Chapter 10

37 1 0
                                        

Suasana Hutan tebal yang dipenuhi dengan haiwan-haiwan prasejarah itu bising dengan bunyi cengkerik. Langit yang dahulunya cerah dengan cahaya matahari mulai tenggelam didalam lautan awan hitam. Guruh dan kilat kedengaran diatas langit. Hujan  kemudian turun dengan lebatnya membasahi lantai hutan dan juga lumpur hitam itu. Jijo yang sedang terbaring dipermukaan lumpur hitam itu memandang langit dengan wajah tersenyum. Perlahan-lahan dia mengayuh menggunakan kedua-dua tangannya. Apa yang dipelajrinya dulu berjaya dipraktikkannya.

Beberapa minit kemudian,jijo sampai ditebing lumpur hitam itu dan merangkak perlahan-lahan. Ilmu yang pernah dipelajarinya dahulu ketika mengikuti latihan PLKN digunakan dengan sebaik mungkin. Dia masih lagi ingat apa yang diajar oleh gurunya di PLKN itu,"jika termasuk kedalam pasir jerlus,perkara utama yang harus kita buat adalah jangan panik.tarik nafas dalam-dalam dan angkat kaki kedepan" kata encik azmi sambil membuat demo diatas tanah. Dia diperhatikan oleh anak-anak buahnya dengan tekun sekali. "Kemudian,kaki diangkat kedepan dan luruskannya.tangan didepakan.biar kita terapung macam berada didalam kolam air..lepas tu kayuh kebelakang perlahan-lahan.." sambung encik azmi lagi.

"Terima kasih cikgu.." ucap jijo tersenyum. Matanya terpejam rapat. Beberapa minit kemudian jijo bangkit dari baringannya dan terus berjalan meredah semak samun. Matanya melilau melihat pemandangan hutan. Langkah jijo terhenti apabila melihat didepannya penuh dengan telur-telur bersaiz kepala manusia."telur apa tu?" Soalnya sendirian. Telur-telur itu didekatinya. "Ini..ini sarang haiwan..tapi haiwan apa yang bina sarang macam ni? Telur-telur ni.." gumam jijo sambil mengusap sebiji telur itu.

Pandangannya dialih kepada kesan tapak-tapak kaki yang penuh diatas tanah becak itu. Tapak kaki itu kelihatan masih lagi baru walaupum hujan yang turun telah menghakis separuh kesan tapak-tapak kaki itu. Dada jijo berdegup kencang. Dengan melihat tapak kaki itu dia tahu pemiliknya bukan haiwan biasa. Dia harus meninggalkan tempat itu dengan segera sebelum tuan punya sarang-sarang itu kembali ke sarang mereka.

Baru sahaja jijo hendak melarikan diri langkahnya terhenti apabila melihat satu beg galas tergeletak disebelah salah sebuah sarang. Dia seolah olah kenal akan beg itu lantas beg itu diambilnya. Zip beg galas itu dibuka. Wajah jijo tiba-tiba berubah apabila melihat isi kandungannya."kamera aku!! Yahoo!!" Jerit jijo gembira. Kamera itu lastas dicium. "Macam mana beg ni boleh berada dekat sini? Soal jijo sendirian. Dia mendongak keatas."mungkin jatuh dari langit.." gumam jijo. Peristiwa dia tercampak keudara dari pesawat itu terus bermain dimindanya.

Jijo mengelengkan kepala untuk membuang memori itu. Tanpa berlengah butan on kamera itu ditekan untuk melihat kondisi kamera samada masih elok atau tidak.jijo berasa lega kerana kameranya masih lagi baik dan tidak rosak.Segera kamera itu disimpan kembali ke dalam beg itu. Jijo sempat menjerling kearah telur-telur didepannya. Tiba-tiba bunyi ngauman jelas kedengaran dibelakangnya. Tanpa menoleh jijo terus berlari meninggalkan tempat itu dengan segera.

Hujan yang turun tadi sudah pun berhenti dan menampakkan jalur-jalur cahaya menerangi lantai hutan. Jijo tersentak dari tidurnya. Keadaan sekelilingnya ditoleh kemudian dia menghembuskan nafas lega.kejadian dia dikejar sekumpulan Pterodactyl sebentar tadi masih lagi bermain-main difikirannya sehingga dibawa ke alam mimpi. Mujurlah haiwan-haiwan nenek moyang burung itu tidak berjaya menangkapnya. Tetapi kenapa haiwan jurassic seperti itu masih lagi hidup? Bukankah mereka semua sudah pupus berjuta tahun dahulu?? Pulau apa yang dia jejaki sekarang?.soal jijo sendirian.

ESCAPE FROM THE ISLANDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang