Hutan tebal yang mempunyai pokok-pokok setinggi bangunan itu diredah jijo laju tanpa hala tuju. Topi yang dipakainya ketika didalam pesawat sudah hilang entah kemana. Kepalanya yang botak itu dipenuhi dengan kesan-kesan lumpur dan air-air hujan. Baju dan seluar yang dipakainya pun turut bersalut lumpur hitam. Tetapi sikit demi sedikit kesan lumpur itu hilang dibasuh dengan air hujan yang turun lebat sejak dari tadi.Wajahnya yang pucat menggambarkan sesuatu perkara buruk telah terjadi kepadanya sebentar tadi. Lariannya akhirnya terhenti pada sebatang pokok untuk melepaskan lelah. "Air..air..!!" Ujarnya tersekat-sekat. Dia mendongak keatas untuk menadah air hujan dengan mulutnya untuk membasahkan tekak.Beg yang digalas kemudian dibawa ke depan lalu memeluknya. Satu ciuman dilepaskan pada begnya itu.rindu.
****
Jijo berjalan meredah hutan yang sangat janggal buat dirinya itu. Kakinya hanya melangkah tidak diketahui hala tujunya. Perutnya mula berbunyi menandakan sesuatu perlu diisi dengan segera. Hidung jijo kemudian terhidu sesuatu yang berbau wangi. "Hmm..sedapnya bau..aku kenal bau ni..ni bau daging panggang!" Jijo bermonolog. Hidungnya tidak henti-henti menghidu.
Kemudian satu kepulan asap kelihatan tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dengan langkah berhati-hati,jijo menyorok disebalik semak. Tekaan jijo tepat apabila melihat satu unggun api bersama dengan beberapa daging dicucuk pada beberapa batang kayu dan dipacak dihadapan ungun api itu. Jijo menelan liurnya. Namun jijo berasa pelik kerana tiada orang yang menjaga daging panggang tersebut. Dia menoleh kekiri dan kanannya untuk mencari gerangan pemilik daging panggang itu. Namun langsung tiada kelibat manusia.
"Rezeki jangan ditolak.." gumam jijo. Ungun api didekati. Sambil menoleh sekeliling,jijo mencapai daging panggang itu lalu disuakan ke mulutnya. Daging itu digigit dan dimakan dengan rakus sekali. Tiba-tiba satu suara laungan kedengaran dihadapannya. Jijo terkejut apabila melihat sekumpulan orang asli yang hanya bercawat berlari kearahnya. Beberapa lembing dan tombak dilemparkan kearahnya. Mujur tiada satu pun mengenai jijo. Mata jijo kemudian terbuntang luas apabila dia mendapati beberapa orang orang asli itu sedang menggalas beberapa tubuh manusia yang kepalanya sudah dipenggal. Mayat-mayat itu masih lagi lengkap berpakaian.
Perut jijo tiba-tiba berasa mual lalu termuntah. Sedarlah jijo bahawa daging panggang yang dimakannya itu merupakan daging manusia dan orang-orang asli didepannya itu merupakan puak pemakan daging manusia atau lebih dikenali sebagai karnibal. Lantas daging itu dilempar ketanah. Jijo terus melarikan diri kedalam hutan dibelakangnya sambil mengesat mulutnya. "Tak gunaa..!!" Pekik jijo.
Jijo berjaya melarikan diri dan kelibat puak asli karnibal itu sudah tidak kelihatan. Namun kata pepatah orang tua-tua ada mengatakan 'keluar dari mulut buaya,masuk ke mulut harimau'. Jijo tidak sedar didepannya terdapat satu kolam lumpur berwarna hitam dan terus terjatuh kedalamnya. Jijo meronta-ronta melepaskan diri namun semakin banyak dia meronta dan bergerak semakin tenggelam tubuhnya. "Pasir jerlus?!" Gumamnya didalam hati.jijo panik. Tangannya tergapai-gapai mencari sesuatu untuk dijadikan pelampung tetapi hampa. Jijo semakin tenggelam didalam lumpur atau pasir jerlus itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
ПриключенияSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...