BAB 3

7.8K 214 2
                                    

Fahim membuka layar telefon pintarnya. Ikon galeri diketik. Fotonya bersama gadis yang dijumpai di pasar raya kemarin dahulu diketik. Dia tersenyum sendiri.

Sungguh dia tidak sangka dia dapat juga bersua muka dengan gadis itu. Berbual. Itu yang dia mahu. Lebih tidak disangkakan, gadis itu masih belum berpunya.

Dia terkenang saat indah itu. Bahagianya.

Langkah Fahim terhenti saat menyedari dua orang gadis yang mencangkung di tepi tayar kereta. Dia kenal mereka berdua. Hanya pernah ternampak. Ya! Gadis di pasar raya kemarin.

"Assalamualikum cik. Ada masalah ke?" Laju sahaja perkataan itu meluncur. Teruja benar dia.

"Waalaikumussalam." Serentak.

"Tayar kereta saya pancit. Saya tak pandai nak tukar." Rungut salah seorang dari mereka.

"Ough! Ada tayar ganti?" Soal Fahim sedikit teruja. Inilah masanya untuk berkenalan.

Sudah lama dia impikan saat ini. Mahu bertemu dengan gadis ini. Akhirnya impiannya tercapai jua.

"Ada. Encik nak tolong tukarkan ke?" Riaknya sedikit ragu.

"Yup! Kalau cik berdua izinkan." Sengih.

"Alhamdulillah. Ada juga orang nak tolong. Terima kasih." Gadis itu meraut wajah tanda syukur.

Usai sahaja menukar tayar, Fahim terus sahaja bangun dan membersihkan tangannya. Senyum diukir kemas buat gadis berdua itu.

"Done!" Senyum.

"Terima kasih Encik...." Keningnya sedikit terjongket.

"Ough! Saya Fahim. Tak perlu berencik." Senyumnya masih terukir.

"Terima kasih Fahim. Kalau tak ada awak, kitaorang tak tahu la nak buat apa. Area sini bukan senang nak dapat teksi." Keluhnya.

"Tak ada masalah. By the way, nama cik berdua ni siapa?" Lengan bajunya dilipat. Terasa panas pula.

"Ough! Saya Qahera. Boleh panggil Era. Ni sahabat saya, Raisya." Senyum.

Akhirnya, langkah pertama sudah terlaksana. Dapat juga dia mengetahui nama gadis itu. Namun masih kurang tenang. Raisya hanya membisu dan menundukkan wajahnya.

"Kenapa kawan awak ni tunduk je?" Kerut dahinya. Cuba mencari kepastian.

"Dia ni memang macam ni. Pemalu." Sengih.

"Ough! Tak apalah. Ni kad saya. Kalau ada masalah ke call la. Saya balik dulu." Senyum. Sungguh manis senyumnya. Lagi- lagi saat Raisya memandangnya sekilas.

"Kalau awak free, jom la saya belanja makan. Kira sebagai upah awak tukar tayar." Sengih.

"Tak apalah. Saya tengok kawan awak macam tak suka saya aje. Nanti dia tak selesa pulak." Senyum.

Memang itu sekarang yang dia rasakan. Seperti Raisya mahu tak mahu sahaja di ada di situ. Mungkin rimas.

"Eh! Sa... Saya okay je." Pantas Raisya menepis prasangka awal Fahim. Tak mahu dirinya dilabel sombong.

"Wah lajunya. Dah jatuh hati ke?" Usik Qahera. Tak kena dengan tempat.

"Kalau macam tu naik kereta saya aje." Senyum.

"Kereta awak jauh ke?" Dahi Qahera berkerut menahan panahan terik mentari.

"Sebelah kereta awak je." Sengih. Tak sangka sungguh dekat. Macam ada jodoh aje.

Lamunan Fahim terhenti saat telefon pintarnya berdering. Dijawab panggilan itu dengan senyuman.

"Mak sihat?" Soalnya dengan senyum. Walaupun senyum itu tidak kelihatan di mata bondanya, namun dia tetap bahagia.

"Sihat. Im tu sihat tak? Sibuk ke?" Mesa meletakkan kain yang dijahitnya di atas meja.

"Sihat mak. Sekarang ni tak sibuk sangat mak. Mak call ni ada masalah ke dekat kampung? Duit tak cukup ke?"

"Eh! Cukup aje. Saja la mak telefon ni. Kot la Im nak bagi tahu Im nak kahwin dah." Tawa maknya bergema di hujung talian.

"Tak ada la mak. Im tak pasti lagi mak." Senyumnya karam.

