"Dah la Sya. Yang dah pergi tu biarkan pergi. Kita yang hidup kena teruskan hidup. Sedekahkan doa Raisya." Belakang Raisya diusap penuh kasih sayang.
Sudah lama di menemani gadis itu duduk di sisi kubur ibu bapanya. Orang kampung semua sudah pulang. Dia saja yang masih setia menemani. Simpatinya dia melihat gadis itu sehingga tak mampu meninggalkannya keseorangan.
"Sya dah sebatang kara Mak Jah. Sya dah tak ada keluarga Mak Jah." Air matanya tidak berhenti mengalir.
"Mak Jah kan ada. Dah. Tak baik menangis macam ni. Jom kita balik. Nanti Sya demam pula." Pujuknya dengan nada yang lembut.
Raisya bingkas bangun. Tak mahu pula rasa dia menyusahkan Mak Jah. Usai sahaja mengemas, dia pulang dengan perasaan hiba. Ansyik memikirkan masa depannya. Bagaiman kehidupannya selepas ini?
*****
"No! Mana ada wasiat macam tu. Tak logik lansung." Dia mendengus geram.Tidak pernah seumur hidupnya, dia mendengar wasiat sebegitu. Apa sudah tidak kena dengan arwah ibu bapanya. Dia tak dapat menerima kenyataan itu.
"Ash! Bawa bertenang. Mungkin ada hikmahnya." Tenang.
"Hikmah? Hikmah apa tok daddy? Tak pernah Ash dengar, kalau nak harta, kena ada seorang anak. It doesn't make a sense!" Sekali lagi dia mendengus.
Untuk mewarisi harta, dia perlu mendapatkan seorang anak. Bukan tak ada anak. Ramai wanita yang sudah dibuntingnya. Namun rasa tanggungjawab itu tidak pernah wujud dalam dirinya. Apa yang dia tahu, puas dan pergi.
Bukan Ashriq Helmi jika dia mengahwini seorang perempuan. Baginya, semua perempuan sama. Murahan! Beri sahaja berapa mereka nak, nafsunya akan puas. Dasar lelaki tak guna.
"Maaf ya encik. Nanti saya akan call encik semula. Kita bincang lagi sekali. Saya nak bincang dengan cucu saya sekejap." Senyumnya diukir pahit. Ashriq memang lemah dengan ketinggian moral.
"Baiklah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumusslam."
Usai sahaja berjabat tangan dengan Ashriq dan Dato Saad, peguam itu berlalu pergi.
"Ash, mungkin ada hikmahnya kenapa Mama dengan papa kamu buat macam ni. Mungkin mereka nak tengok kamu berusaha?" Dato Saad cuba mengubah perspektif negatif dalam fikiran Ashriq.
"Berusaha apa tok daddy. Diaorang ni saja nak naya Ash. Tok daddy tahu kan. Ash tak suka benda macam ni?" Rungutnya.
"Kalau kamu tak buat macam ni, kamu tak dapat harta tu. Tok daddy nak merasa juga ada cicik." Sengihnya meleret. Sempat pula bergurau.
Lama Ashriq diam. Memikirkan tentang wasiat itu memang membuatkan fikirannya kusut. Dia mahukan harta itu. Tetapi syaratnya membuatkan dia terikat.
"Tak apa la tok daddy. Biar Ash fikir dulu." Bingkas tangannya mencapai tombol pintu.
"Kamu nak ke mana lagi Ash?" Cermin mata ditanggalkan.
"Cari ketenangan la tok daddy. Kusut la."
Terus sahaja dia keluar. Dato Saad menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan cucunya. Sikap ego dan angkuhnya tidak pernah hilang. Entah bila mahu hilang. Tunggu kiamat ke dua pun belum tentu kot.
*****
"Hui!"Terkejut Raisya dibuatnya. Ada ke patut dibuat begitu. Kalau sakit jantung, boleh mati tau. Terkadang dia fikir bagus juga. Dapatlah dia ikut ibu dan ayahnya bersama. Namun, dia masih waras. Imannya masih ada.
"Kau rupanya Era." Senyum nipis diukir.
"Termenung apa Sya?" Punggungnya dilabuhkan di sisi Raisya. Pandangannya dibawa sehala ke hadapan.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...