Chapter 45

21 0 0
                                    

Dua buah helikopter kelihatan sedang mendarat dipersisiran pantai. Begitu juga dengan 3 buah kapal tentera laut berlabuh ditepinya. Kemudian serombolan askar-askar mula keluar dari perut kapal-kapal itu. "Ambil posisi masing-masing!" Jerit seorang lelaki berpangkat koperal. Dia kelihatan sedang berpeluk tubuh sambil memandang kearah gunung berapi yang sibuk mengeluarkan debu dan larva. Salah sebuah helikopter kemudian terbang meninggalkan tempat itu lalu hilang dari pandangan.

                                                  ****

"Prakk! Dum!!" Bunyi pokok yang sedang dipatahkan dan dibakar membuatkan bulu roma kapten adib dan nadia berdiri tegak. Larian mereka semakin laju. Mereka nyaris-nyaris berlanggar dengan seekor haiwan prasejarah yang juga sibuk menyelamatkan diri. Bunyi ngauman daripada haiwan-haiwan itu membingitkan suasana. Disebabkan tubuh kapten adib dan nadia terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan haiwan-haiwan itu,mereka berdua jatuh tergolek dilanggar mereka. Mujurlah tiada kecederaan yang menimpa mereka.

"Ah! Nadia! Sembunyi dibelakang kayu balak tu,cepat!" Laung kapten adib selepas dia terpisah dengan nadia. Nadia cemas lalu berlari bersembunyi disebalik kayu balak. Kapten adib berlari kearah nadia namun terpaksa berpatah balik selepas seekor haiwan prasejarah cuba melanggarnya. Kemudian kapten adib terus berlari sekuat hatinya dan berjaya bersatu dengan nadia.
Kayu balak bersaiz dua pemeluk yang melintangi jalan itu hancur selepas ditanduk oleh seekor spinosaurus.mujurlah tidak mengenai mereka berdua.

Kapten adib terkesima memandang serpihan kayu balak yang hanya beberapa kaki saja dengannya itu. Kapten adib menelan liur sambil mengintai suasana dibelakangnya. "Jom! Lari!" Ujar kapten adib ringkas. Tangan nadia digenggam lalu ditarik. Haiwan-haiwan prasejarah sudah tidak kelihatan didepan mahupun dibelakang. Yang ada cuma aliran larva yang setia meleleh dan membakar pokok-pokok hutan.

Larian mereka terhenti apabila sebuah sungai beraliran laju tersergam didepan matanya. Mata nadia membulat melihat beberapa ekor haiwan prasejarah berenang didalam sungai itu. "Macam mana sekarang ni adib?" Soal nadia. "Dah takde cara lain dah..kita kena terjun!" Ujar kapten adib. Matanya melilau kesekeliling mencari sesuatu. Sebatang kayu balak yang terapung ditebing sungai dipandangnya.' Okey! Jom..kita gunakan kayu tu sebagai pelampung.." ujarnya. Tanpa berlengah mereka berdua pun berpaut pada kayu balak itu dan hanyut dibawa arus sungai.

                                                 ****

Jijo,razif dan bob akhirnya berjaya menyelamatkan diri dan kini terdampar ditepi pantai. Mujurlah pantai itu bukan menjadi laluan larva yang panas membara itu kalau tidak mereka bertiga mungkin akan menjadi makanan hidupan laut pula. Masing-masing terlentang memandang langit. Dada mereka turun naik mencari osigen dengan mulut ternganga. Razif kemudian bangun dan merangkak kearah sebatang pokok kelapa diikuti pula dengan jijo dan bob. Pada batang pokok kelapa itu mereka bersandar. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan mereka terlena dibuai mimpi.

Bob tersedar dari tidur apabila dia terdengar akan sesuatu. Setelah diamati dengan sepenuh hati barulah bob dapat meneka bunyi itu. "Bu..bunyi helikopter!" Gumamnya sendirian. Dia pun lantas mengejutkan razif dan jijo. "Woi! Bangun! Bangun cepat! Ada helikopter!!" Jerit bob. Razif dan jijo yang masih termamai segera berdiri selepas helikopter itu muncul dan terbang rendah diatas lautan. Bob melambai-lambai sambil menjerit. Matanya berlinangan dengan airmata gembira. Begitu juga dengan razif dan jijo. Tidak henti-henti melambai dan menjerit. Namun kegembiraan mereka hanya sekejap apabila seekor Temrodontosaurus iaitu haiwan prasejarah yang persis ikan paus yang ganas telah muncul dari lautan lalu membaham helikopter itu. Helikopter itu hilang kawalan lalu terjatuh kedalam laut. Haiwan itu tidak memberi peluang terus menarik helikopter itu kedasar lautan. Razif,jijo dan bob terkesima melihat kejadian itu lalu jatuh terduduk. "Tidakk!!!" Laung bob.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now