14 april 2017
Seekor triceratops yang sedang mengisi perutnya dengan pucuk-pucuk daun segera melarikan diri apabila menyedari bahaya menghampirinya. Manakala beberapa ekor velocyraptor yang berada berhampiran sekadar memerhati keadaan sekeliling mereka. Bunyi ngauman mereka bersahut sahutan antara satu dengan yang lain. Seperti sedang berkomunikasi dengan rakan-rakannya itu.Telur-telur yang berada didalam sarang yang berbentuk seperti sarang burung itu terus dikawal mereka dengan rapi.
Pokok-pokok hutan kelihatan sedang bergegar. Daun-daun mula gugur ketanah. Burung-burung kecil terbang melarikan diri apabila seekor t-rex bersaiz gergasi mula menampakkan diri. Satu ngauman yang memekakkan telinga dilaungnya dengan penuh semangat. Airliur jelas meleleh jatuh dari rahang yang bergigi tajam itu. Velocyraptor-velocyraptor yang sedang mengawal telur-telurnya turut mengaum memberi amaran kepada t-rex berkenaan. Namun ngauman mereka langsung tidak mengentarkan t-rex itu.
Langkah besar diatur lalu menuju kearah salah sebuah sarang yang penuh dengan telur-telur segar yang sedang dikawal rapi oleh penjaganya. Penjaga telur itu terus menyerang t-rex itu namun serangannya hanyalah sia-sia kerana rahang t-rex yang kuat itu telah menggigit tubuhnya dan terus dilemparkan ketepi dan melayang kearah sebatang pokok. Melihat rakan mereka diserang,velocyraptor-velocyraptor yang lain terus meluru kearah t-rex itu lalu menggigit kaki kanan,kaki kiri dan juga ekor haiwan pemangsa itu.
Rasa kesakitan mula terasa lalu t-rex itu meraung kuat. Seekor velocyraptor dapat digigitnya lalu melemparnya ke udara. Seekor lagi velocyraptor yang menggigit kakinya berjaya digigit lalu dikuyah tanpa belas kasihan. Darah memercik keluar dari rahang t-rex itu. Sambil ekornya melibas-libas kekiri dan ke kanan untuk memisahkan seekor lagi velocyraptor yang masih lagi menggigit ekornya itu. Libasan yang cukup kuat itu berjaya memisahkan velocyraptor dari ekornya. Velocyraptor itu jatuh terguling diatas tanah. Selepas berjaya mengukuhkan dirinya untuk berdiri,velocyraptor itu pun mengaum lalu menerkam t-rex yang sedang membelakanginya.
Ngauman dari velocyraptor itu didengari oleh bob dan rakan-rakannya yang lain. " bunyi apa tu?" Soal bob. Segera mematikan langkahnya. Langkah kaki jijo,faizol,nadia,razif dan kapten adib juga turut terhenti. Pertanyaan bob tiada siapa pun yang menjawab. Masing-masing sedang memasang telinga dan memerhati kawasan sekeliling mereka. Bunyi burung dan monyet silih berganti memecahkan suasana yang sunyi itu. Sesekali bunyi desiran daun-daun pokok berlaga sesama sendiri apabila ditiup angin kedengaran.
Suasana tiba-tiba berubah mendung dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mula bertukar volumenya. Pokok-pokok mula bergoyang kuat. Guruh dilangit mula kedengaran. "Ribut!" Laung razif kuat. Namun suaranya seolah-olah ditelan oleh bunyi bising angin ribut itu. Masing-masing mulai panik lalu lari bertempiaran mencari tempat berteduh. Tidak lama kemudian awan hitam mula menggugurkan isi kandungannya yang sudah tidak mampu ditanggungnya lagi. Maka limpahan air hujan terus meluru jatuh ke bumi. Disusuli dengan panahan petir. Langit yang gelap sesekali bertukar cerah dengan cahaya kilat.
Jijo,kapten adib dan nadia sempat berteduh disebalik batu besar dengan hanya menggunakan beg galas sebagai pelindung kepala. Nadia yang sudah basah lencur menggigil kesejukkan. Kapten adib mengambil peluang itu memeluk tunangnya dengan erat. Manakala dibawah sepohon pokok besar kelihatan faizol dan bob sedang berpelukkan antara satu sama lain. Pokok besar yang rendang itu sedikit sebanyak menghalang mereka daripada basah. Namun itu tidak membuatkan mereka menggigil kesejukkan.
Selang beberapa minit kemudian hujan mula reda dan kilat dan guruh pun sudah tidak kedengaran. Awan mendung mula berarak meninggalkan kawasan itu. Cahaya matahari mula menyinari lantai hutan. Jijo,kapten adib dan nadia pun keluar dari tempat perteduhan mereka dan bersatu semula dengan faizol dan bob. Nadia menyedari akan sesuatu pun bersuara. "Eh mana razif?".
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
