Disebabkan mangsa terlalu ramai untuk dimuatkan kedalam helikopter dan mangsa-mangsa juga perlu dirawat,mereka berlapan terpaksa dimuatkan didalam kapal tentera. Dina,sarah,liana dan juga emma masih lagi tidak sedarkan diri dan masih dirawat. Manakala zulaikha kelihatan sedang berdiri ditepi tingkap sambil memandang keluar. Dirinya didekati oleh ramli. "Jauh termenung?" Tegur ramli. Zulaikha tersenyum sambil menyeka airmata dipipi. "Kenapa menangis?" Soal ramli. "Takde apa-apa.cuma berasa bersyukur kita selamat.." ujar zulaikha sambil tersenyum.
Ramli kemudian menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan sesuatu. Benda yang digenggam kemas itu dihulurkan kepada zulaikha. "Apa ni?" Soal zulaikha. "Something yang saya nak bagi tu.." ujar ramli lembut. "Aik kata tunggu sampai malaysia nak bagi..hehe" ujar zulaikha sambil menadah tapak tangan. Sebentuk cincin berlian diletakkan ramli membuatkan mulut zulaihka ternganga luas. "Mana..mana awak dapat ni?" Soal zulaikha terkejut."ada la.." ujar ramli tersengih. "Em saya nak awak jadi isteri saya yang sah..itupun kalau awak sudi.." ujar ramli menundukkan kepala. "Saya sudi.." balas zulaikha. "Tapi awak kena jumpa orang tua saya dulu la.." sambungnya lagi. Ramli mengusap belakang kepala sambil tersengih.
****
Tiba-tiba alarm kapal dibunyikan. Mengejutkan penumpang-penumpang kapal. "Kenapa? Ada problem ke?" Soal koperal kora kepada kapten kapal. "Koperal! Tengok sana! Ada orang!" Jawab kapten kapal. Binokular yang diberi oleh kapten kapal segera dicapai lalu diletakkan pada mata. "Kita dah jumpa! Selamatkan mereka cepat!" Arah koperal kora. Razif,jijo dan bob segera berlari kearah bilik kapten kapal. "Tunggu! Awak dilarang masuk!" Ujar salah seorang anggota askar yang mengawal.
"Maaf..boleh saya tahu kenapa alarm dibunyikan?" Soal razif. Koperal kora perasan akan hal itu segera menyuruh razif dan rakan-rakannya masuk."awak bernasib baik sebab kami dah jumpa kawan-kawan awak tu." Ujar koperal kora sambil memberikan binokular dan menunding jari kearah luar kapal. Tanpa berlengah razif terus melihat kearah itu. Kelihatan sepasukan penyelamat sedang menaiki bot menuju kearah kapten adib dan nadia yang sedang berpaut pada sebatang kayu balak. Kapten adib kelihatan sedang melambai-lambai sambil menjerit.
"Kat sini woooii! Haha! Nadia,kita dah selamat sekarang!" Jerit kapten adib. "Alhamdulillah.." jawab nadia lemah. Nadia sudah kehabisan tenaga lalu tidak sedarkan diri. Bot penyelamat akhirnya sampai dan mereka berdua dinaikkan kedalam bot dan terus diberikan air minuman. Mereka berdua pun segera dibawa ke arah kapal untuk diberikan rawatan. Razif,jijo dan bob segera berlari mendapatkan kapten adib. "Kapten!" Panggil razif. Dirinya dirapatkan lalu memeluk tubuh lemah kapten adib. "Syukur alhamdulillah kau selamat.." ujar razif. Pelukkannya dibalas erat oleh kapten adib. Jijo dan bob juga tidak lepaskan peluang lalu memeluk mereka berdua. "Macammana korang boleh ada atas kapal ni?. Soal kapten adib."panjang ceritanya.nanti aku cerita.kau kena rehat dulu.." ujar razif.
****
"Baguslah korang dah selamat..lia..sampai jumpa lagi,selamat tinggal.." bisik imran sendirian. Pandangannya dilemparkan kearah kapal-kapal tentera yang berlalu pergi meninggalkan pulau itu. Dia mengeluh berat lalu berpaling dan hilang disebalik sisa-sisa hutan. Kini hanya tinggal dirinya seorang sahaja dipulau misteri itu. Entah apa yang akan terjadi kepadanya selepas ini. Baginya hidup sendirian dipulau itu adalah lebih baik jika dia pulang ketempat asalnya dengan rupa paras yang hodoh yang penuh dengan parut itu.

YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...