibat terlalu terkejut. Seekor kerbau sebesar sebuah rumah dua tingkat bangkit dari tasik itu. Tanduknya yang panjang menarik lumut-lumut disekitar lalu melekat padanya. Bukit yang disangka ramli itu rupa-rupanya adalah belakang badan kerbau berkenaan. Ramli terlopong. Begitu juga dengan sarah,emma,dina dan zulaikha yang sedang melihat kerbau gergasi itu dari pintu gua. Masing-masing tercengang.
Ramli menggigil apabila sang kerbau itu melihatnya dengan pandangan yang tajam. Asap dengusan dari lubang hidungnya kelihatan. Marah dengan ramli mungkin. Ramli terduduk kaku dan langsung tidak bergerak. Beberapa saat kemudian kerbau itu berdiri lalu berpaling dan meninggalkan ramli dengan perlahan-lahan. Ramli menghembus nafas lega. "Fuh..lepas satu,satu.." gumamnya sambil mengurut dada. Dia bangkit lalu berlari menuju kearah gua. "Kau kemana ramli?" Soal zulaikha selepas ramli mengambil tempat duduk untuk melepaskan lelah dan debaran didada.turun naik dadanya ketika itu. Agak lama dibiarkan soalan itu tidak berjawab. "Aku...aku pergi cari makanan.." ujar ramli semput. "Oo..habis tu mana makanan?" Soal zulaikha hairan. Ramli mencari disekelilingnya. Dahinya ditepuk."aduuuh! Mungkin tercicir tadi..tak guna betullah!" Marah ramli. Zulaikha mengangkat kening. "Kenapa?" Soalnya.
"Tadi..aku terjumpa dengan setandan pisang yang dah masak..sedang aku ambik,tiba-tiba datang sekumpulan beruk berbontot merah sambil mengerang marah..diorang nak rampas pisang tu tapi aku bawak lari..tapi malang tak berbau aku terjatuh..takut punya pasal aku bangun dan terus lari sampailah kat tasik tu.." ujar ramli bersungguh. "Nasib baiklah beruk-beruk tu tak ikut aku sampai ke sini.." ujar ramli menamatkan cerita. Dina mengeluh berat. "Tapi..aku lapar.." ujar dina perlahan. "Aku mintak maaf dina..Tapi aku ada satu berita gembira.." kata ramli sambil tersenyum. "Apa dia?"soal emma. Masing-masing menanti berita yang ingin disampaikannya itu. "Aku jumpa pantai!" Ujar ramli teruja.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...