Chapter 22

26 0 0
                                    

"Jatuhkan keris kau! Kalau tidak aku bunuh ibu kau!" Jerit limbo salah seorang pengikut jebat. Mata goloknya diacukan pada tengkuk mariam. "Mak!" Jerit yusuf. Rambut jebat segera digengam yusuf lalu diheret kearah tengah gelanggang medan tempur. "Lepaskan mak aku jika tidak jebat akanku bunuh!" Jerit yusuf sambil meletakkan hujung kerisnya pada pinggang jebat. "Cepat! Lepaskan mariam! Ujar jebat. Limbo teragak-agak. "Cis! Tak guna!" Gumam limbo. Tubuh mariam terus dilepaskannya. Mariam yang dilepaskan oleh limbo terus berlari kearah yusuf.

"Sekarang lepaskan sarah!" Jerit yusuf kepada pengikut jebat."cepat! Kalau kamu semua tak nak tengok jebat mampus!" Jerit yusuf lagi. Ikatan pada tangan sarah segera dibuka. Namun yusuf tidak sedar yang jebat sedang bermain mata dengan salah seorang pengikutnya yang sedang menyorok diatas dahan pokok. Dengan memberi isyarat,satu tembakkan anak panah terus dilepaskan oleh pengikut jebat itu. Mariam yang cuba berlari mendapatkan sarah terus dipanah dan tepat mengenai belakangnya. "Mak..!!!" Jerit yusuf lalu berlari mendapatkan ibunya yang sedang terbaring diatas tanah. Darah merah terus mengalir dari luka panahan itu.

Jebat mengorak satu senyuman sinis."hehehe..sekarang giliran kau pula..bersedialah untuk mampus!" Jerit jebat. "Mak..jangan tinggalkan yusuf.." airmatanya bercucuran jatuh kebumi. Sarah tidak mampu menahan sebak turut menangis. Mariam tidak mampu lagi untuk bertahan dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. "Sa..sarah..pulanglah kedunia asal kau..pergi kearah sungai dan masuk kedalam air terjun..dunia kau ada disana..cepat!" Ujar yusuf selepas bertenang. Sarah membisu.

"Pergi cepat!!" Jerit yusuf. Sarah tersentak. "Ba..baik..!". Sarah segera berdiri dan terus beredar dari situ. "Selamat tinggal sarah..dan aku harap kau berjaya.." gumam yusuf selepas melihat sarah hilang dari pandangannya.pengikut-pengikut jebat segera mengejar sarah dari belakang. jasad ibunya diangkat lalu diletakkan dibawah pokok. "Baiklah jebat! Ini merupakan pertarungan yang terakhir antara kau dan aku! Tunjukkan kepadaku apa yang kau ada!" Laung yusuf lantang. Jebat hanya tersenyum sinis. Jebat dan yusuf segera menghayungkan senjata masing-masing kearah lawannya itu.

Air mata sarah masih lagi berlinang dikelopak matanya.kematian mariam adalah berpunca darinya. Jika dia tidak lari meninggalkan rumah itu,sudah tentu jebat tidak akan berjaya menangkapnya. Sekarang giliran yusuf pula yang mungkin akan mengikut jejak langkah mariam. Sarah berasa amat bersalah. Airmatanya terus bercucuran jatuh kebumi. Langkahnya terhenti seketika kerana tidak tahu arah mana yang harus diambilnya untuk ke air terjun yang dimaksudkan oleh yusuf itu.Pengikut-pengikut jebat pula semakin menghampirinya.

Tiba-tiba sarah terdengar bunyi berdengung tidak jauh dari tempatnya berdiri. "Bunyi air terjun!" Gumam sarah. Setelah mengenal pasti arah,sarah terus berlari mendapatkan air terjun itu. Akhirnya dia sampai disebuah sungai yang cetek tetapi aliran sungainya agak laju. Sarah tergamam apabila melihat air terjun yang merupakan pintu keluar untuk balik kedunia asalnya itu merupakan air terjun yang ketinggiannya 30 meter. Pengikut-pengikut jebat sudah semakin hampir. Nak tak nak sarah terpaksa terjun juga untuk balik ke dunianya. Tanpa membuang masa sarah terus terjun ke bawah air terjun itu. Pengikut-pengikut jebat tersentak dan tergamam melihat keberanian sarah itu.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now