"Dah jumpa calon ke?" Mesa mula teruja.

Sudah lama dia teringinkan menantu. Seorang pun jadilah. Hampir saja dahulu dia mendapat menantu, namun ia musnah begitu sahaja. Dia faham jika anak sulungnya itu tak mahu berkahwin lagi buat masa ini. Mungkin luka di hati belum terubat.

"Ada tu ada la mak. Tapi, Im tak yakin sangat la mak. Im pun baru kenal dia seminggu. Tapi Im tahu dia baik mak." Senyum. Wajah Raisya terbayang di ingatan.

"Tak apalah Im. Istikharah tu penting." Tenang.

"Ye la mak. Ni, Hajar mana? Tak akan cuti sem ni tidur aje." Tawa kecilnya berderai. Rindu pula rasanya akan adik bongsunya. Lama tak bertemu.

"Tak adalah. Ada tengah masak dekat dapur tu. Buang tabiat apa pula harini dia suruh mak rehat." Tawanya meletus.

"Bagus la tu. Tak apalah mak. Im nak pergi makan kejap ni. Malam nanti Im telefon mak balik." Senyum.

"Ye la. Kerja elok-elok."

Usai menjawab salam, Fahim mematikan panggilan. Langkahnya terus diatur ke kafeteria.

*****
Qahera menggeleng melihat telatah Raisya. Sejak dua menjak ini banyak pula benda yang nak dimenungkannya. Langakhnya diatur menuju ke balkoni tempat Raisya duduk.

"Hui! Menung apa tu?" Secawan kopi dihidangkan buat Raisya.

"Tak ada apa la. Teringatkan mak denga ayah aku je." Senyumnya diukir pahit.

"Ye ke? Ke kau termenung pasal Fahim ni?" Keningnya dijongket berkali-kali. Ada saja helahnya mahu menyakat. Ada sahaja topiknya.

"Fahim? Tak ada kena mengena dengan dia? Untuk apa aku termenungkan dia?" Raisya mencebik dengan kerutan di dahi. Tak semena-mena dia nak fikirkan tentang Fahim.

"Tak ada la. Aku tengok dia macam suka kau tau. Tapi kau... Jual mahal pulak." Qahera menderaiakan tawanya.

"Ehe.." Raisya mencebik.

Bukan Qahera sahaja yang perasa perkara itu, malah dia juga perasan. Bukan mahu membangga diri, tapi itu yang dia rasakan. Fahim ansyik tersenyum sahaja apabila bersama dia dan Qahera. Selalu juga terserempak di butik. Terkadang bertanya khabar. Namun, Raisya tidak rasa itu suatu yang merimaskan. Dia tak mahu jejaka itu terus menaruh harapan terhadapnya. Jadi, dia melayan ala kadar sahaja.

"Aku tak nak bagi harapan la Era. Entah dia tu suami orang. Kalau ada jodoh tak ke mana." Tenang.

"Dia dah cakap kan dia tu single. Okay la tu. Ke.... Kau nak bagi harapan tu dekat Ijam dengan Abang Kicap kau tu?" Sekali lagi topik itu diungkit. Qahera.. qahera..

Raisya menampar lengan Qahera.

"Kau ni! Yang itu lagi la aku tak nak bagi harapan. Ijam tu aku tak suka. Kicap tu dia bergurau aje. Senang kata, dekat siapa- siapa pun aku tak nak bagi harapan. Kalau dia nak, klu dia serius, dia cakap dan dia akan buat aku jadi milik dia." Senyumnya terukir.

"Perhhh!! Ayat kau! Mengalahkan orang bercinta. Gramatis habis." Qahera meletuskan tawanya.

"Merepek kau ni."

Sesekali dia tertawa juga apabila terkenang kembali ayat yang diungkapnya tadi. Agajk kelakar. Lain macam pula rasanya apabila mengungkapkan sesuatu seperti itu. Fuh! Bangga seketika.

"Sya.." Qahera memecahkan sunyi yang menyapa mereka sebentar tadi.

"Hmm.."

"Kau suka Fahim kan?" Tawanya kembali berderai.

Satu tamparan hinggap di bahunya.

"Kuatnya kau tampar. Kesian Fahim nanti." Tak pernah serik minah ni.

"Kau je la kahwin dengan dia. Sabitkan aku pulak." Gumamnya. Geram pula rasanya.

"Dia tak suka aku. Dia suka kau. Aku malas kacau daun." Sengih.

"Kalau ada jodoh." Pandangannya dibawa ke langit. Menikmati keindahan malam hari.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now