"Koperal!!" Laung salah seorang askar. Dia dan beberapa orang askar lagi kelihatan sedang mengusung seseorang diatas pengusung. Koperal kora yang mengetuai operasi itu muncul disebalik khemah yang didirikan dipersisiran pantai itu. "Ada apa?" Soalnya tegas. "Kami jumpa salah seorang mangsa.." ujar askar itu. Lelaki yang diusung dilihat koperal kora. "Emm kecederaannya agak parah..bawa dia masuk kedalam khemah medic!" Arah koperal kora. "Baik!" Balas askar itu.
****
Sudah satu jam menunggu namun kelibat kazeem masih belum kelihatan. Ramli membuat keputusan untuk beredar dari kapal minyak itu memandangkan gempa bumi sudah pun berhenti. Dia dan lima orang gadis berjalan menyusuri pantai. Memandangkan tempat itu sedikit tersorok dari pandangan orang jadi lebih baik mereka mencari tempat yang lebih terbuka supaya senang dilihat orang seterusnya dapat diselamatkan. Atas faktor itulah lima orang gadis itu setuju dengan cadangan ramli sebentar tadi.
Liana tiba-tiba rebah dan terlantar diatas pasir pantai. "Liana!" Jerit emma yang berada dibelakangnya. "Kenapa ni?" Soal zulaikha. "Liana pengsan!" Ujar emma. Ramli segera mengangkat liana lalu dibawa jauh sedikit dari pantai dan dibaringkan dibawah pokok rimbun. " kita berehat dulu..lagipun dah nak masuk waktu senja,kita berkhemah dulu dekat sini.." usul ramli. Empat gadis yang lain menganggukkan kepala tanda setuju.
****
Malam menjelma. Bunyi ombak memukul pantai memecahkan suasana. Bunyi kaki cengkerik berlaga diselang selikan. Mujurlah bulan mengambang penuh pada malam itu memberikan sedikit cahaya kepada penghuni pulau misteri itu. Lelaki yang dibawa askar-askar itu masih lagi tidak sedarkan diri. Jijo,razif dan bob kelihatan sedang berehat dibawah pokok rimbun. Unggun api yang dinyalakan sedikit sebanyak memberi kehangatan kepada mereka. Manakala ramli,zulaikha,sarah,dina,emma sudah dibuai mimpi. Liana yang pengsan petang tadi kelihatan sedang berdiri memeluk tubuh mengadap lautan. Fikirannya melayang teringat kepada kekasihnya,imran yang sudah pergi menghilangkan diri. Entah hidup entah mati,dia sendiri pun tidak pasti.
Rembulan sikit demi sedikit ditutupi awan hitam. Awan hitam yang bergerak pantas terus bergulung dilangit hitam. Disusuli pula dengan cahaya kuning. Bunyi guruh memecahkan suasana malam. Ombak bertukar menjadi ganas. Angin mula bertiup kencang. Guruh dan kilat mula bersahut sahutan di atas langit. Beberapa saat kemudian hujan lebat mula turun dan membasahi pulau itu dan sekitarnya. Hujan yang bersertakan dengan angin kuat hampir-hampir mencabut pokok-pokok kelapa yang sebelum ini kukuh berdiri. Meliuk lentok batang pokok itu dibuatnya.
Jijo,bob dan razif tiada banyak pilihan terpaksa duduk berpelukkan dibawah pokok rimbun. Tubuh badan mereka habis basah lenjur. Manakala ramli dan kelima-lima orang rakannya terpaksa berselindung disebalik daun-daun pokok kelapa yang dijadikan alas tempat tidur sebentar tadi. Ribut yang berlangsung selama satu setengah jam itu akhirnya berakhir dan meninggalkan kesan yang cukup parah kepada pulau itu dan juga kepada lapan orang itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
