Chapter 25

24 0 0
                                    

11 april 2017
12.35 pagi

Dalam kepekatan malam kelihatan seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar pendek terhuyung-hayang berjalan meredah hutan seorang diri. Tubuhnya yang tidak berbaju itu menampakkan bentuk badannya yang sasa. Kesan gigitan jelas kelihatan pada tubuhnya itu. Langkahnya yang lemah sesekali jatuh tersungkur diatas tanah namun digagahnya juga untuk berdiri untuk meneruskan perjalanan. Wajahnya yang tidak berperasaan itu dari tadi menyeringai dan airliur yang meleleh dari mulutnya itu langsung tidak diendahkan. Sesekali terdengar suaranya ketawa seorang diri. Terdapat sebatang duri tercacak pada belakang tengkuknya.

Tubuhnya basah lencur. Darah masih lagi meleleh dari luka gigitan pada tubuhnya itu. Lagaknya diperhatikan oleh seseorang dari belakangnya. Seorang lelaki bertopeng tersenyum sinis. Pandangan lelaki bertopeng itu dialih kearah sebatang duri yang masih terpacak pada belakang tengkuk lelaki tidak berperasaan itu. Lelaki tidak berbaju itu tiba-tiba berhenti melangkah dan berdiri kaku. Kemudian dia rebah ke tanah lalu tidak sedarkan diri. Lelaki bertopeng itu mengambil peluang mendekatinya lalu dicabut duri yang meletak pada belakang tengkuk lelaki itu. Tubuh lelaki itu kemudian diangkat dan dipikul lalu beredar meninggalkan tempat itu dengan segera.

Cecair kuning segera dituang kedalam mulut lelaki itu. Melihat lelaki itu sudah terlelap,lelaki bertopeng itu pun merebahkan diri lalu tertidur. Setengah jam kemudian,lelaki yang tidak berbaju itu bangun dari tidur lalu keluar dari tempat persembunyian lalu hilang disebalik hutan.

                                                 ****

Dua orang lelaki yang sedang berbual didepan unggun api dipandangnya dengan penuh minat. Salah seorang daripada lelaki itu berlalu meninggalkan lelaki yang lebih muda darinya berseorangan. Dia menyeringai melihat lelaki muda itu. Airliurnya meleleh-leleh jatuh tanpa diseka. Lidahnya menjilat-jilat bibir seolah-olah didepannya itu tersedia makanan yang lazat. Hanya menunggu masa saja untuk dimakan.

Jam sudah larut malam. Lelaki muda itu akhirnya tertewas lalu tertidur sambil bersandar pada sebatang balak tumbang. Mulutnya terlopong sambil mengeluarkan bunyi. Dia yang menyedari situasi itu segera memulakan operasinya. Lelaki muda didekatinya. Bunyi dengkuran yang berhampiran menarik minatnya. Lantas lelaki berumur itu didekati dan meninggalkan lelaki muda itu.Leher lelaki berumur itu cuba dicekiknya namun tindakannya itu terhenti apabila terpandang seorang gadis tidak jauh darinya. Gadis itu kelihatan sedang tidur nyenyak sekali."Imran..sayang.." gadis itu mengigau. Matanya masih lagi terpejam rapat.

Tubuh lelaki itu terus menggigil apabila mendengar nama itu dipanggil. Langkahnya diundur beberapa langkah kebelakang. Peluh mula menitik pada dahinya. Kedua-dua belah tangannya dilihat. Kemudian dia menggegam tangan-tangannya itu. "Ke..kenapa?" Ujarnya tergagap-gagap. Kepalanya terus dipegang. Sakit. Seolah-olah mahu meletup. "Dekat..mana..aku sekarang?!!" Jeritnya. Tanpa berlengah dia pun segera melarikan diri dari tempat itu dengan segera. Lututnya tidak sempat mengelak lalu terkena muka lelaki muda itu sehingga lelaki muda itu tersembam diatas tanah. Hutan belantara itu diredahnya sambil menjerit-jerit menahan kesakitan.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now