Chapter 24

26 0 0
                                        

Perkampungan orang asli karnibal yang diserang oleh spinosaurus berwarna putih kelabu secara tergempar itu kelihatan sudah hancur dan porak peranda. Rumah-rumah semuanya habis musnah. Puluhan mayat tidak sempurna anggota badan bergelimpangan diatas tanah. Suasana yang dahulunya riuh rendah dengan nyayian dan tarian kini berubah sunyi sepi. Selepas menyedari haiwan itu beredar barulah emma,dina,ramli dan zulaikha keluar dari tempat persembunyian mereka. Rasa berdebar didada masih lagi terasa malah gigilan pada tubuh badan juga masih lagi belum hilang.

Bau hanyir darah mula berlegar-legar di ruang udara. Emma menutup mulutnya. Hampir-hampir saja dia termuntah. Tapi tidak bagi dina dan zulaikha kerana mereka berdua sudah tidak tahan dengan bau hanyir itu ditambah pula dengan organ-organ dalaman mayat-mayat itu yang bergelimpangan di atas tanah. "Kita kena keluar dari sini sekarang!" Ujar ramli. Dia sendiri pun sudah tidak tahan dengan situasi itu. Tekaknya dari tadi berasa loya namun berjaya juga dia menahan daripada termuntah.

Sebatang sungai yang menjadi jalan utama bagi puak asli itu keluar masuk dari kampung ditujui mereka. Sebuah sampan yang boleh memuatkan 5 orang kelihatan tersadai ditepi sungai. Tanpa berlengah sampan itu pun dinaiki dan terus mendayungnya meninggalkan tempat itu dengan segera. Emma,dina dan zulaikha hanya termenung memandang kosong hutan-hutan yang berada ditepi mereka. Ramli pula bertindak sebagai nahkoda. Pendayung ditangan tidak henti-henti didayungnya.

Lamunan mereka terhenti seketika apabila melihat beberapa buah bukit kecil berwarna hitam bertimbun-timbun ditepi sungai itu. Kelihatan asap nipis keluar daripadanya. Ramli sempat menangkap satu bunyi deringan sayup-sayup dari salah satu timbunan itu lalu segera dia menghentikan sampan. "Kenapa ramli?" Soal zulaikha sambil menoleh kiri kanannya. Emma dan dina segera bangun berdiri memandangkan pensyarah perempuannya itu berdiri.

"Syyhh! Dengar!" Ujar ramli. Suasana menjadi sunyi. "Dengar apa? Tak ada apa-apa pun..?" ujar zulaikha sambil memasang telinga. "Toooott!! Tooooott!!". Mata zulaikha membulat. "Bu..bunyi telifon!!". Ramli memgangguk."sana!!" Ramli menunding selepas mengenalpasti arah bunyi deringan itu.
Bunyi deringan telifon itu datangnya dari salah satu bukit hitam berasap tidak jauh dari mereka. Lantas bukit itu dicelup dan digali oleh ramli. Melihat kesungguhan ramli,emma dan dina juga turut serta mencari telifon itu. "Dapat!" Jerit zulaikha.

Tangannya segera ditarik namun ditangannya itu bukanlah telifon tetapi seketul tengkorak manusia. Lantas tengkorak itu dicampak ketanah. Nyaris-nyaris saja dia menjerit.Zulaikha tercengang. Sekarang barulah dia sedar bukit hitam yang dicelupnya itu adalah najis dinosour. Mujurlah najis itu tidak berbau kalau tidak sekali lagi dia pasti termuntah."dapat!!" Jerit ramli sambil menggengam sebiji iphone berwarna kuning.

Mereka berempat terus terdiam sejenak dan kaku apabila tiba-tiba sahaja seekor t-rex datang menghampiri mereka. Kembang kempis hidung t-rex itu menghidu. Beberapa saat kemudian haiwan itu mendengus lalu meninggalkan tempat itu dengan segera. T-rex sendiri tidak tahan dengan bau najisnya sendiri.gumam ramli didalam hati.iphone ditangan terus dibasuh. Ramli menekan butang on tetapi langsung tiada tindak balas. Ramli mengeluh hampa kerana iphone itu sudah kehabisan bateri.

Iphone  itu disipam didalam poket seluarnya. Mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki sampan itu. Arus sungai yang tenang kemudian berubah menjadi sedikit laju. Sebuah ngarai kelihatan dihadapan mereka. "Jaga-jaga!! Pegang kuat-kuat!!" Teriak ramli apabila ngarai itu semakin menghampiri. Sampan yang dinaiki sudah terhuyung-hayang. Batu-batu sungai sebesar dua pemeluk nyaris-nyaris dilanggar. Mujurlah ramli sempat menolak menggunakan pendayungnya. Tetapi harga yang perlu dibayar cukup besar kerana pendayungnya pula patah dua.

Selepas beberapa minit menempuh maut,akhirnya ngarai sungai yang amat bahaya itu berjaya ditempuhi mereka dengan berjaya. Ramli,emma,dina dan zulaikha masing-masing tersadai dilantai sampan. Masing-masing menghela nafas lega. Akhirnya sampan itu tersadai ditepi sungai. Ramli menjadi orang pertama keluar dari sampan dan menariknya keatas tanah. Emma,dina dan zulaikha kemudian menyusul."sampan ni dah tak boleh guna,dah bocor.." ujar ramli sambil mencekak pinggang. "Eh apa tu?" Soal emma tiba-tiba. Masing-masing berpaling kearah tempat ditunjuki emma. Mata zulaikha terbeliak. "Itu..itu orang!!"

ESCAPE FROM THE ISLANDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang