Kini tiba hari yang dinantikan Ashriq. Namun tidak bagi Raisya. Wajahnya yang sentiasa muram membuatkan ramai yang menegur dan berasa aneh. Mana tidaknya, orang nak kahwin senyum, dia muncung, kalah paruh bangau.
"Sya, dari tadi lagi muncung. Mak andam nak make up kau pun dia tak ada mood. Kalau boleh dia nak je lempar make up tu kat muka kau. Tak payah susah-susah touch up. Muncung macam tu juga." Perli Qahera.
Sedari pagi lagi Raisya berkelakuan begitu. Dari rumah hingga ke butik.Begitulah wajahnya. Macam barat laut. Macam kuda laut. Muka dugong pun lagi comel.
"Aku takut la." Ujarnya sayu.
"Nak takut kenapa? Bukan kau yang lafaz akad, Si Ashriq tu jugak yang melafaznya. Kau tu tukang dengar aje." Cebik.
"Ye la. Aku takut aku tak boleh jadi isteri yang baik. Kau tahu kan aku dengan dia macam mana?" Muncung.
"Kak, saya nak cakap personal dengan dia kejap boleh?" Soal Qahera. Sopan sahaja.
Mak andam itu hanya mengangguk. Dia keluar dari kamar itu. Qahera memusingkan tubuh Raisya supaya menghadapnya.
"Sya, apa yang Allah bagi tu, ada hikmahnya. Kau cuba yang terbaik. Jadi yang paling sempurna di mata dia walaupun kau tak suka dia. Even aku meluat tengok muka dia. Tapi, kau ada tanggungjawab sebagai seorang isteri. Jangan la ansyik nak tarik muka aje dengan dia. Baik dengan dia. Apa dia suruh ikut. Selagi kau mampu, selagi tak melanggar hukum syarak, kau buat." Ujarnya penuh penghayatan. Almaklumlah. Selalu sangat ke masjid di perumahannya itu. Ada la juga dia mendengar ceramah tentang rumah tangga.
"Tapi aku tak suka dia. Dia tu baran. Aku risau." Kakinya dihentak.
"Kau dah kenal dia A to Z ke? Kenal hati budi dia Sya. Kalau kau dah ngam, semua benda akan okay. Tapi, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Doakan yang terbaik." Senyum.
Raisya terus memeluk tubuh Qahera.
"Terima kasih sebab ada susah senang aku. Aku hargai kau." Ujarnya sayu.
"We're best friend!"
*****
Ashriq membetulkan pakaiannya. Kedudukan samping dibetulkan. Senyum terukir. Namun kerut didahi betandang saat melihat Fahim yang termenung dari tadi."Im! Sampai mana dah tu?" Soalnya dengan tawa.
"Merepek la kau." Hambar tawanya.
"Sejak minggu lepas lagi aku tengok kau jadi macam ni. Ada masalah besar ke? Ke cinta ditolak ni?" Sengih.
"Macam mana nak tolak, dia pun tak tahu. Dia dah jadi milik orang Ash. Aku redha je. Mungkin tak ada jodoh." Sayu. Songkoknya dibetulkan.
"Kesiannya sahabat aku ni. Nanti ada la tu. Tak ada rezeki lagi tu." Senyum.
"Kau tak apa la. Kau boleh paksa. Aku harap kau jaga la dia elok- elok. Jangan persiakan dia. Jangan sakitkan hati dia. Ingat! Dia bukan alat untuk harta kau. Hargai dia sebagai seorang isteri." Serius.
Sengaja dia memesankan pesanan itu khas buat Ashriq. Dia tak mahu Raisya dilukakan oleh Ashriq. Biarlah dia melepaskan Raisya dengan senyuman di bibir. Bukan tangisan yang tidak tahu bila ajalnya.
"Kau yang lebih kenapa? Kau nak kebas ke?" Sengih.
"Kau yang kebas." Ujarnya perlahan. Matanya tidak menatap Ashriq.
"Apa?" Kerut dahinya. Kurang dengar dengan apa yang baru dinyatakan Fahim.
"Nothing! Jom la. Aku rasa dah nak start." Tenang sahaja riaknya.
Ashriq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan karenah Fahim semenjak dua ini. Banyak termenung. Cakap pun kurang. Tuturnya lebih serius. Dia kurang faham dengan sahabatnya itu. Perasaan yanv tidak menentu. Kadang, membuatkan dia rasa bagai daging burger yang sentiasa terhimpit dia antara roti. Salah dia ke? Atau salah orang lain? Tapi mengapa pula?
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
Ficción GeneralKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...