BAB 20

7.5K 169 1
                                    

"Jauh termenung."

Suara garau itu telah berjaya menghentikan lamunan Raisya yang entah ke mana melayang. Dibawa arus tali air mungkin.

"Fahim. Awak tak balik lagi?" Dia cuba menjarakkan dirinya dengan Fahim walaupun jaraknya memang dah jauh.

"Tak lagi. Ashriq ajak tidur sini sehari. Saya cakap saya nak keluar sekejap. Saya tak bagi tahu pun dia yang saya nak jumpa awak." Sengih.

"Ough! Macam mana awak tahu saya dekat sini?" Kerut tiga lapis dahi Raisya.

"Era bagi tahu. Untung awak dapat kawan sebaik diaorang. Saya ni, kawan saya nak dengar cakap saya pun susah. Tengok sekarang apa dah jadi?" Keluhnya.

"Tak apalah. Tak ada jodoh. Cakap pasal jodoh, Im tak ada calon lagi ke? Segak macam ni tak akan la tak ada orang nak?" Sengihnya sengaja mengusik Raisya.

"Tak ada la. Siapa nak saya? Awak pun tak nak. Orang lain belum tentu." Sinis.

"Merepek la. Mesti ramai orang nak punya. Kawan saya sorang tu pun single lagi. Si Akma tu."

"Tak apalah. Kalau saya ada jodoh dengan dia, saya akan kahwin juga kan?..."

Tapi saya harap sangat awak jodoh saya... Sambungan ayat itu hanya bergema di sudut hati.

"Amin! By the way, awak datang jumpa saya ni untuk apa?" Raisya mula curiga.

"Ough! Saja datang nak borak. Dah lama tak borak. Salah ke?"

"Tak adalah. Tiba-tiba aje. Saya ingat ada apa-apa tadi."

"Ada tu memang ada. Tapi biarlah dulu. Nanti awak akan tahu juga." Sengih.

"Ni saya tak suka ni. Jangan la buat saya tertunggu-tunggu." Rayunya.

"Tak adalah. Awak tak perlu rasa tertunggu-tunggu sebab benda tu akan datang sendiri."

Otak Raisya mula ligat berfikir. Entah apa yang dimaksudkan Fahim. Tentang Ashriq? Tak mungkinlah. Fahim tahu Raisya tidak suka hal melibatkan Ashriq.

******
Fahim dah Raisya berjalan beriringan pulang ke rumah. Dengan canda tawa. Senang  sungguh Raisya mesra dengan Fahim. Jejaka itu langsung tidak pernah menyakitkan hatinya. Fahim lebih faham jika dia ada masalah. Fahim bukan jenis memaksa. Walaupun jarang dia bertemu lelaki itu dia yakin lelaki itu baik. Walaupun lelaki atu sahabat kepada bekas suaminya, dia tahu lelaki itu langsung tidak mengikut sifat bekas suaminya itu.

Tanpa mereka sedar, sepasang mata yang sedang membara api amarah di dada merenung mereka tajam.

"Wah! Jauh kau melencong?" Sinis bicaranya dengan senyum sinis.

Ashriq masih kaku di situ. Qahera yang duduk di anak tangga hanya beriak selamba sambil menongkat dagu. Sudah lama dia menunggu di situ memerhatikan Ashriq. Aman masih setia di sisi.

Raisya dan Fahim mendekati Ashriq yang menongkat tubuh di hadapan kereta. Raisya menayang wajah ketat. Sudah bosan melihat wajah Ashriq. Masih tidak boleh terima hakikat sudah berpisah.

"Apa lagi awak tak puas hati ni? Tak cukup lagi ke saya berlembut dengan awak? Nak saya kasar pulak? Nak saya beraku engkau? Ke nak saya ni buat bodoh dengan awak?" Dengusnya geram.

"Dah la Ash. Balik la. Nanti aku ceritakan." Fahim cuba menolak Ashriq masuk ke dalam kereta.

"Awak duduk belakang saya. Biar saya cakap dengan dia ni. Dia ni tak makan di ajar. Tak cukup kasih sayang macam ni la." Sinis. Fahim akur. Risau perkara yang buruk terjadi.

Ashriq sudah panas hati melihat Raisya mempertahankan Fahim. Mahu sahaja dia menumbuk rakannya itu. Namun dia cuba bersabar.

"Kenapa baik sangat awak layan dia ni? Saya ni suami awak tau. Dia ni siapa je?" Tengkingnya.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now