Chapter 39

19 0 0
                                    

17 april 2017 (sehari sebelumnya..)

Kapten adib berdiri kaku melihat tempat dimana nadia dibawa lari oleh beruk gergasi itu. Disitu jugalah dia dibelasah sehingga pengsan. Buku lima digenggam kuat menahan geram. Jejak tapak kaki beruk gergasi itu masih lagi terdapat diatas tanah. Kapten adib memasang tekad didalam hati. Nadia perlu diselamatkan secepat mungkin. "Nadia..tunggu aku!!" Bisiknya perlahan. Dia mendongakkan kepala melihat puncak bukit batu itu. Entah apa yang sedang menunggunya diatas sana pun dia tidak tahu. Tanpa berlengah bukit berbatu dihadapannya itu terus dipanjat. Selepas setengah jam,kapten adib pun sampai di puncak bukit itu dengan termengah-mengah.

Baru beberapa langkah diatur,satu bayang-bayang besar kelihatan sedang berlegar-legar diatas kepalanya. Kapten adib perasan akan hal itu lalu mendongakkan kepala. Kapten adib tersentak apabila melihat seekor Pterodactyl sedang menjunam terbang kearahnya. Kapten adib terus berlari menyelamatkan diri namun malangnya  bahunya telah dicakar lalu ditarik keudara. Kapten adib meronta-ronta untuk melepaskan diri. Mujurlah cengkaman burung pemangsa itu sedikit longgar membolehkan dia melepaskan diri dan jatuh tergolek diatas tanah. Kapten adib mengerutkan dahi menahan sakit. Bahunya sudah luka dan berdarah. Baju seragam putihnya sudah berlubang dan bertukar warna.

Kapten adib sempat melihat sebuah lubang yang agak besar tidak jauh dari tempat duduknya. Dia mengorak satu senyuman kerana dia telah mendapat satu akal. Dia mendongakkan kepala untuk mencari burung itu. pterodactyl itu kelihatan sedang berlegar diudara lalu meluru kearahnya sekali lagi. Baju seragamnya dibuka lalu melibas-libas diudara. Baju yang berdarah itu terus dilempar kearah haiwan itu lalu tertutup matanya. Kapten adib mengambil peluang itu untuk berlari lalu menggelongsor kearah lubang itu dan terus hilang didalam lubang yang gelap gelita itu.

                                              ********

18 april 2017

"Awak..awak masih hidup..!?" Bisik liana sayu. Wajah lelaki didepannya diusap lembut. Terasa sebak didada tidak dapat ditahan lalu liana menangis. Tubuh lelaki itu dipeluk erat. Tidak kisah apa pandangan orang jika ada yang melihat kelakuannya itu. Liana sudah tidak ambil kisah akan hal itu. Perasaan rindu terhadap lelaki itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Airmatanya meleleh jatuh bagaikan air hujan. Lelaki itu membalas pelukan liana. Dia juga rindu kepada gadis itu namun melihat keadaannya sekarang membuatkan dia meleraikan pelukan itu dengan segera. "Maaf lia..aku bukan imran yang dulu lagi..". topeng kayu ditangannya segera diletak kembali pada wajahnya yang berparut itu. Imran terus berpaling lalu berlari kearah hutan dan meninggalkan liana keseorangan.

"Im..imran..tunggu..!". Liana menangis teresak-esak lalu jatuh terduduk diatas tanah. Hatinya bagai dihiris sembilu. Sungguh pedih. Dua orang lelaki yang dia sayang sudah pergi mengadap Ilahi kini imran yang mati hidup semula pula pergi meninggalkannya seorang diri. Pedih! Sungguh pedih! Oh Tuhan dugaan apakah yang Kau berikan kepada hambaMu ini!! Teriak liana. Suaranya bergema didalam hutan itu.

Teriakkan liana didengari oleh lima sekawan bersama dengan seorang lelaki bertopeng atau lebih tepat lelaki bernama kazeem. Kazeem tersentak. Wajahnya berubah pucat lalu berlari kearah suara liana. Ramli,zulaikha,sarah,dina dan emma hairan melihat tingkah laku kazeem itu lalu berlari mengikutnya dari belakang. "Jangan!! Jangan menjerit!!" Teriak kazeem. Langkahnya tiba-tiba terhenti apabila terdengar satu suara ngauman tidak jauh dari tempatnya berdiri. "Oh tidak!! Tyrannosaurus rex!! Cepat masuk kedalam kereta kebal tu! Lekas!!" Arah kazeem sambil menunding jarinya kearah sebuah kereta kebal usang. Kereta kebal itu agak berlainan jika nak dibandingkan dengan kereta kebal yang liana masuk sebelum ini.

Tanpa berlengah lima sekawan itu segera menurut arahan yang diberikan lalu masuk kedalam kereta kebal itu. Mereka berlima terkesima dan terkejut. Mulut mereka ternganga melihat keadaan dalam perut kereta kebal itu. Sementara itu, kazeem terus berlari mendapatkan liana yang masih duduk diatas tanah. Tubuh liana dirangkul dari belakang untuk dibangunkan. Liana yang sudah hilang semangat diri hanya berdiri lemah membuatkan wajah kazeem merah memerah tenaga. "Cepat bangun!! Kalau tak t-rex akan datang makan kau!" Jerit kazeem. "Biarlah..tinggalkan aku kat sini..aku nak mati!!" Ujar liana sayu. "Jangan jadi bodoh!! Ikut aku sekarang!!" Marah kazeem lalu tubuh liana digalas diatas bahunya. Mujurlah berat liana hanya sekitar 50 kg jadi mudah bagi kazeem yang bertubuh tegap itu mengangkatnya.

Sejurus sahaja pintu kereta kebal itu ditutup kazeem,kelibat t-rex yang besar lagi garang pun keluar dari semak hutan. T-rex itu mengaum kuat. Marah kerana habuannya sudah berjaya melarikan diri.Mereka berdua berjaya menyorok daripada haiwan pemangsa itu. Kazeem menghembuskan nafas lega. Tubuh lemah liana diletakkan diatas lantai.Namun kazeem tersentak apabila melihat ramli,zulaikha,dina,sarah dan emma masing-masing tercegak tidak bergerak. Mulut mereka terlopong memandang sekeliling. Kazeem tersenyum sinis. Dia tahu kenapa mereka berlima itu berkelakuan seperti itu. "Selamat datang ke under of the world! (Dunia bawah tanah)" ujar kazeem teruja.

ESCAPE FROM THE ISLANDWhere stories live. Discover now