17 april 2017 (present day)
"Apa benda tu? Bagaimana benda-benda ni semua ada dekat sini?" Soal emma tergamam. Begitu juga dengan ramli,sarah,dina dan zulaikha. Mata-mata mereka tidak lekang dari memandang kearah beberapa buah kapal laut perang dan sebuah kapal minyak besar lagi usang terdampar diatas pantai. Kapal-kapal itu semuanya sudah separuh tertimbus pasir pantai. Lumut dan kerikil kelihatan melekat pada badan-badan kapal-kapal itu. Menandakan kapal-kapal itu sudah terlalu lama terdampar disitu.
Ramli memulakan langkah memanjat kapal minyak melalui tali sauh diikuti dengan emma,dina,sarah dan zulaikha. Pada mulanya zulaikha melarang ramli dari masuk kedalam kapal itu namun perasaan ingin tahu yang menebal gagal untuk dia menghentikan ramli. Permukaan kapal itu kelihatan penuh dengan sampah sarap. Tong-tong minyak kosong bergelimpangan disekitarnya. Dina tersentak apabila melihat kesan seretan darah pada lantai kapal itu. Bahu sarah dicuitnya.sarah berpaling. Dina menunding jari kearah kesan darah itu.sarah tersentak lalu memeluk lengan dina dengan erat. Satu perasaan tidak senang mula bermain difikiran dua gadis itu lalu cepat-cepat melangkah kearah zulaikha,emma dan ramli yang sudah agak jauh didepan.
Sebuah pintu dikuak ramli.bunyi esel yang berkarat memecahkan suasana. Ramli menelan airliur. Ramli memandang zulaikha. Dari pandangan ramli itu zulaikha faham. Zulaikha menganggukkan kepala lantas pintu itu dibuka seluas-luasnya oleh ramli. Gelap pekat mula menjamu pandangan mereka. Sebuah tangga menurun akhirnya kelihatan selepas cahaya matahari mula masuk kedalam ruang itu. Dengan berhati-hati mereka melangkah turun melalui tangga itu. Satu lorong yang sunyi akhirnya terhidang didepan mereka. Lorong yang panjang itu mempunyai beberapa pintu dikiri dan kanannya.
Sebuah pintu dibuka ramli.
Namun yang ada hanyalah sebuah katil dan sebuah meja usang yang dipenuhi dengan sawang labah-labah. "Kongg!!!" Tiba-tiba satu bunyi kuat seperti benda berlaga kedengaran. Ramli,emma,dina,sarah dan zulaikha tersentak."bu..bunyi apa tu?" Soal dina yang mula menunjukkan rasa takut. Ramli melangkah keluar dari bilik itu lalu meninjau keadaan sekitar. "Korang tunggu kat sini..jangan pergi mana-mana." Arah ramli lalu cuba untuk meninggalkan bilik itu. Tiba-tiba tangannya dipegang seseorang. Ramli berpaling."awak..hati-hati.." zulaikha bersuara. Perkataan 'kau' sudah bertukar.Ramli tersenyum lalu mengangguk. Wajah zulaikha merona merah apabila ramli sempat mengeyikkan matanya sebelum beredar. Sarah,emma dan dina tersenyum melihat adengan cinta spontan itu. "Ehem..!" Zulaikha berdehem. Mereka bertiga tersentak lalu tersengih.
*******
Ramli kini berada ditingkat dua kapal minyak. Peralatan-peralatan mesin yang digunakan oleh pekerja-pekerja minyak sebelum ini bersepah diatas lantai. Lumpur-lumpur hitam yang dipercayai minyak kotor membanjiri sekitar ruang itu. Bau busuk menusuk masuk kedalam rongga pernafasan ramli. Lantas hidungnya ditutup. Ramli cuba untuk beredar meninggalkan tempat itu namun terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya. "Senapang?" Gumam ramli. Senapang patah yang terlantar diatas lantai itu pun diambil dan diperiksa. Bilangan peluru masih lagi tinggal empat biji."bagus" gumam ramli. "Kong!!". Ramli tersentak. Bunyi yang kuat dan bergema itu kedengaran lagi. Ramli berpaling kearah bunyi itu. Datangnya dari disebalik dinding. Dada ramli berdegup laju. Peluh dari tadi membasahi dahinya.
"Kong!! Ktingg!!" Sekali lagi ramli tersentak. Kali ini bunyi itu datang dari luar. Ramli menarik nafas sedalamnya lalu dihembus laju. Debaran didada beransur tenang namun tidak menghilangkan gigilan pada tangannya. Dengan segera ramli berpaling lalu meninggalkan tempat itu. Pintu yang dimasukkinya sebentar tadi dibuka. Namun ramli tergamam apabila melihat seekor burung hitam besar lebih besar daripada ayam sedang mematuk sesuatu diatas lantai. Ramli menyorok sambil mengitai dari celahan pintu. Bentuk badan burung itu tidak ubah seperti burung hering tetapi terdapat tanduk tajam pada kepalanya. Membuatkan dahi ramli berkerut melihatnya. Burung itu tiba-tiba berhenti mematuk lalu mendongak keatas sambil berpaling ke kiri dan kanan. Paruhnya dipenuhi dengan cecair merah. Ramli menelan liur.
******
Sudah sejam berlalu namun kelibat ramli masih belum kelihatan. Zulaikha sudah tidak senang duduk. Sekejap berdiri sekejap duduk. Reaksinya itu menarik perhatian emma."cik zulaikha,kenapa ni?" Soal emma. Sarah dan dina memandang pensyarahnya itu."mana ramli ni?dah sejam dia keluar.." ujar zulaikha risau."a'ah la..lamanya dia pergi.." balas dina pula sambil melihat jam tangannya. Bunyi derapan kaki berlari mula kedengaran. Zulaikha,emma,sarah dan dina tersentak. "Apa tu?" Soal dina. Ramli muncul dengan tiba-tiba dimuka pintu dengan termengah-mengah. Dahinya berpeluh lebat. "Cepat!! Kita kena tinggalkan tempat ni dengan segera!!" Ujar ramli cemas.
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AventuraSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
